"KAMU ni kenapa?" soal Dato Hakim pelik melihat sikap isterinya sejak dua menjak itu.
Asyik tersenyum je, lain benar. Macam bukan datin Rose Amile. Heh!
"Kenapa apa?" Tanya Datin Rose Amile. Kuku panjangnya dibelek-belek. Em kena tukar style ni!
"Yela sejak dua menjak ni abang tengok awak tu happy semacam. Ada apa-apa ke?" akhirnya dato Hakim meluahkan rasa ingin tahunya itu sejak minggu lepas. Datin Rose segera berpaling memandang Dato Hakim yang duduk diatas katil sambil memandangnya yang berada dimeja soleknya itu.
"Eh mestilah happy, nak dapat menantu kot." jawab Datin Rose seraya tersenyum membayangkan bertapa bahagianya dia nanti dihari pernikahan anak sulungnya. Mulai dari hari ni aku kena fikir tema wedding Ruby and Alfie. Yes!
"Masa Ruby bertunang dengan Arlo dulu tak ada pun abang tengok awak happy macam ni, tetiber." perli Dato Hakim. Macam dato Hakim tak tahu apa yang isterinya itu dah buat sampai pertunangan anaknya itu dibatalkan!
"Siapa je yang happy dapat menantu hantu macam tu? Oh please! Alfie berjuta lagi baik dari Arlo tu. Lagi pun Alfie tu setaraf dengan kita ni. Arlo tu apa je yang ada?" Kata Rose Amile penuh riak. Suaminya dihampiri.
"...Tahun lepas pun terpaksa pinjam duit Alfie sebab nak pulihkan syarikat cibut dia yang nak bankrup tu. Eee tak sanggup nak bayangkan macam mana hidup anak i kalau kawin dengan dia nanti." Bergeletar tubuh Datin Rose Amile. Jijik memikirkan hidup Ruby Jane bila bersama Arlo nanti.
Dan Dato Hakim hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata isterinya itu. "Suka hati youlah." hanya ayat itu yang mampu diluahkan oleh dato Hakim apabila ingin menamatkan perbualan yang hanya merugikan baginya itu.
"Hah nak pergi mana tu?" soal Datin Rose Amile bengang apabila melihat dato Hakim melangkah keluar dari bilik. Hah baguslah anak dengan bapak sama saja nak bela lelaki tak guna tu. "Keluar." balas Dato Hakim mendatar.
*
Tok! Tok! Tok!
"Come in." kata Ruby Jane apabila mendengar Ketukan dimuka pintu. Sangkanya yang mengetuk pintu bilik tidurnya itu adalah makcik ju. Orang gaji dirumah mereka itu. Tapi rupanya salah.
Berkerut dahinya melihat papanya yang tersenyum sambil melangkah mendekatinya yang duduk diberai katil.
"Are you okey honey?" Ruby Jane tersenyum nipis. "Im okey papa. Why?" balas Ruby Jane.
Tangannya yang digenggam oleh papanya itu dipandang sekilas. "Im sorry, Papa tak mampu nak pertahankan hubungan Ruby dengan Arlo." Ruby Jane tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Its okey papa, Mungkin betul cakap mommy jodoh Ruby dengan Arlo tak ada. Ruby redha." balas Ruby Jane perlahan. Badan dibaringkan dan kepalanya berbantalkan paha sang ayah.
"Tapi... Ruby tak mampu nak bayangkan macam mana hidup Ruby nanti lepas kawin dengan Alfie Jay." terpejam matanya menikmati elusan sang ayah dikepalanya.
"Why? Alfie seorang yang baik bagi Papa."
"Yes, dia memang baik. Sangat-sangat baik... Tapi Ruby tak cintakan dia papa." matanya naik membalas pandangan dato Hakim.
Dato Hakim tersenyum nipis. Tangannya masih mengelus rambut perang anak perempuannya itu. Buah hatinya. "But you can try right? You know what... Papa dengan mommy kawin dulu sebab keluarga tau? Papa tak kenal langsung dengan Mommy. Apantah lagi cintakan dia." kata dato Hakim membuka kisah lama.
"Tapi lepas kawin papa cuba cintakan and terima dia dalam hidup papa. Sampailah ada Ruby and Ry.." Dato Hakim terdiam apabila menyadari keterlanjurannya.
"Ry? What?" soal Ruby Jane seraya bangun dari rebahnya. "Siapa tu?" soalnya lagi.
