Part 8

27 7 4
                                    

Velia berdiri tegak di hadapan cermin besar di dalam bilik mereka itu. Imejnya direnung lama. Rambut palsu 'loose curl' sedikit melebih paras bahu yang berwarna merah jambu itu menjadi perhatiannya. Nafasnya dihela lagi. Kemudian pandangan matanya diarah ke sosok tubuhnya yang berbalut 'bodycon' juga berwarna merah jambu.

All pink! Velia mengukir senyum tawar.

"Sayang... lambat juga ni?" Paul yang tiba-tiba muncul membuatkan Velia sedikit terkejut. "Wow, pink juga?" Soalan Paul membuatkan hati Velia runtun serta-merta.

What? Pink juga? Serius bah dia? Velia terkesima.

"Honey, please change. These..." Paul menggerakkan jari telunjuknya ke atas dan ke bawah, "does not suit you. Sorry hun, but you look ugly." Sungguh dia berterus-terang.

Whoa???!!! Ugly? Bulat mata Velia mendengar kata-kata suaminya itu.

"Ugly?" Soalannya geram. Tangan sudah mencecak pinggang.

Paul yang sudah menarik tombol pintu berhenti dan berpaling. Senyum sumbing diukir. Tidak lama, dia ketawa kecil.

"Ala sudahlah sayang. Cepatlah. Tukar baju tu.. bida gila. Nanti kawan-kawan saya kasi malu seja saya nanti. Adih.. kenapalah bini saya ni begini? Walaupun housewife, pandailah sikit begaya bah..." selamba sungguh Paul menuturkan kata. Seperti tiada rasa bersalah langsung!

"Apa?" Dada Velia berombak. Sakit benar hatinya dikatakan seperti itu. Sudah bukan bergurau bunyinya.

"Ala... cepatlah sayang. Jangan lupa tukar baju." Jawab Paul dan terus berlalu.

"Kau yang suruh saya beli ni bajuuuuu...." marah Velia ditahan-ditahan.

"Ya... tapi rupanya buruk pula." Paul membalas dari tingkat bawah sambil ketawa besar.

Wow!!

Velia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Terapi pernafasan! Dia benar-benar sakit hati.

Your beloved husband, right? Si suara menyindir sinis.

Apa bah dia mau ni? Dia yang bilang, birthday party kawan dia ni tema warna pink. Dia yang suruh saya beli ni baju masa dia bawa shopping hari tu, now dia bilang bida? Bukan dia yang beria-ia kaitu that day? Maka hari tu saya sudah bilang gaya begini bida! But he won't listen! Damnn!

Amoi, he never respect you from the beginning. But why you stay with him? Cintaaa sangattt... dan ayat si suara menusuk jauh ke lubuk hati Velia.

Marahnya sirna. Nafasnya ditarik panjang lagi. Dia berpusing ke kiri kanan sambil matanya masih tertancap kemas ke depan.

Eh, not bad! Cute bah saya pakai pink. Whatever! Velia cuba mengukir senyum manis. Berpura-pura yakin itu harus walau hatinya sakit.

Tanpa berniat mahu menukar pakaiannya, Velia menambah maskaranya dan 'loose powder'nya. Mekapnya yang natural membuatkan dia kelihatan cantik sebenarnya.

"Hun!! Cepat!!" Paul seperti sangat kelam-kabut.

"Coming..." Velia menjawab perlahan setelah menyapu sedikit 'lipgloss'nya.

Sayang sangat? Si suara sekali lagi menyindir sinis. Just shut up! Begitu laitu gaya dia. Velia jeda.

"Kak... kak..." usapan lembut di tangannya membuatkan Velia tersedar dari lamunannya yang panjang. "Kakak ok?" Jason rupanya.

"Hah?" Velia bingung.

"Dari tadi kakak kacau-kacau tu cendol tapi ndak pun kakak minum. Fikir pasal tadi?" Velia cuma mampu menarik nafas panjang mendengar soalan Jason itu. Jauh rupanya dia mengelamun mengenangkan kisah lalu.

Bila CintaWhere stories live. Discover now