Part 3

48 7 1
                                    

Velia merebahkan dirinya perlahan-lahan ke katil. Sebaik sahaja badannya menyentuh katil, kedua belah tangan disilang dan dijadikan bantal. Matanya terbuka luas. Luas merenung siling yang berwarna biru lembut itu.

Apa juga ada di siling tu mandak? Macam tembus sampai langit ke-7 sudah pula renungan kau ituuu!! Si suara berbunyi tiba-tiba.

Hmm... Velia mengeluh. Fikirannya menerawang jauh mengenangkan kejadian sebentar tadi yang masih sangat jelas di mindanya.

"Ooh kamu kenal?" Jason bertanya gugup.

"Of course! Janda abang saya pula ni." Kata-kata Melly itu menusuk terus ke jantung Velia! Auch!!!

"Ooo..." ringkas respon Jason. Namun hatinya cukup tidak keruan.

Abang? Paul tu abang dia? Jason tertanya-tanya sendiri.

"Bah, I need to go. Bye Jay..." sambung Melly dan terus berlalu.

Namun, sempat Velia menyedari betapa tajamnya jelingan Melly kepadanya. Velia menghela nafas berat. Suapannya diteruskan tanpa banyak kata. Sengaja dia bersikap seperti sangat menikmati makanannya kerana dia tidak mahu Jason bertanya apa-apa.

Hmm.. Melly... Melly! Perangai ndak ubah! Velia jeda.

Melihat Velia yang begitu kusyuk dengan makanannya, Jason sekadar membatu. Namun sebenarnya, dia juga tidak mahu Velia bertanyakan tentang Melly.

Kau mungkir janji sama Melly lepas tu kedapatankan? Padan muka!! Si suara berbunyi tiba-tiba.

Bukan juga mungkir janji bah.. cuma ada aral melintang. Bukan juga penting baitu.. keluar makan saja pun! Velia perlu bantuan pula tu, maka saya tulunglah. Salah? Jason membela diri.

"Bye..." balas Jason perlahan sambil memerhati Melly yang semakin menjauh. Ehehh! "So, how was the food?" Jason mengubah topik serta-merta.

"Sedap. Memang sedap." Jawab Velia sambil tersenyum.

Pujian itu memang ikhlas. Dia sangat berpuas hati dengan makanannya sebentar tadi. Namun, manisnya senyuman itu tidak ikhlas. Dia sangat berharap senyuman itu akan membuatkan Jason tidak bertanya lebih.

Coii!! Apa kaitan moi? Kau senyum lawa-lawa dengan harapan dia terpukau then terus hilang akal kaitu? Si suara membebel lagi.

"Macam lambat pula sudah kita ni, saya perlu pulang!" Tipu! Velia menghela nafas panjang.

Jason mengukir senyum nipis mendengar kata-kata itu. Dia sedar Velia ingin melarikan diri daripada sesuatu. Mahu sahaja Jason bertanya tetapi dia juga tidak ingin Velia bertanya lebih.

Aha!! Masing-masing laini mau lari kan? Si suara muncul lagi tiba-tiba.

"Bah... siap sudah makankan? Kijap saya mau tapau untuk Dylan." Ujar Jason dan terus bangun meninggalkan Velia yang terkebil-kebil sendiri.

Whatt? Saya salah dingar kaini? Tapau untuk Dylan? Dylan anak saya kaitu? Ehhh? Velia tidak sedar mulutnya sedikit ternganga. Takjubnya meraja. Langsung tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Did he close to my son?

"Na.. ni puding kelapa. Dylan paling suka ni. Bawalah kasi dia. Saya beli lebih juga untuk kakak..." mata Velia masih bulat memandang Jason yang sedang menghulurkan bungkusan itu.

Wow! This is rare! Velia masih terpaku.

"Kak... kak!" Aik? Kenapakah dia ini? Jason pula kehairan melihat Velia yang membatu.

"Ah? Hmmm.... bah ok! Thanks!" Velia berlakon menyembunyikan gugupnya.

Eleh! Ndada laitu moi! Memang kedapatan sudah mulut kau terbuka tadi! Si suara ketawa besar.

Bila CintaWhere stories live. Discover now