+14

16 4 0
                                    

   Sihyun berjalan tenang seorang diri menuju ke kelasnya disebabkan laluan arah kelas sihyun dan yuna berlainan.
 
      Chenle yang melihat Sihyun,terus mendekatinya lalu melanggar bahu sihyun supaya sihyun perasan akan keberadaannya.

       "Wae?" tanya sihyun malas lalu memasuki kelas diikuti chenle disebelah.

        "Alah, aku kan kawan kau, takkan tak boleh jalan sebelah kau" kata chenle lalu menarik kerusi yang kosong dan duduk dihadapan sihyun

       "Apa-apa jelah" kata sihyun lalu mengeluarkan buku latihan dan diletakkan diatas meja.

       "Ish, kau ni asyik belajar saja, jom lah kita main satu permainan sementara ada masa ni" kata chenle sambil menolak buku latihan sihyun ketepi.

        "Haih, yelah nak main apa?" tanya sihyun sambil meletakkan buku latihannya ke bawah meja. Mungkin benar kata chenle dirinya terlalu berkeras untuk belajar tak salah kalau dia berehat sebentar saja.

       "tapi jungkook pun kena main juga " kata chenle lalu menarik ĵungkook mendekati mereka dan menarik kerusi berdekatan lalu mendudukkannya.

      "kau kenapa? suka hati kau saja menarik aku" kata jungkook lalu mendengus geram manakala chenle hanya menjelir lidah kepada jungkook.

       "Ok jom kita mula!" kata chenle dengan riang selepas menerangkan permainan apa yang nak dimain kepada jungkook dan sihyun.
                                                                              __________________

         Jaehyun memandang wanita berumur dihadapannya yang sedang menyirup coffee dengan tenang lalu diletak kan secawan coffee itu di atas piring.

         "ehem, ada ape ahjumma nak jumpa saya?" tanya jaehyun sambil berdehem kecil lalu membetulkan posisi duduknya.

        "eomma kau macam mana? sihat?" tanya wanita berumur dihadapanya tanpa membalas pertanyaan jaehyun.

     "em,syukur eomma saya sudah semakin sihat saya nak berterima kasih sangat-sangat dengan ahjumma sebab tolong saya dan eomma saya dan maafkan saya kalau saya banyak menyusahkan ahjumma" kata jaehyun sambil tersenyum lalu menunduk tanda berterima kasih.

     "ah, tak mengapa jaehyun, sepatutnya saya yang patut minta maaf dan berterima kasih kepada kamu  sebab sanggup menjadi cleaner dan berhenti belajar untuk tolong saya..." kata wanita itu atau lebih dikenali sebagai puan kim.

     " ahjumma jangan lah risau, saya buat semua ni untuk balas jasa ahjumma atas banyak menolong keluarga saya jadi tidak salah saya menjaga anak ahjumma yang sekarang dalam situasi bahaya" kata jaehyun membuatkan puan kim terseyum dan terharu dengan kata-kata Jaehyun. Sesungguhnya jaehyun seorang yang sangat baik hati.

       "jadi... bagaimana dengan keadaan Sihyun? adakah dia baik-baik saja? Dia cedera ke?" tanya puan kim risau dengan keaadan sihyun memandangkan buat masa sekarang ini dia tidak boleh mendekati sihyun kerana ia akan membahayakan nyawa sihyun.

       "Sihyun baik-baik saja, ahjumma tidak perlu risau  serahkan saja pada saya untuk menjaga anak ahjumma lagipun rakan baik sihyun sudah pindah ke sekolah sihyun jadi dia tidak keseorangan" kata jaehyun tenang membuatkan puan kim menghembus nafas lega. Syukur lah semuanya baik-baik saja.

      " baik lah, tetapi saya nak kamu siasat dengan lebih teliti tentang rancangan han jena , saya takut selepas ini sasaran dia adalah Sihyun" kata puan kim serius dan mendapat anggukan dari jaehyun

      "baiklah, saya akan usahakannya"

                                                                             _____________

     "Pft HAHAHAHAH kau kalau padan muka" ketawa sihyun apabila chenle kalah dalam permainan. Itulah sapa suruh dia riak kan dah kena.

