" Go blind date Elaika "
Beg tangan terlepas dari pegangan.
" Again? Mama? "
Matanya mula memandang ke arah Datin Melda yang hanya diam sejak mula tadi.
" This none of your mum, Nenda yang suruh kamu pergi date "
Tanpa banyak bunyi , kakinya mula gerak melangkah menaiki tangga.
" If you refuse, all of your car, card Nenda rampas" ugut Nenda.
Raniyah serabut , kalau dia tahu akan jadi begini. Dia tidak akan balik awal , tak pun tidak perlu balik langsung.
" Let she rest first, dia baru balik kan"
Datin Melda memujuk Nenda agar memberi ruang kepada Raniyah untuk berehat.
Pintu bilik ditutup rapat. Dia serabut.
Kenapa dia perlu pergi blind date yang sudah tentu tidak akan membuatkan dia bahagia. Hidupnya yang sekarang sudah cukup gembira. Dia sudah ada duit , kerjaya semuanya , buat apa dia perlukan lelaki dalam hidupnya ?
Hanya untuk sakitkan hati dia ? Seperti bagaimana mamanya rasa. Dia tidak sanggup.
Kali terakhir dia memberi hatinya , ketika dia tingkatan 1. Dia sayangkan lelaki itu sepenuh hati dan akhirnya dilukai.
Dia penat menangis , menanggung rindu , dia penat beria. Sejak itu, Raniyah mula menutup ketat hatinya , tiada seorang pun yang mampu membukanya. Bagi dia, semua lelaki dalam dunia ini tidak layak untuk memegang hati yang pernah terluka ini.
Mata mula terasa berat. Baru sahaja dia ingin lelap , ketukan pintu mula menjengah telinganya.
" May i come in dear? "
Setelah diberi kebenaran untuk masuk, pintu dibuka tetapi tidak luas.
" Are you slept ? "
Takut mengganggu anaknya.
" On my way to have a sleep , so what your motive mama ?" tak akan datang sesaja, mungkin tentang tadi.
" Just sleep, Mama teman "
Suaranya kedengaran sangat perlahan. Ya, itulah Mama. Tidak pernah sekali pun dia menguatkan suara mahupun menengking dirinya.
" I wish you could attend the date Elaika. My last hope towards you. Can you? "
Dia teringin sangat melihat anaknya naik pelamin , mempunyai keluarga yang bahagia.
" Mama jangan lah cakap macam tu. Ye, Elaika pergi "
Mengalah demi ibunya , bukan lah bermakna dia kalah. Tetapi kerana seorang ibu ini telah melahirkannya dan menjaga dia sehingga besar.
Tak terbalas jasanya terhadap ibu yang sekarang berada di sisinya. Kalau hari ni dia tidak ikut apa yang ibunya harapkan, bila lagi dia ingin membalas jasa ibunya ?
" Thanks sayang " ubun rambut anaknya dikucup dengan penuh kasih sayang.
Ini saja lah satu-satunya anak yang dia ada.