Bunyi kaca berderai di dinding membuatkan hatinya yang kecil berasa takut.
Dia tidak betah lagi untuk tinggal di sini, berada di tempat yang tidak aman baginya.
" Tolong laa ... tolong jangan , nanti anak dengar "
Perempuan yang berusia lebih kurang dalam 30an cuba memberhenti suaminya yang sudah tidak dalam kawalan.
" Kau nak suruh aku buat apa lagi ? Kenapa ? Takut anak tahu perangai terkutuk kau ? "
Gaya percakapannya bagai orang gila.
Raniyah yang duduk ditangga mendengar dengan sangat jelas apa yang dikatakan oleh ayahnya. Walaupun usianya masih 6 tahun , dia sudah tahu maksud yang di bualkan.
Dia berharap agar perkara ini berhenti dan hanya sebuah mimpi buruk.
" Sumpah saya dah tak buat semua tu , yang awak tengok semua tu fitnah ! "
Pada pertama kalinya , dia mendengar ibu menguatkan suara ketika bertengkar dengan ayah.
Tidak lama lepas mereka bertengkar , keadaan semakin sunyi sepi.
" Awak dengar betul-betul apa yang saya nak ungkapkan "
Gayanya seperti membisik, tidak ingin ada yang mendengar.
Kaca mata Datin Melda sudah mula mengalir deras. Tidak berhenti wanita itu mengalirkan air mata.
" Jangan , saya pohon jangan .. saya tak mahu "
Dia cuba memujuk suaminya agar tidak berlaku apa yang tidak diinginkan. Dia tidak mahu merobohkan masjid yang telah dibina selama 8 tahun bersama Dato Ozman.
Raniyah merapatkan telinga ke dinding tangga , dia ingin mendengarnya dengan telinga sendiri.
" Kita dah tak boleh bersama Melda. Sudah banyak peluang yang saya beri kepada awak untuk berubah tapi , awak masih lagi ulang perkara yang sama "
Suaranya agak kendur. Agak berat untuk dia juga untuk meluahkan hasrat yang terbuku di hati tetapi apa lagi yang dia boleh lakukan ?
" Dengar ini, saya Ozman ingin mele ... "
Raniyah berlari memeluk tubuh ayahnya. Dia tidak ingin ayah dan ibunya berpisah. Tidak sanggup.
" No papa , please don't divorce with mama " pujuk Raniyah.
Air mata lelakinya jatuh apabila satu-satunya anak dari darah dagingnya datang memeluk dia.
" Papa can't Raniyah , we don't have any chemistry anymore "
Sebagai seorang ayah , dia juga tidak mahu berpisah dengan anaknya , Raniyah Elaika.
Raniyah memandang ke arah ibunya. Sayu , itu yang terluah dari seraut muka ibunya.
" But .. Are we still can meet everyday like before ? "
Dato Ozman tidak menggeleng mahupun menangguk.
" Not always sayang, but we still can meet " dia cuba untuk memujuk anaknya.
Pelukan makin direnggangkan. Dia cuba untuk memahami keadaan ketika itu tetapi gagal , dia masih 6 tahun dan tidak mengerti apa pun.
" Come here Elaika , come to mama "
Tangan didepakan untuk memeluk puterinya. Dia tahu perit untuk anaknya terima semua ini dengan cepat.
" Kita settle di mahkamah syariah sahaja "