        " ala, apa ni tadi kau yang lambat asal aku pulak yang kena! ini semua tidak adil!" kata chenle tidak puas hati apabila jungkook telah mengalahkannya

        "Kalau kau tak nak kalah tak payah main" kata jungkook sambil menjeling manakala sihyun sudah terkekek-kekek mempertawakan chenle yang sudah bermasam muka.

      " Ish yelah! Aku kalah tapi korang jangan nak minta makanan yang mahal-mahal habis duit aku nanti" kata chenle lalu memeriksa isi dompetnya.

       " alah, kau kan kaya buat apa nak risau" celah haechan lalu merampas dompet milik chenle.

         "Yah! Dompet aku jangan usik lah tu baru lagi!" marah chenle lalu mengejar haechan yang sudah jauh melarikan diri.
  
         Sihyun menggelengkan kepalannya melihat gelagat chenle dan haechan lalu menoleh memandang jungkook disebelah.

      Baru sahaja sihyun mahu menegur jungkook, jihoon memanggil sihyun dan mendekatinya membuatkan sihyun kuburkan saja niatnya.

        "Sihyun ah boleh aku berjumpa dengan kau sekejap?" tanya jihoon membuatkan sihyun terkebil-kebil lalu memandang jungkook yang memandang jihoon yang sedang terseyum. Ada apa tu?

____________

   "Makan lah dahulu" kata jihoon lalu menghulurkan sebungkus roti yang baru dibelinya tadi kepada sihyun.

    Sihyun teragak-agak mahu mengambil huluran jihoon tetapi akhirnya dia ambil juga.

      "Kenapa kau nak jumpa aku? Ada sesuatu yang kau nak beitahuke?" tanya sihyun sambil mengunyah roti pemberian jihoon.

       Jihoon memandang sihyun lama lalu menoleh kehadapan semula menikmati pemandangan di atas rooftop.

       " tak ada apa, cuma nak tenangkan fikiran" kata jihoon tenang membuatkan sihyun mengganguk faham lalu menoleh kehadapan memandang pemandangn bersama jihoon.

       "Kau tahu tak? Aku selalu menangis pada waktu malam atas sebab aku rindukan eomma dan appa aku.." kata sihyun lalu menukar posisi duduk nya dengan memeluk kedua-dua belah kaki nya.

       Jihoon menoleh memandang sihyun dengan sayu. Sungguh dia sedih melihat nasib sihyun yang tidak beberapa baik.

      "Aku... teringin nak gembira seperti dahulu, ada kawan, ada eomma appa... So hyun... Tetapi aku tahu memang mustahil untuk dapat permintaan aku tu" kata sihyun lalu menunduk lalu memeluk tubuhnya yang sudah mula sejuk

       Cuaca  pada waktu itu  sudah mula semakin sejuk memandangkan tidak lama lagi musim sejuk akan melanda.

       Jihoon yang melihat sihyun memeluk tubuhnya segera menanggalkan blazer nya lalu memberinya kepada sihyun.

       "Aku pun sebenarnya sama sahaja macam kau..." kata jihoon  membuatkan sihyun menoleh memandangnya.

      "Eomma dan appa aku sudah meninggal dua tahun lalu,dan sekarang aku tinggal sendirian... Kawan pun aku tidak ada, ada pun kerana rupa dan harta sahaja" kata jihoon lalu mengeluh lemah.

      "Ah, mianhae Jihoon -ah" kata sihyun berasa kesal. Kalau dia tidak memulakan topik ini mungkin semua ini tidak berlaku.

       "Gwaenchana, aku ok saja, kau tidak perlu risau" kata jihoon lalu memberikan sebuah senyuman  manis kepada Sihyun.

      "Aku kesian dengan kau, kau baik hati selalu tolong orang, tetapi mengapa mereka lakukan sebegitu?" Kata sihyun berasa kasihan terhadap jihoon yang baik hati tetapi di layan buruk oleh orang sekeliling.

      Jihoon hanya tersenyum kecil lalu menikmati pemandangan semula tanpa berkata apa-apa walaupun tujuan nya sebenar hendak memberi tahu kebenaran  tetapi dia kuburkan sahaja niatnya, mungkin masa sekarang tidak sesuai jadi dia membuat keputusan untuk memberi tahu lain kali.

      "Mianhae sihyun, aku tidak lah baik macam apa yang kau sangkakan... aku jahat...aku lah penyebab kau jadi begini"

  __________

My Life Changer :JjkWhere stories live. Discover now