✨9✨

31 14 5
                                    


Pancaran matahari yang memancar membuatkan dia membuka matanya perlahan-lahan. Sempat dia meringis perlahan tatkala kepalanya terasa sakit.

"Hoseok..." Panggil Mi Ran dengan suara tangisnya. Gadis itu sedang duduk di atas lantai sambil berbalut kan selimut tebal. Dapat Hoseok dengar yang gadis itu sedang menangis teresak-esak.

Mata Hoseok terbuntang sebelum dia bangkit baringnya. Wait!? Bukan dia dah tinggalkan perempuan tu malam tadi? Kenapa dia masih di sini? Jap ni bukan bilik dia, tapi bilik vvip yang dia tempah di kelab malam tadi. Kepalanya dipegang. Masih sakit.

"Argh! Aku tak sepatutnya minum sampai mabuk malam tadi. Shit! Apa aku kena buat?" Kepalanya digelengkan beberapa kali untuk menghilangkan pening yang masih tersisa.

"Awak... Apa kita dah buat? Apa saya nak jawab dekat ayah nanti? Saya takut, awak.."

Mendengarkan tangisan gadis itu semakin menjadi-jadi, cepat-cepat Hoseok mendekati gadis itu lalu tubuhnya dipeluk.

"Jangan risau, aku ada. Aku akan bertanggungjawab. Jangan takut, ok? Aku ada." Ucap Hoseok cuba menenangkan hati gadis itu.

"Saya takut..."

"Aku ada, aku ada. Sekarang ni kita siap dan kita balik. Aku akan jelaskan apa yang terjadi kat ayah kau nanti."

Perlahan-lahan Hoseok bangun lalu turut menarik gadis itu bangun.

Air liur ditelan payah. Bagaimana dengan Scarlet? Apa reaksi gadis itu nanti bila dapat tahu apa yang terjadi?

🌤️🌤️🌤️

PANG!!

Satu tamparan keras hinggap di pipi Hoseok sehingga kepalanya terteleng ke kiri. Dadanya berombak menahan sakit.

"Ayah..."

Muka si ayah merah akibat marah.

"Ayah tak ajar Mi Ran buat semua ni! Apa salah ayah sampai Mi Ran buat ayah macam ni!? Apa lagi yang ayah tak bagi pada kamu sampai kamu berdua buat ayah macam ni!? Tak cukup lagi dengan ayah dah izinkan kamu berdua untuk bercinta, sampai kamu berdua kena buat macam ni!?"

Mereka terdiam. Mi Ran pula sudah tidak henti-henti mengalirkan airmata. Gadis itu betul-betul takut jika amarah di ayah sudah keluar.

"K-kami terlanjur, ayah." Ucap Hoseok cuba untuk membela diri.

Si ayah meraup wajahnya dengan kasar sebelum nafas dihela perlahan.

"Hoseok, ayah amanahkan Mi Ran pada kamu untuk jaga dia baik-baik. Bukan sampai conteng arang ke muka kami. Kalau teringin sangat, bincang dengan ayah. Ayah akan uruskan semua ni. Cuma satu ayah minta, tolong jaga Mi Ran baik-baik. Nanti kalau ayah dah tak ada, siapa lagi yang nak sayangkan dia?" Sambung si ayah lagi. Tetapi kali suaranya diperlahankan sedikit. Tidak mahu terikutkan perasaan yang terlebih emosi.

"Ayah jangan cakap macam tu, ayah! Mi Ran sayang ayah! Maafkan Mi Ran, ayah! Mi Ran salah!"

Kaki si ayah dipeluk erat sambil mulutnya tidak berhenti-henti dari memohon maaf.

"Ayah tak nak panjangkan lagi cerita. Hoseok dan Mi Ran, bersiaplah esok. Ayah akan ikat kamu berdua. Malam ni Hoseok tidur dalam bilik tetamu. Ingat Hoseok, lepasni kamu dah ada tanggungjawab yang besar. Jangan cuba nak lari." Tegas si ayah lalu segera berlalu dari situ.

"I-ikat?"

🌤️🌤️🌤️

Lagi beberapa jam, mereka akan sah bergelar suami isteri diusia yang begitu muda.

"Please Mi Ran, masih ada waktu untuk awak batalkan semua ni." Ucap Namjoon membuatkan gadis itu mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Awak merepek apa? Kenapa saya nak batalkan semua ni?" Sial Mi Ran.

"Hoseok tak cintakan kau. Dia saja nak mainkan perasaan kau, Mi Ran. Please, aku sayang kau. Aku cintakan kau, aku taknak tengok kau terluka." Tambah Namjoon.

"Jaga mulut awak! Saya cintakan Hoseok, dan dia pun cintakan saya. Hujan yang menjadi saksi percintaan kami malam tu!" Marah Mi Ran.

Tangan gadis itu dicapai sebelum digenggam erat.

"Tak, Mi Ran. Percayalah cakap aku. Dia hanya gunakan kau untuk kepentingan kau saja!"

"Tolong jangan keruhkan keadaan lagi, Namjoon. Saya tak cintakan awak. Tak akan dan tak kan pernah cintakan awak!"

"Buka mata kau! Tolong sedar yang kau dipergunakan oleh dia!" Jerit Namjoon lalu cuba untuk membawa gadis itu pergi dari situ. Sengaja dia mengajak gadis itu bersembang jauh sedikit dari orang ramai siapa mudah untuk melarikan gadis itu. Mi Ran pula sudah menjerit meminta tolong.

"Setan kau, Kim Namjoon!!" Jerit Hoseok pula lalu menumbuk pipi lelaki itu.

"Kau yang patut sedar diri! Dia tak cintakan kau! Dia cintakan aku! Jangan pernah nak bermimpi!" Ucap Hoseok lalu membawa gadis itu masuk ke dalam rumah.

"Tak apa, Hoseok. Suatu hari nanti, kebohongan kau akan terbukti. Kita tengok siapa yang akan dibenci nanti."





















Argh! Chapter membosankan!

Btw thanks for support!! Don't forget to vote n comment!!🙆💖

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now