✨13✨

29 9 2
                                    


Muzik yang bergema kuat itu tidak sedikit pun mengganggu mereka melakukan hal masing-masing. Ada yang menari, ada yang sudah mabuk, dan berbagai lagi.

Maria. Gadis itu juga tidak ketinggalan. Segelas air arak memabukkan yang berada di atas meja diambil lalu diteguk kasar.

Habis saja dia meneguk air itu, dia mengeluh panjang. Itulah tabiatnya bila dirinya tertekan.

"Hye baby..." Ucap Taehyung lalu memeluk tubuh gadis itu dari belakang. Sempat dia mengucup lembut bahu gadis itu.

Maria tidak mengendahkannya. Mood nya masih belum stabil. Ditepis perlahan kepala lelaki itu tatkala Taehyung masih belum puas mengucup lehernya.

"Come on, just one night. Lagipun bila lagi i boleh spendtime dengan u?" Ucap Taehyung.

Maria berdecit geram. Sejahat mana pun dia, tidak pernah lagi dia terfikir hendak menyerahkan dirinya pada lelaki itu.

"Berapa kali i bagitahu u? Jangan paksa diri i untuk buat benda tak senonoh tu? I bukan perempuan murah, ok!" Tegas Maria.

Taehyung menggosok belakang lehernya. Susah betul hendak mengajak gadis itu. Apa perlu dia guna kekerasan supaya gadis itu hendak melakukannya?

Bukan sekali dua ajakannya ditolak, tetapi sudah banyak kali.

"Maria... Ok kalau u taknak sekarang, apakata kalau i lamar u jadi isteri i. Lagipun i cintakan u dan u pun cintakan i. Nanti dapatlah kita buat tanpa ada paksaan. Deal, kan?"

"Sorry... I'm not ready about that." Jelas Maria. Tidak mahu keadaan menjadi keruh, akhirnya Maria bangkit dari duduknya dan segera beredar dari situ.

Tch! Taehyung meraup muka dengan kasar. Gadis itu betul-betul mencabar dirinya. Kerana itulah dia sanggup untuk bertahan. Tidak seperti gadis-gadis sebelum ini. Semenjak Maria muncul dalam dirinya, dia bertekad untuk lebih dekat dengan gadis itu.

"Tak apa, Maria. Kau dah cabar aku dengan ego kau. Kita tengok sejauh mana kau dengan ego kau boleh bertahan."

🌤️🌤️🌤️

Nasi yang berada didalam pinggan dikuis perlahan. Tiada selera. Jam ditangan dipandang. Sudah lebih setengah jam.

Jungkook mengeluh panjang. Selalunya Jaerim tidak terlambat tetapi hari ini sudah lebih setengah jam.

Baru sahaja dia hendak bangun, Jae datang dengan tergesa-gesa. Terus wajah lelaki itu bersinar-sinar.

"Aww my boy... Sorry mommy ada hal sikit dengan seseorang tadi." Ucap Jaerim lalu memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.

"Mommy mungkir janji... Penat kookie tunggu..."

Jaerim tertawa. Lelaki itu cukup menggelikan hatinya.

"Ok-ok maaf.. Kook dah makan?" Tanya Jaerim.

"Dah pesan tapi sebab mommy lambat Kook tiada selera." Balas Jungkook lalu memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Dah, jangan buat bibir camtu. Bengkak nanti mommy buat." Usik Jae.

🌤️🌤️🌤️

Tap!

Tap!

Tap!

Tepukan tangan dari bos milik restoran itu menandakan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh si bos. Lantas dengan segera mereka berkumpul.

"Baiklah. Memandangkan semua dah berkumpul, saya ada berita gembira untuk kamu semua." Ucap Si bos.

"Woah! Gaji kami dinaikkan ke?" Potong Yeonjun. Tidak pasal-pasal dia mendapat cubitan pada pinggangnya oleh Jaerim.

"Lain macam je bunyi nye? Ada apa bos?" Tanya si Hoseok pula.

Si bos tersenyum lebar sebelum memulakan katanya.

"Ekceli, saya tengok korang semua buat kerja bersungguh-sungguh. Sehingga restoran kita dinobatkan sebagai restoran dengan jualan paling popular dan tertinggi di Korea! So saya nak bawa korang semua pergi bercuti!!"

Jelas kebahagiaan terpancar di wajah mereka semua. Setelah berpenat-lelah, akhirnya mereka dapat merehatkan badan mereka.

"Tapi saya sedih..."

Suasana kembali diam.

"Semalam saya baru habis checklist nama-nama kamu semua. Tapi saya terlupa nama Mi Ran." Ujar si bos.

Mi Ran yang tersenyum lebar terus pudar.

"Saya minta maaf... Kalaulah saya tak cuai, mesti nama kamu tersenarai. Tapi jangan risau, walaupun tak tersenarai, kamu boleh sertai kami."

Mi Ran menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia masih boleh ikut serta.

"Kenderaan masing-masing ya. Nanti saya hantar lokasi dalam grup chat. Ok, boleh bergerak balik sekarang. Siapkan apa yang patut dan terus gerak."

Sekali lagi, senyuman Mi Ran mati. Kenderaan masing-masing? Sah yang Hoseok akan memilih Scarlet dibandingkan dengan dirinya. Lagipun Hoseok menunggang motosikal bukannya kereta.

"Mi Ran..."

"Tak apa, Hoseok. Lagipun saya rasa macam kurang sihat. Badan saya sedikit sakit." Tipu Mi Ran.

Hoseok bersorak dalam diam. Seronok dalam luangkan lebih masa bersama dengan Scarlet.

"Boleh saya pinjam telefon? Telefon saya habis bateri, saya nak panggil teksi."

Tanpa teragak-agak, Hoseok terus memberikan telefonnya.

Disangka gadis itu menelefon teksi, tetapi tidak. Sebuah alat pelacak kecil dilekatkan pada bahagian dalam belakang telefon itu lalu dihidupkan.

Mi Ran tersenyum puas. Sedikit lagi dia bakal membongkarkan rahsia lelaki itu bersama bukti yang dia sudah kumpulkan selama ini..

Selesai sahaja, dia terus menyerahkan kepada Hoseok. Telefon bertukar tangan.

"Awak yakin?" Anak mata gadis itu dipandang. Mi Ran hanya mengangguk.

Hoseok hanya tersenyum dan segera beredar dari situ.

Jaerim yang memang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka terus sahaja mendekati Mi Ran.

"Mi Ran, kau boleh tumpang aku. Lagipun, kami bertiga je." Ucap Jaerim.

"Tak apa. Lagipun aku betul-betul tak sihat badan." Balas Mi Ran.

"Betul ni?" Mi Ran mengangguk.

"Oh ya, dua orang ni siapa?" Tanya Mi Ran tatkala melihat dua orang lelaki yang berada di kedua-dua belah nya. Siapa lagi kalau bukan jungkook dan Yeonjun.

Seorang minta dilepaskan. Seorang lagi makin lama makin menjadi-jadi memeluk tubuhnya.

"Secret.."









Chak!!!

Tak bosan ke? 😪

Aku rasa macam makin bosan pun ada🤣😭 btw thanks support!! 😭💖

Salam Ramadhan Kareem!!💖💖💖

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now