✨15✨

27 9 7
                                    


Dua garis merah yang menandakan hasil positif dipandang lama oleh Mi Ran. Antara perasaan sedih ataupun tidak, dia sendiri tidak pasti. Adakah Hoseok bakal gembira ataupun tidak, dia juga tidak tahu. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik air itu.

Mak Jah yang menunggu diluar, segera mendapatkan gadis itu.

"Macam mana, nak? Positif?" Tanya Mak Jah. Mujur ketika dia tidak berhenti memuntahkan segala isi perutnya, mak Jah ada menolong menenangkannya.

Mi Ran mengangguk perlahan membuatkan wanita tua itu tersenyum.

"Nak bagitau Hoseok yang Mi Ran dah mengandung?"

Belum sempat dia menjawab, Hoseok datang. Jelas-jelas dia sudah mendengar soalan yang keluar dari mulut wanita tua itu.

Mi Ran pula berharap agar Hoseok dapat menerimanya.

"Kau mengandung?" Soal Hoseok pula.

Mi Ran mengangguk disertai dengan senyuman.

"Ikut aku."

Tanpa menunggu jawapan dari Mi Ran, Hoseok pantas menarik tangan gadis itu lalu dibawa masuk ke dalam bilik tidur mereka.

"Mi Ran..." Wajah gadis itu ditekup lembut. Anak matanya dalam memandang ke arah gadis itu.

"Aku tahu kau dah lama nantikan saat ini, tapi bukan untuk aku. Aku nak kau gugurkan kandungan ni." Cukup untuk membuatkan Mi Ran terkejut. Serentak dengan itu, tubuh Hoseok ditolak menjauhinya.

"No! Kalau awak tak bersedia sekalipun, saya akan tunggu sampai awak dah bersedia. But please, jangan suruh saya gugurkan kandungan ni. Dia tak bersalah, langsung tak bersalah!" Mi Ran menangis semahunya. Sangkaannya meleset sama sekali. Hoseok betul-betul tidak mahukan kandungan itu.

"Mi Ran kalau kau masih nak bersama dengan aku, kalau kau cintakan aku, gugurkan kandungan itu."

"TAK!" Tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk, Mi Ran segera berlari keluar dari bilik itu.

Hoseok meraup kasar wajahnya. Nampaknya semakin susah untuk dia bersama dengan Scarlet, jika benihnya sudah tumbuh di rahim gadis itu. Dan dia juga perlu lebihkan masa bersama dengan Mi Ran berbanding dengan Scarlet.

"Argh!"

🌤️🌤️🌤️

Dari dalam kereta lagi, Jaerim memang tidak lepas dari memandang rumah jungkook yang serba mewah. Bahkan lebih mewah dari istana!

"Serius ni rumah Kook?" Soal Jaerim buat kali ketiga. Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kajja. Today is my birthday, so i have something to show to you." Ucap Jungkook lalu keluar.

Jaerim hanya menurut. Perut Jaerim pula seperti dihuni rama-rama. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu yang tidak kena akan lelaki itu.

Sewaktu kakinya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, ramai yang menunduk hormat ke arah mereka berdua.

Oh wait, tiba-tiba sahaja pandangan Jaerim gelap.

"Kook, kenapa gelap?" Soal Jaerim.

"Jangan risau, unnie selamat." Balas Jungkook lalu menggenggam erat tangan gadis itu.

"Tuan, bilik tuan dah disiapkan." Ucap salah seorang dari pembantu rumah lelaki itu.

Jungkook hanya mengangguk. Tetapi bagi Jaerim, dia masih hairan dan aneh.

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now