Bibir Velia seperti terkunci rapat. Nafasnya sudah tidak tentu arah. Fikirannya berkecamuk. Bermacam-macam yang menghujaninya ketika ini.
"Saya masuk bilik dulu..." ujarnya dan tanpa mempedulikan sesiapa, laju kaki Velia melangkah pergi.
Jason mengeluh perlahan. Troy masih ternganga kebingungan. Thompson dan Tiara pula hanya mampu menggeleng. Belle pula cuma membisu. Namun, perlahan dia menuju ke arah Dylan lantas memeluk anak kecil yang jelas masih terkejut.
Belle langsung tidak bersuara, namun pelukannya dieratkan. Entah apa sebabnya, air mata Dylan tiba-tiba mengalir laju. Melihat itu, Belle cuma mampu mengeratkan lagi pelukannya sambil mengusap lembut belakang Dylan.
Peristiwa lama bermain di mindanya. Bagaimana traumanya dia selepas apa yang Joni lakukan. Betapa teruknya rasa itu! Dia faham! Sangat faham!
Melihat situasi itu, Troy turut mendapatkan Dylan.
"Daddy ada sini Dylan..." ujarnya lembut. "Daddy jaga kamu..." pujuk Troy lagi.
"Uncle Jason kena tumbuk..." entah mengapa ayat itu yang terpacul dari mulut Dylan.
Troy tersenyum nipis. Bangga dengan keprihatinan anak kecil itu.
"Sayang, bawa dulu Dylan ni rehat." Arah Troy kepada Belle.
"Bah kijap." Balas Belle dan terus berlalu mendapatkan peti kecemasan yang memang tersedia di rumah itu. "Nah..." ujarnya kemudian sambil menghulurkan peti itu.
Troy menjungkit kening. Aik?
"Dylan.. mari ikut mummy..." sambung Belle lantas mendukung Dylan. Adih berat!
Sudah, sudah! Ndak payah kau betebiat sana Troy! Masih kau ndak picaya bini kau kaitu? Si suara berbunyi tiba-tiba. Manada...
"Tinguk yang kena tadi..." kata Troy.
Bulat mata Jason mendengarkan itu. Buat apa? Small matter laini...
"Mari sini auntie tinguk, Jay..." pinta Tiara setelah menyedari Jason seperti tidak senang.
Aik? Ndada apa-apa ni... dia masih teragak-agak.
"Check seja Jay... jadi bahan bukti lagi bagus. Tiara ambil dulu handphone abang..." ujar Thompson pula.
Handphone? Iyakan! Astaga! Troy menepuk dahi!
"Ada saya punya handphone sini dad.. Jay, mari gambar. Bikin prove!" Ujar Troy.
Jason terdiam. Segan dengan permintaan itu, namun logik akalnya tidak menolak hal itu. Prove! Ngam laitu!
Troy yang tanpa berfikir panjang terus mendekati Jason dan mula menarik kemejanya ke atas.
"Ui..." astaga ni anak!
"Isk kau ni! Cepat saya mau gambar." Alala Troy! Bida gaya kau!
Melihat tingkah anak mereka, Thompson dan Tiara cuma menggeleng.
"Biarlah! Hal kici saja ni!"
Buk! Bahu Jason ditumbuk agak kuat. Bulat mata Troy memandang ke arah Jason yang lagaknya seperti anak dara!
"Hisk kamu dua ni! Mari sini auntie check Jay.. macam sumandak kau ni." Ujar Tiara lantas tangannya cekap menarik baju kemeja Jason ke atas. "Astaga bang, biru!" Sambung sambil menutup mulut dengan jari.
"Kurang ajar!" Spontan Thompson bersuara. Jelas marahnya di situ.
Troy dan Jason serta-merta membatu. Suara garau si ayah memang menakutkan.
Syukurlah kamu pandai insaf anak muda! Kalau dulu, ndada makna suara si bapa ni kan! Syukur! Makan dalam sungguh perlian si suara kali ini.
Tiara juga sudah tidak bersuara. Faham dengan perasaan yang sedang bersarang di benak suaminya itu. Seperti juga Thompson, dia sendiri pun memang tidak berkenan dengan Paul.
YOU ARE READING
Bila Cinta
RomanceMelihat kawan-kawan baiknya bahagia dengan pasangan masing-masing, terlintas di fikiran Jason untuk merasakan itu. Rasa ingin mencintai dan dicintai! Namun, mahunya bukan kepalang.... "Saya mau yang macam bini kamu... yang pandai terabang-terabang!"...