Velia meletakkan telefonnya ke katil Eyon. Dia membalas mesej yang diterimanya itu dengan endah tak endah. Tumpuannya ke arah Eyon.
Lawak baini sumandak! Dia halau laki dia pagi-pagi, sampai Belle heret saya sekali pigi sini rumah durang, sekali sekarang dia sendiri nangis-nangis.
"Sudahlah Yon," Belle memujuk Eyon yang sedang mengalirkan air mata itu.
Velia mengukir senyum. Sebenarnya dia kasihan melihat Eyon yang sedang emosi itu.
Ramai yang ndak paham gaya mummy preggy ni. Tapi begitu laitu... sometimes, durang akan sangat emosi. You guys don't have to ask for an explanation. She herself might not know why! Just listen to her. That's better. Velia menggeleng.
"Yon, baby sudah makan?" Serentak Eyon dan Belle berpaling ke arahnya. "Salahkah soalan saya?" soal Velia polos.
"Maksud?" Soal Eyon sambil mengesat air matanya.
Velia tersenyum lagi. Alahai ibu....
"Apa tu Vel?" Kini Belle pula menyoal. Pelik agaknya bunyi soalan itu di corong telinga mereka.
"Yalah... dari tadi kau meroyan begini, kau memang ndak lapar, baby lapar." Velia menjawab dengan penuh berteka-teki.
Eyon terkedip-kedip. Tidak lama dia menghela nafas panjang. "Oo.. bulum..." jawabnya ringkas. Tangan mengelus lembut perutnya yang masih belum menampakkan apa-apa.
"Mentua kau pigi tamukan kau bilang tadi? Lambat lagi durang akan balik?" Soal Velia lembut.
Soalannya biasa, tapi cukup membuatkan Eyon terleka sebentar dari terus melayan melankolik jiwanya.
Nah, gitew!! Itulah pukulan kalau berpengalaman pregnant-pregnant ni kan, Vel? Si suara berjoget di situ. Hisk!
"Selalu durang lambat tu... apa lagi Elaine ikut.. suka tu durang jalan-jalan." Belle pula yang hanya mampu terkedip-kedip melihat Eyon yang sudah kelihatan tenang.
Aik? Dari tadi saya suruh dia stop nangis tapi ndak mau stop. Sekarang? Wow! Belle kagum dengan Velia.
"So, apa saya boleh prepare? Baby perlu makan wahai ibu..." Ujar Velia lagi. Senyum manis dan lembut suara itu serta-merta membuatkan Eyon tenang.
"Ehmmm Maggi asam laksa please?" Tiba-tiba riak Eyon menjadi begitu bersinar. Harapan setinggi gununglah tu!
Velia menjungkit kening. Matanya dikecilkan. Hmmmm...
"Please? Teringin...." rayu Eyon.
Aha! Ini yang lemah ni.
"You know...."
"Ya, saya tau tu ndak sihat, tapi saya mau juga. Mau juga!" Ala merajuk pula ni ibu....
"Menyampuk! What I want to say is.. you know I cannot say no... come. Mari pigi dapur. Saya kasi masak." Sambung Velia.
Sometimes kena tolerate juga sama ibu-ibu yang pregnant ni. Lagi-lagi masa awal-awal ni. The mood swings is real. Bukan bah durang ndak tau tu ndak sihat, cuma tulah kepingin kan! Let them be. Support them! Velia menguntum senyum.
"Vel, maggi?" Belle tidak percaya.
"Why not? Mari Yon..." Velia pandai memujuk Eyon.
Senyuman Eyon melebar. Dia segera turun daripada katil dan mengikut Velia ke dapur. Entah mengapa mengenangkan Maggi asam laksa itu membuatkannya sangat gembira.
Belle menggeleng. Tidak lama senyumnya terukir. Akhirnya dia sedar yang Velia cuma mahu memujuk si ibu melankolik itu.
"Amoii... maggi cepat dimasak, sedap dimakan please..." kata-kata Eyon yang sedang duduk di meja makan membuatkan Belle dan Velia ketawa besar.
YOU ARE READING
Bila Cinta
RomanceMelihat kawan-kawan baiknya bahagia dengan pasangan masing-masing, terlintas di fikiran Jason untuk merasakan itu. Rasa ingin mencintai dan dicintai! Namun, mahunya bukan kepalang.... "Saya mau yang macam bini kamu... yang pandai terabang-terabang!"...