✨4✨

34 13 8
                                    


Memandangkan mereka adalah pelajar akhir tahun, maka mereka diberikan sedikit kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti apa-apa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan sekolah.

Kini Hoseok dan kawan-kawannya termasuk Namjoon sedang bermain bola sepak dipadang sekolah.

Mi Ran dan Scarlet tidak ketinggalan untuk memberikan semangat kepada Hoseok supaya dapat memenangi permainan itu.

"Nah air. Awak mesti penat, kan?" Soal Mi Ran tatkala Hoseok menghampirinya. Peluh yang mengalir keluar dari wajah lelaki itu dilap dengan menggunakan tuala kecil.

Mi Ran cuba menahan rasa malu. Lelaki itu nampak semakin kacak dengan peluh-peluh yang mengalir keluar itu.

Scarlet yang sedang memerhati tingkah mereka berdua itu dipandang oleh Hoseok sebelum lelaki itu mengenyitkan sebelah matanya membuatkan Scarlet menunduk malu.

Jauh di sudut sana, Namjoon hanya mampu menahan perasaan cemburunya. Sedaya upaya ditahan supaya hatinya tidak sakit.

Tidak lama selepas itu, permainan itu disambung kembali.

"SCARLET!!"

"MI RAN!!"

Scarlet yang sedang menahan sakit akibat jatuh itu segera diangkat oleh Hoseok tanpa menghiraukan Mi Ran yang sudah pengsan akibat terkena bola.

Antara Scarlet dan Mi Ran, lelaki itu lebih memilih Scarlet. Dia lebih risaukan keselamatan Scarlet dibandingkan dengan kekasihnya sendiri.

🌤️🌤️🌤️

Mi Ran yang masih tidak sedarkan diri itu dipandang sayu oleh Namjoon. Tangannya bergerak hendak memegang tangan gadis itu namun terhenti tatkala teringatkan Hoseok.

"Kalaulah kau tahu yang Hoseok tak cintakan kau, apa yang kau akan rasa? Pasti sakit, kan?" Ucap Namjoon.

Baru sahaja dia hendak merawat luka di kepala gadis itu, seseorang masuk membatalkan lagi niatnya.

"Jae?"

Lee Jaerim.. nama samaran Jae..

Pembuli tersembunyi... Tidak akan membuli seseorang tanpa sebab...

Gula-gula lolipop sentiasa menjadi penemannya...

Gadis yang baru sahaja disebut nama oleh Namjoon itu tersenyum sinis.

"Sayangnya kau kat dia, kan? Even dah jadi hak orang pun kau still nak kejar dia. Dasyat betul cinta kau kat dia." Sindir Jae lalu ketawa kecil sebelum gula-gula batang disumbat ke dalam mulut.

"Aku sayangkan dia. Kau sendiri nampak kan yang Hoseok tu tak hiraukan dia? Sakit dia, sakit aku juga. Aku tetap akan cintakan dia walaupun dia dah jadi milik orang lain." Balas Namjoon.

Jae melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu disilangkan kakinya.

"Keluar. Biar aku yang rawat dia." Ucap Jae membuatkan Namjoon sedikit terkejut.

"Tak. Nanti kau buli dia." Kata Namjoon membuatkan gadis itu tertawa.

"Sebelum aku yang buli kau, baik kau keluar." Ucap Jae lagi sambil memandang tajam ke arah lelaki itu.

Sekali lagi Namjoon membantah membuatkan Jae mengeluh.

"Zaman sekarang ni, iman manusia senipis kulit bawang je tau. Lebih-lebih lagi lelaki macam kau. Tak takut ke dari dilabel pelajar cerdik pandai, jadi pelajar seksual?"

"Jangan ugut aku, Jae."

Jae hanya tersenyum sinis. Skirt mini yang dipakai oleh Mi Ran diselak sedikit.

"Aku tak ugut kau, tapi ini kenyataan. Aku taknak benda yang sama terjadi pada aku." Ucap Jae. Dulu sikapnya bukan begini, hidupnya berubah seratus peratus kerana cuba 'dianiaya' oleh sekumpulan remaja lelaki.

"T-tapi apa kaitan kau selak kain dia?" Ucap Namjoon sedikit terkejut.

Jae ketawa.

"Tengoklah, baru nak acah dah takut. Sekarang kau keluar, percayalah pada aku. Aku takkan buli seseorang tu tanpa sebab. Aku hanya nak tolong kau. Bila dah selesai nanti, aku bagitahu kau."

Namjoon akhirnya akur. Kepalanya dianggukkan sebelum kakinya hendak melangkah keluar.

"Namjoon.. tolong carikan Yeonjun untuk aku. Bagitahu dia jumpa aku kat tempat biasa. Lambat, muka dia akan hancur macam mana dia hancurkan rancangan aku untuk membuli budak tak guna tu." Ucap Jaerim dengan santai sambil tangannya mula merawat luka Mi Ran.

Namjoon hanya mengangguk lalu segera keluar dari bilik itu.

"Tch! Kau bodoh sebab cintakan dia, Jae! Berhentilah mengharap! Namjoon takkan pandang kau! Dia cintakan orang lain! Kau tak layak untuk terima cinta dia!" Getus hati Jae. Cinta amat sulit, bukan?

Sejujurnya dia gugup untuk berhadapan dengan lelaki itu, namun dia juga khuatirkan keadaan Mi Ran.

Rengekan dari Mi Ran menghentikan aktiviti Jae. Lantas dia mendekatkan wajahnya pada wajah gadis itu. Saja mahu mengenakan gadis.

"IBU, ADIK KENA CABUL!!" Jerit Mi Ran sambil menolak kasar tubuh Jae.

"Kau boleh diam tak? Nanti kantoi lah.. baru je nak rasa sedap kau macam mana." Usik Jae yang sudah menahan gelak.

"A-apa maksud kau? Tolong jangan buat apa-apa kat aku. Please aku bukan sejenis. Aku masih normal." Kata Mi Ran yang sudah ketakutan.

"Well, hidup ni kena mencuba kan? Tak salah kan kalau kita cuba benda baru?" Ucap Jae sambil jarinya naik mengelus pipi mulus gadis itu.

Mi Ran masih sama. Tubuhnya dipeluk sekuat hati. Takut diapa-apakan oleh gadis itu. Sungguh menakutkan!

"Please..."

PAP!!

Dahi Mi Ran dijentik sebelum tawanya meletus.

"Kau ingat aku kunyit ke?" Soal Jae yang masih dengan tawanya.

"Apa?"

"Tch! Bodoh juga otak kau kan? Aku nak tolong kau rawat luka kat kepala tu. Aku bukannya nak buat apa. Tadi aku gurau je." Ucap Jae lalu menyambung kembali merawat luka gadis itu.

"Oh maaf... Saya cuma terkejut.." balas Mi Ran.

Jae hanya tersenyum.

"Hoseok ada datang?" Soal Mi Ran.

Wajah Mi Ran dipandang sebelum satu keluhan berat dilepaskan.

"Banyak yang kau tak tahu pasal Hoseok dan Scarlet."












Nice to meet you all guys! Btw thanks for support my ff! Luv u guys!😚💖

And don't forget to vote n spam comment! Thanks! 💖

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now