Jason menyusun nafas yang tadinya sudah ke laut. Latihan yang biasa dia lakukan bersama Luke dan Troy kini dia lakukan sendirian. Peluh sudah semakin mencurah-curah lantas dia berjalan perlahan mendapatkan tuala kecil untuk mengelap peluhnya itu.
Dia duduk di lantai dojo miliknya. Sambil menghela nafas berat, matanya melilau memandang sekitar ruang latihan dan senaman itu. Ruang yang dibina untuk anak-anak buahnya berlatih bagi memastikan keadaan mereka sentiasa dalam keadaan optimum sebagai pengawal peribadi. Ruang itu juga yang menjadi tempat mereka bertiga untuk selalu berlatih bersama. Jason, Luke dan Troy.
Hmm... tapi tinggal saya sendiri ni. Luke bilang dia sibuk jaga bini yang pregnant. Troy? Nah, tu pengantin baru, jangan haraplah! Berkepit sama bini 24/7! Hadui!! But, do I feel mad? Hmm... mungkinlah juga. Sebab sekarang macam saya ndada kawan. But at the same time, I do feel happy for them. Kawan-kawan saya bahagia.
Ya, tepat sekali! Jason bahagia melihat kebahagian sahabat-sabahat baiknya itu. Bunyinya kedengaran pelik, tapi dia memang sayangkan mereka. Luke dan Troy yang pernah menjadi rakan 'sejahatnya'. Bukan durang saja, bini durang pun saya sayang. Ehemm!!
Jason mengukir senyum nipis. Setelah peluhnya mula kering, dia mengambil keputusan untuk berhenti berlatih sendiri. Pulanglah! Tinguk Korea kali ni...
Kring!
Jason menyeluk telefon pintarnya dari dalam beg pakaiannya itu. Hmm...
📞 Melly: Hi handsome, habis sudah training?
📞 Jason: Amboi.. pasang spy kah?
📞 Melly: Kesayangan pula tu.. mestilah saya tau. So, free? Marilah keluar lunch.Jason menggeleng sambil tersenyum mendengar pelawaan itu.
Melly... sumandak yang sangat daring. Berani dia lain macam. Saya ndak suka? Ndak juga! Saya suka? Hmm... macam ndak juga... but, ndak juga salah saya keluar sama dia kan?
📞 Jason: Boleh juga. Give me 2 hours. Nanti saya call ya.
📞 Melly: Ok handsome. Saya tunggu.
📞 Jason: Ok. Bye.Dan talian diputuskan begitu sahaja. Tiada yang istimewa untuk dikatakan bagi Jason. Alahai...
Jason memandu dengan santai. Lagu-lagu 'country' menjadi temannya. Sesekali dia menggoyangkan badan mengikut irama kegemarannya itu. Ada kala, dia menyanyi bersama. Ala Mr. Bos bodyguard! Teettt! Tu bukan kakak Troy kaitu? Aik?!!!
Terganggu sedikit fokus pemanduannya. Jason memperlahankan kereta sambil memandang cermin tepi untuk memastikan hal itu. Betullah! Memang dia. What happen? Kereta rosakkah?
Jason kemudiannya menghentikan kereta di tepi jalan yang tidak mengganggu trafik.
"Kak, kenapa ni?" Soalnya setelah mendekati Velia yang kelihatan panik.
Mendengar suara itu, cepat Velia berpaling. "Wah, Jay...." entah mengapa suaranya tersekat di kerongkong. Bersyukur benar dia melihat Jason yang sedang berdiri di situ.
"Kenapa ni kak?" Soal Jason lagi.
"Entah... tiba-tiba mati masa saya driving. Nasib ndak busy jalan tadi, so saya drive pigi tepi ni. Now, I don't know what to do..." jelas Velia.
Namun, usai kata, entah mengapa hatinya terasa hiba. Tanpa dipinta, air matanya bergenang.
Ohh come on Velia! Memang beginilah kegemaran kau kan? Nangis! Isk!! Cepat-cepat Velia mencari tisu dari dalam kereta.
Jason yang melihat hal itu sembunyi senyum. Ala cengeng!
"It's ok! Mari saya check. Buka dulu depan ni..." arah Jason sambil mengetuk perlahan kawasan enjin kereta.
YOU ARE READING
Bila Cinta
RomansaMelihat kawan-kawan baiknya bahagia dengan pasangan masing-masing, terlintas di fikiran Jason untuk merasakan itu. Rasa ingin mencintai dan dicintai! Namun, mahunya bukan kepalang.... "Saya mau yang macam bini kamu... yang pandai terabang-terabang!"...