✨12✨

27 9 0
                                    


Kayu besbol dihayunkan tepat ke arah kepala lelaki tua itu. Geram yang menguasai dirinya sudah membuatkan dia hilang sabar. Mungkin sedikit lagi kepala lelaki tua itu hancur berkecai jika terus dikerjakan.

"Aku bagi kau masa, tapi kau sia-sia kan masa tu!! Kau nak aku bagi apa lagi, setan!?"

Lelaki tua itu menggigil ketakutan. Itulah keluar kandang harimau, masuk kandang buaya. Kan dah kena tanggung risiko.

"Tolong lepaskan aku. Aku janji, aku akan bayar hutang aku." Ucap lelaki tua itu.

Marahnya sehingga menampakkan urat merihnya.

"Janji! Janji! Janji! Kalau janji kau tak boleh ditepati, jangan asyik cakap nak berjanji!"

Terhinjut bahu lelaki tua itu apabila diherdik sedemikian rupa. Padahnya sendiri kerana berhutang dengan orang yang bukan calang-calang orang.

Dia, mafia terbesar di bumi Korea. walaupun usia masih muda, dia sangat digeruni oleh orang disekelilingnya.

Bermula dengan diri dikhianati, dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat, di situlah dia bangkit dari lemahnya. Bangkit mempertahankan maruahnya yang sekian lama sudah tercalar.

Kini dia bangga, calar balar itu kini sudah tiada. Mereka yang mencemuhkannya, memandang hina akan dirinya kini sudah tiada.

Dia bukanlah yang dulu, dan dia bukanlah dirinya yang akan datang. Dia adalah dirinya yang sekarang.

🌤️🌤️🌤️

Hoseok bingkas bangun tatkala melihat Mi Ran tiada disisinya. Seingatnya gadis itu masih lemah. Mujur dia pulang awal malam tadi, jika tidak pasti gadis itu masih terbaring lemah diatas lantai.

Usai membersihkan dirinya, dia turun sambil membetulkan bajunya.

Dapat dilihat, Mi Ran sedang mengemas meja makan dan dapur.

Makanan-makanan diatas meja turut dibuang ke dalam tong sampah oleh gadis itu.

"Kenapa buang?" Soal Hoseok lalu duduk di atas kerusi.

Mi Ran hanya tersenyum nipis.

"Tak ada orang nak makan, jadi saya buanglah. Lagipun makanan ni malam tadi punya." Jawab gadis itu sedikit kesal. Biarpun kesal , sedaya upaya dikawal supaya lelaki itu tidak perasan.

"Maaf." Ucap Hoseok.

Mi Ran hanya menggeleng.

"Awak dah siap? Tunggu saya, saya ikut awak."

Baru sahaja kakinya hendak melangkah pergi, Hoseok terus menghalangnya.

"Saya tak izinkan awak pergi kerja. Kepala awak masih sakit. Lagipun bukan sedikit awak minum wiski tu, banyak."

"Tak apa, saya betul-betul dah sihat. Tunggu saya, saya siap sekejap."

Hoseok menghela nafas kasar. Jika dah degil, kata lah apa pun tetap tak berhasil.

Tiba-tiba matanya terpandangkan tong sampah yang sudah penuh. Lantas kakinya dibawa menuju ke arah tong sampah itu.

Kek kegemarannya. Makanan kegemarannya. Segala kegemarannya berada didalam tong sampah itu.

Timbul rasa menyesal dihatinya. Kalaulah dia tidak bermadu kasih dengan Scarlet pada malam itu, pasti dia dapat merasa air tangan gadis itu.

Lagipun bukan dia tidak tahu yang gadis itu hendak menyambut hari lahirnya bersama, cuma dia yang degil. Diturutkan hatinya yang hitam itu. Alhasil, semuanya kini berada di dalam tong sampah.

🌤️🌤️🌤️

Namjoon tersenyum setelah dia berhasil membeli rantai leher berloket itu. Dia ingin menghadiahkan rantai itu kepada Mi Ran. Terima atau tak, itu terserah Mi Ran.

"Kim Namjoon!"

Ha sudah. Jeritan si ayah membuatkan Namjoon cepat-cepat turun ke bawah lalu mendapatkan si ayah.

"Bila nak siap? Hari ni kamu ada praktikal di pejabat. Abang Seokjin dah siap kat depan tunggu kamu!" Tegas sahaja si ayah. Mentang-mentang lah Namjoon setuju untuk mengambil alih syarikatnya, tegas sahaja suaranya.

"Baik, papa. Namjoon pergi dulu." Balas Namjoon perlahan. Lemah semangat bila kena menghadap muka si Seokjin itu lagi. Sudahlah garang, kuat membebel pulak tu!

"Ha nanti apa-apa yang abang Seokjin tu suruh, buat! Jangan ringan tulang! Papa ada meeting dengan klien pukul 4. Papa datang sana tengok kamu buat mimpi, siap kamu!"

Namjoon hanya mengorek telinganya bersama muka yang dibuat seperti hendak mengejek kata-kata si bapa.

"Mesti abang mewarisi papa, kan? Sebabtu kuat bebel." Ucap Namjoon tanpa sedar telah membangkitkan sisi 'makcik' dalam diri Seokjin.

Alhasil, Seokjin pun memulakan rapnya.













































Muahhhh!!

Jangan lupa vomment tau! 🙆💖💖

I lob u!! 💖💖

BUKAN ANAK HARAM (JUNG HOSEOK ft KIM NAMJOON)Where stories live. Discover now