Bab 4 🌸

25 5 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.






"MENGAPA semua menangis?"

"Biasalah!" jerit Alma penuh tenaga.

"Pada. Aku selalu tersenyum." nyanyi Rahman. Screen phonenya ditatap sayu.  "Biasalah!" jerit Alma lagi. 

Rahman spontan menutup telinganya dengan telapak tangan.  "Woi! Tak payahlah jerit betul-betul jing. Berlakon je!" marah Rahman. Habis rosak tiktok aku...

Alma tersengih tidak bersalah. Kepala yang tidak gatal digaru. "Sorrylah. Aku terbawak suasanalah." Rahman menjeling Alma tajam. 

"Halah janganlah marah!  Siapa suruh kau ajak aku bertiktok? Hah?" kata Alma. Rahman yang sibuk membelek iphonenya itu dipandang geram oleh Alma.  Kau palau aku? Nanti kau! 

"Mak! Tengok Rahman ni dia tak jaga ikan betul-betul mak!" jerit Alma. Mak leha yang berjalan laju kearah mereka itu dipandang penuh drama oleh Alma.  Hehe matilah kau Manman. 

Rahman segera menyorokkan Iphonenya dikocek seluar.  Ikan yang hampir hangus segera dikeluarkan dari kuali yang penuh minyak dan panas itu. 

"AstaghfirullahAlhazim... Rahmaaaaaaan!" jerit Mak Leha.  Bergegar jap warungnya itu.  Habis lari customer dibuatnya. 

"Au,  au ampun mak!" Adu Rahman telinga yang ditarik mak Leha baru tadi diusap perlahan.  Sakit oi! 

"Apa yang kamu buat hah sampai hangus ikan-ikan ni?" Alma yang menahan gelak itu dipandang geram oleh Rahman. 

"Mana ada hangus Mak Leha.. Tengok ni!" balas Rahman, ikan yang baru masak tadi ditunjuk Rahman dengan  jari telunjuknya.  "Banyaklah kamu! Sudah buat elok-elok.  Dan kamu!" telinga Alma ditarik selambah oleh Mak Leha.  Menjerit manja Alma dibuatnya. 

"Buat apa dekat sini? Aku suruh jaga dekat depan kamu sibuk dekat sini main tiktok!" marah Mak Leha seraya mengheret Alma yang masih menjerit kesakitan itu keluar. 

"Sakit Mak!  Ampun adududu." Kata Alma. Suara sengaja dibuat-buat seakan menahan tangisan. 

"Tahu pun!  Kau jaga sini.  Jangan kacau Rahman lagi!" Ujar Mak Leha lalu melangkah pergi kearah Kawan-kawannya yang sedang berbual pasal isu jannah nick. 

Hek ganggu saja budak dua ekor ni! Desis hati mak Leha. 

Dan Alma hanya mampu bergumam menyalahkan Rahman,  kalau bukan sebab lelaki acah handsome tu mesti aku tak kena cubit!  Rahman yang tersenyum mengejek ditingkap dapur sambil memandangnya itu dijeling tajam.

Kau tunggu!  Hesy! 

*

"HELLO?" Ucap Ruby.  Bingung sejak tadi lagi ada orang menelephonenya.  Tapi bila diangkat orang tu off pulak. 

LOVE.  THANKSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang