Bab 5 🌸

8 1 0
                                        

Flashback...

"ALFIE... Awak merajuk ke?" Soal Ruby,  pipi Alfie dicucuk dengan jari telunjuknya.

Alfie mendengus perlahan seraya berpaling dari Ruby,  tubuh dipeluk. Mulut sengaja dimuncungkan. 

"Alfie... I'm sorry, Ruy janji lepas ni Ruy tak akan lupa dah kalau Alfie ajak date okey?" pujuk Ruby. Lengan Sado Alfie yang berlapik hoodie diusap agar rajuk lelaki itu hilang. 

"Ruy pergi mana semalam sampai boleh lupa pasal date kita? Naik berjanggut tau Alfie tunggu Ruy semalam. Movie yang kita patut tengok pun terpaksa dibatalkan.  Sia-sia je Alfie beli tiket semalam." Bebel Alfie muka Ruby yang mendongak memandangnya ditatap dengan pandangan datar. 

"Em... Sorry-lah semalam tu Ruy keluar dengan Ar," Kening Alfie spontan naik. "Ar?  Arlo?" Ruby menggangguk perlahan. 

"Dia tiba-tiba ajak keluar so Ruy setuju jelah, sumpah!  Ruy betul-betul lupa dengan date kita semalam... Sorry-lah Al." balas Ruby perlahan.  Matanya yang bergenang hanya dibiarkan. Kalau kali ni Alfie tidak terpujuk juga terpaksalah dia gunakan power perempuan iya itu menangis. Hehe. 

Alfie mengeluh perlahan.  "Takpe-lah benda dah jadi. By the way korang pergi mana je?"

"Alfie tak merajuk dah ke?" soal Ruby laju.  Mukanya yang monyok spontan ceria dan bercahaya. 

Anak rambut Ruby diselitkan ditelinganya dan bibir tersenyum kepala digeleng perlahan. "Tak." jawap Alfie. 

Berlakon je tadi. Mana boleh merajuk lelama dekat budak ni.  Kang dia yang merajuk balik.  Heh! 

"Yeay!" Ruby melompat kecil sambil menarik tangan Alfie.  Tidak sedar yang aksinya itu membuatkan debaran dihati Alfie semakin laju. 

"Aku tanyakan korang pergi mana je semalam?" Ruby menayangkan muka polosnya.  "Em?  Siapa?"

"Kau dengan Arlo-lah.  Haih..." keluh Alfie. "Ooo hehe kita orang pergi karaoke then makan-makan. Then lepak dekat taman layang-layang." cerita Ruby penuh semangat.  Tangan Alfie ditarik agar duduk bersamanya diatas kerusi kayu yang tersedia diluar rumah Alfie itu. 

"Awak tahu Alfie?" Alfie pantas menjawap.  "Tak."

"Hesy sabarlah, Orang nak cerita kan!" marah Ruby. Alfie yang melihat muka marah yang ditayangkan oleh Ruby Jane spontan tertawa halus. 

"Haha okey-okey sambung miss." tawa Alfie masih tersisah.

"Semalamkan masa kita orang nak balik. Tiba-tiba Arlo melutut then ambil tangan Ruy. Pastu kan dia Cakap. 'Sudi tak awak jadi girlfriend saya?' au! Terpana saya time tu tahu tak?!" kata Ruby.  Muka ditekup. Malu! 

Alfie yang masih tertawa tiba-tiba terdiam.  Muka Ceria Ruby ditatapnya serius.  "Then?"

"Then... Saya terimalah! Gila namanya kalau saya reject tau?  Lagi pun siapa je taknak lelaki macam Arlo?" Balas Ruby. Masih terngiang-ngiang adegan semalam dalam fikirannya .

Au

"Ruy tahukan Arlo tu playboy? Kaki club? Serius nak lelaki macam tu?  Nanti kalau dia nak break macam mana?" Ruby pantas memandang wajah Alfie. 

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak taknak tengok saya bahagia eh? Biarlah kalau dia jahat sekalipun...  Saya yakin dia akan berubah demi saya."

"...Demi hubungan kita orang." Alfie mengeluh perlahan. Risau bila memikirkan apa yang akan terjadi dikemudian hari.  Macam dia tidak kenal dengan budak Arlo tu. 

Kaki Perempuan! Kaki club! Bisnes pun bapak dia yang handle. Mampu ke lelaki macam tu bahagiakan perempuan yang Alfie cintai?  Huh ntahlah. 

