Part 5

42 7 1
                                    

Dekat dengan tempat letak kereta, setelah masing-masing kenyang menjamu selera, Jason dan Ricky berbalas pandang. Lebih tepat, mereka sebenarnya berlawan pandang. Jason menghulurkan kunci Audinya kepada Ricky, namun sebaik sahaja Ricky mahu mengambil kunci itu daripada tangan Jason, Jason tidak sampai hati untuk melepaskannya.

Wooo... kenapa juga ni bos? Ricky hairan. Dia cuba menarik kunci itu daripada tangan Jason dan sekali lagi tidak berjaya.

Oohhh!! Dia ndak mau saya drive bini dia laini! Ricky sembunyi senyum.

"Bos mau pigi office? Saya boleh hantar Puan Velia pulang," Ricky akhirnya bersuara selamba.

Ricky hantar? Jason terpempan.

Dramalah kau ni boy! Si suara berbunyi tiba-tiba. Hisk!!

"Be carefull!" Arah Jason serius sambil melepaskan anak kunci itu kepada Ricky! "Mike, key?" Ujarnya pula.

Ricky sembunyi senyum sekali lagi. Walaupun dia sebenarnya sedikit kecewa kerana tidak dapat menghantar wanita cantik itu, dalam masa yang sama hatinya sedikit berbunya kerana dapat memandu kereta kesayangan bosnya itu.

Bulan jatuh ke riba baini! Dua kali dapat drive ni Audi! Dari dulu saya mengidam mau drive ni, tapi memang bos ndakkan kasi! Hari ni memang saya langkah kanan! Ricky mengukir senyum nipis akhirnya.

"Mike... key?" Jason meninggikan sedikit suaranya setelah Mike yang begitu asyik dengan telefonnya tidak memberikan sebarang respon.

"Hah? Apa?" Ya Tuhan! Sah ndak dingar! Jason mencebik.

"Key please..." Jason menadahkan tangan.

"Oohh, sorry bos." Mike terkocoh-kocoh menyeluk poket seluarnya. Nampak sangat gemuruhnya.

"Kau kenapa?" Soal Jason pula. Hairan dengan gelagat anak buahnya yang satu ini.

"Hmm.. tunang saya bos.. dia demand mau bridal gown yang kena design, kalau ndak, dia ndak mau kahwin..." hampir sahaja Jason ketawa besar mendengar jawapan Mike itu namun dia berusaha keras untuk tidak.

Adih!! Ndak sangka bodyguard saya ni begini! Kau layan juga gaya perempuan begitu? Jason sembunyi senyum. Memang kalau bukan mahu menjaga air muka Mike, sudah pasti ketawanya pecah di situ. Alahai...

"Bah, kau ikut Ricky balik ofis." Velia yang dari tadi cuma memerhati gelagat lelaki-lelaki itu membulatkan mata.

Wow! Begitu punya respon? Punyalah ndada empati. Adui!! Velia jatuh kasihan melihat riak Mike yang kelihatan bingung. Ala sweet! Mesti dia sayang gila tunang dia tu!

"Baik bos..." Jawab Mike lemah. Jiwanya runtun.

"Hmm... sorry menyampuk, Mike, kamu sudah jumpa designer yang tu gown?" Velia memberanikan diri untuk bersuara.

I can help and might as well this can be a good bussiness! Velia tersenyum.

"Ada jumpa a few puan, tapi ndak ngam seja." Mike menjawab jujur dan senyum Velia semakin lebar.

"Maybe saya boleh tolong. Nah, this is my card. Call me!" Ujar Velia ramah.

Kali ini, mata Jason pula membulat. Entah kenapa dia tidak gembira melihat adegan itu.

"Puan design baju kahwin?" Senyum Mike terukir. Riaknya semakin ceria.

"Just call me Velia and ya, saya ada cuba design... kita boleh set appoinment, manatau tunang kau suka..." Velia semakin ramah.

Velia faham benar. Bagi sesetengah bakal pengantin perempuan, baju pengantin memang menjadi hal yang sangat penting.

Yalah, semua harap kahwin tu sekali untuk seumur hidup. Kahwin moment yang sangat bermakna... so, semua pun mau perfect! Ndada bah urang kahwin yang mau cerai. Nafas dihela panjang. Ada sesuatu yang terkesan di hati.

Bila CintaWhere stories live. Discover now