Bahu papanya disentuh menyadarkan lelaki tua itu dari lamunannya. "Hah? Oh bukan siapa-siapa." kata Dato Hakim seraya berdiri.
"Dah pergi tidur. Dah lewat ni, sorry papa kacau." ucap Dato Hakim. Sebelum melangkah pergi sempat lagi dahi anaknya itu dikucup halus.
Dan Ruby Jane hanya terkaku memikirkan ayat papanya tadi. "sampailah ada Ruby and Ry?" bisik Ruby Jane mengulangi kata-kata Dato Hakim sebentar tadi. Siapa Ry?
Dato Hakim mengeluh perlahan dengan silapnya tadi, untung saja anaknya itu tidak bertanya macam-macam kalau tidak? Fuh!
Langkah diatur kearah balkoni ditingkat dua. Dada langit yang ditaburi bintang-bintang yang indah itu ditatap asyik. 'Lia... Awak apa kabar sekarang? Macam mana dengan keadaan ana.'
Kepala segera digelengkan seraya mengucap perlahan apabila menyadari silapnya mengingati wanita lain. 'Rose amile adalah isteri kau yang sah hakim! Cintai rose! Dan lupakan dia!' amaran dari hatinya sendiri itu membuatkan dato Hakim mengeluh perlahan.
'Tapi tak salahkan kalau aku cari dia? Sebab nak tahu keadaan Rylie? Tak salahkan?'
***
"SAYANG ibu..." bayangan Ruby Jane yang menari-nari dibenak Alfie Jay langsung Lesap apabila dikejutkan oleh teguran dari sang ibu. Datin Lanny.
Alfie mengangkat muka memandang wajah jelita ibunya. Bibir tersenyum. "Ibu... Come," tangan si ibu ditarik agar duduk disampingnya yang termenung melihat Kolam renang dirumahnya itu.
Untunglah... Ada kolam. (Jeles author) dan Alfie hanya tersenyum nipis memandang author.
"Dari tadi Ibu tengok kamu ni asyik termenung je.. Kenapa?" soal Datin Lanny lembut. Bahu sado si anak diusap.
"Tak ada apalah ibu... Biasalah kehidupan." datin Lanny tergelak kecil mendengar jawapan Alfie. Ele.
"Ke sebab Ruby?" soal Datin Lanny lagi seraya menggangkat keningnya. Alfie meraup mukanya malu apabila dilihat sinis oleh ibunya.
"Ibu... Ne de." (mana ada)
"Elelele malu-malu konon, lempangkang." gurau Datin Lanny.
"...Jap biar Ibu teka, kamu kena reject lagi ea?" sambung Datin Lanny meleret. Jari telunjuk dimain-mainkan dihadapan wajah Alfie.
"Mana ada! Berani dia nak reject lelaki paling tampan dekat malaysia ni? Wuis rugi besar dia ibu." jawab Alfie penuh riak. Wajah si ibu yang seakan mengejeknya itu dipandang penuh berkeyakinan oleh Alfie.
Kali ni aku kena tegakkan keadilan! No more 'perempuan sentiasa betul!'
"Ele, Ibu kenallah Ruby tu siapa. Sekali dia cinta sampai mati au?" Alfie membuat muka terkejut. Tangan dibawa kedadanya. "Sampai mati ibu? Waaaaa hebat betul aura Alfie ea?" Datin Lanny menjeling kearah Alfie.
"Arlo-lah maksud Ibu, muka macam tikus lapar ada hati nak beraura-aura." gurau datin Lanny tanpa menyedari yang anaknya itu mula insecure. Haha.
Bahu Alfie yang tegang tadi mula mengendur. Ibu pun... Tak bagi can langsung untuk aku ni nak berangan kan? Tak apa cepat atau lambat aku yakin Ruby akan jadi milik aku! Time tu jangan pengsan pula bu!
"Eh ibu gurau jelah! Janganlah terasa. Hehe," Kata Datin Lanny. Bahu anaknya diusap lagi. "Dah-dah ibu janji ibu akan tolong anak ibu yang perasan handsome ni dapatkan cinta hati dia. Okay?" Alfie membuat muka comel. Mata dikedipkan berkali-kali.
"Janji bu?" Datin Lanny menggangguk perlahan.
"Ya janji."

ANDA SEDANG MEMBACA
LOVE. THANKS
Storie d'amoreIni adalah kisah Cinta Ruby And Alma ops! Salah! Ini adalah kisah cinta Ruby and Rylie... Cover by @queenwae_