"Suka hati engkaulah. Huh jomlah aku hantar kau balik." Ruby hanya mampu memandang pelik kearah Alfie yang mula membuka langkah mendekati keretanya itu.

Kau? Aku?  Kenapa Alfie bahasakan diri dia aku? Itu tandanya dia marah.  Wait-wait. Marah?  Dia marahkan aku ke? 

**

DUA bulan kemudian.  Dan Ruby makin lama makin jauh dari Alfie.  Dan Alfie risaukan itu. 

Ruby seorang yang polos. Alfie tidak mahu Kerana Arlo, Ruby berubah jadi orang lain.  Tuhan...

Tolonglah, Alfie tak mahu melihat itu. 

Tercengang Alfie melihat Penampilan Ruby yang terkini,  seksi ya amat!  Bukan Alfie tak pernah nampak Ruby Seksi.  Pernah!

Tapi tidaklah seperti yang sekarang.  Dress paras paha. Tanpa lengan. Nampak lurah pulak tu.  Makeup pulak tak payah ceritalah.  Dan lagi satu yang Alfie paling tidak suka adalah rambut. 

Rambut Ruby yang kini paras bahu disentuh oleh Alfie.  "Kenapa potong?" soalnya.  Ruby yang makan sosej bakar dengan rakus itu spontan memandang Alfie.  "Rimas.  Hesy janganlah pegang-pegang. Kang Arlo nampak naya!" balas Ruby mendatar.  Tangan Alfie ditepis. 

Alfie mengeluh perlahan. "Ruby Kenapa dengan kau ni?" Ruby berdehem kecil. "Em? Kenapa apa?"

"Tengoklah keadaan kau sekarang ni,  berubah! Dengan pakai seksi macam ni,  muka macam badut! Dengan bahasa macam tak belajar. Dah tak tahu adab? You totally change Ruy!"

Ruby mendengus geram. "Hey! Suka hati sayalah nak berubah ke tak ke,  tak ada kena mengena dengan awak pun!" marah Ruby.  Sosej yang tnggal separuh dicampak kebawah.

Membazir nak. Membazir...

"Ruy Awak dah berubah! Takkan disebabkan cinta awak nak berubah jadi orang lain? "

"So what?  Eh dahlah!" Ruby Jane berjalan laju masuk kedalam rumah agam papanya tanpa menghiraukan pandangan Alfie, mommy papa dan keluarga Alfie yang lain. 

Majlis makan malam diluar rumah agam Dato Hakim itu tiba-tiba saja sunyi.  Sepi seperti tidak berpenghuni.

Alfie mengeluh perlahan, pandangannya jatuh kearah datin Rose. 'Aunti... Please do something!'

End flashback..

***

"HAI, Rahman?" Rahman yang duduk dibuaiyan itu spontan berdiri menghadap lelaki tampan yang berada dihadapannya itu.  "Hai Assalamualaikum. Ya saya Rahman," Jawap Rahman penuh sopan.  Tangan dihulur. 

Dan tangannya disambut oleh lelaki tampan itu.  Bibir naik mengukir sebuah senyuman. "Waalaikumsalam.  Saya Alfie boss baru awak." Rahman menggangguk kecil.

"Oo okey, so boss apa tugas saya hari ini? Boss cakap je saya janji saya akan tunaikan. Tak rugi tau Boss ambil saya jadi pekerja. Sebab saya rajin!" puji Rahman pada diri sendiri.  Dada didabik tanpa bangga. 

Alfie tertawa kecil. Kepala digeleng perlahan.  Kalau macam ni mau bahagia hari-hari aku.

"Tak ya panggil boss sangatlah, panggil Alfie je. Tugas kau hari ni iyalah hantar aku pergi office boleh?" ujar Alfie. Kemeja dibetulkan sedikit.

"Mestilah boleh boss eh Alfie... Ala,  tak bestlah panggil Alfie boss." kata Rahman.  Pintu penumpang dibuka untuk Alfie.  Sempat juga Alfie berterima kasih sebelum menyoal Rahman. 

"pulak, kenapa?"

"Sebab..." Rahman mengambil tempat dikerusi depan seraya menghidupkan enjin kereta.

"Nama boss Jambu sangat. Hahahaha," gelak Rahman spontan.  Berani erk gurua kasar cam ni kat boss?

"Eh kurang ajar." balas Alfie sebelum tertawa bersama-sama Rahman.

Lupa sekejap akan masalah yang melandanya. 

LOVE.  THANKSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang