Usai mandi, Velia segera mengenakan pakaian. Kemudian, badannya disembur dengan cologne sebelum menyapu losyen ke badan. Sekali lagi fikiran Velia menerawang jauh.
Janda! Entah mengapa perkataan yang satu itu tiba-tiba menjadi sangat sensitif untuknya.
But you did the right thing mandak! Kau menyesal? Si suara berbunyi tiba-tiba. Menyesal? Saya menyesalkah? Velia menarik nafas panjang.
Paul cinta pertamanya. Lelaki yang dipujanya sepenuh jiwa. Namun...
Tok! Tok!
"Ya?"
Klak! Pintu dikuak.
"Mum..." spontan Velia mengukir senyum melihat kelibat anaknya itu.
"Dylan bawa apa tu?"
"Ni.. puding kelapa yang uncle Jason bagi." Jawab Dylan sambil menghulurkan apa yang ada di tangannya. Bibirnya mengukir senyum.
"For me?" Soal Velia lagi sambil mengecilkan matanya. Ni anak pun licik macam uncle dia! Sebiji tu gaya!
"Ehmm...." Dylan tersipu malu.
"Dylan..." Velia memancing lagi.
"Kalau mummy ndak mau, saya mau." Dan ketawa Velia pecah mendengar Dylan. Kan! Sudah saya agak.
"Mari bagi mummy rasa sikit..." Senyuman Dylan melebar sambil memberikan puding itu kepada Velia. Dia tahu habuannya pasti ada.
Velia menyudukan sedikit puding itu ke dalam mulutnya. Wah! Sedap! Dia menyudu lagi. Wow!
Dylan memandang ibunya tanpa berkelip. Senyumnya hilang.
"Mum, janganlah kasi habis..." hatinya risau.
Sekali lagi Velia ketawa besar. Sekarang dia percaya yang Dylan memang gemarkan puding itu.
"Nah..." ujarnya sambil memulangkan puding itu kepada Dylan yang semakin masam riaknya.
"Yeah...thanks mum!" Lebar semula senyum si anak. Jelas terpancar keceriaan di wajahnya.
"Sedap?" Soal Velia setelah melihat Dylan yang begitu bersemangat menyuap puding itu.
"Sedap!" Jawab Dylan ringkas. Ibunya seperti tidak wujud di situ kerana asyiknya dia menikmati makanan kegemarannya itu.
Velia tersenyum nipis. Namun hatinya sedikit terasa. Kenapa saya ndak tau yang dia suka ni? Kenapa Jason lagi tau?
"Dylan pernah pigi makan sana kedai yang ada ni puding?" Dylan mengangguk tanpa memandang ke arah Velia. Asyik benar dia menyuap makanan kegemarannya itu.
Hmm...
"Ikut siapa?" Velia bertanya lagi.
"Daddy Troy." Sudah agak!
"Napa ndak kestau mummy?"
"Adalah mum... see, you never listen." Terkesima Velia mendengar jawapan Dylan. Pernah?
"You did?" Velia tidak percaya.
"Adalah mum! Saya ndak tipu." Sekali lagi Velia menarik nafas panjang melihat keseriusan anak tunggalnya itu.
Wow! He did? Mustahil juga saya ndak dingar.
"Mummy selalu sibuk. Daddy Troy yang bawa saya jalan selalu..." pap! Velia terasa seperti satu tamparan hinggap di pipinya!
Hatinya tiba-tiba menjadi sendu. Dia merenung Dylan yang masih asyik dengan pudingnya.
Mummy selalu sibuk... ayat itu menusuk ke sukma. Sibuk? Hmm... Lepas cerai, ya saya sibuk! Sibuk sama butik dan sibuk merawat hati. Bukan sinang rupanya untuk move on!
YOU ARE READING
Bila Cinta
RomanceMelihat kawan-kawan baiknya bahagia dengan pasangan masing-masing, terlintas di fikiran Jason untuk merasakan itu. Rasa ingin mencintai dan dicintai! Namun, mahunya bukan kepalang.... "Saya mau yang macam bini kamu... yang pandai terabang-terabang!"...