Epilogue❀

17 3 0
                                    


Sihyun memandang ke luar jendela tanpa menghiraukan ketukan yang sudah berkali-kalj di ketuk.

Yuna yang tidak mendengar sebarang suara mengeluh lemah lalu perlahan-lahan membuka pintu sihyun.

"Sihyun ah, makan lah sudah lama kau tidak makan" yuna mendekati sihyun yang masih berdiam diri lalu meletakkan dulang di atas meja.

Yuna duduk di sebelah sihyun lalu mengeluh sekali lagi. Sungguh dia risau melihat keadaan rakan baiknya.

"Aku tahu kau sedih tetapi jangan lah sampai begini" ujar yuna dengan sayu memandang rakan nya yang masih termenung di luar jendela.

"Kalau eomma kau tahu keadaan kau begini pasti dia sedih begitu juga so hyun adik kau yang sudah semingu tidak keluar bilik nya" Kata yuna lagi membuatkan sihyun menunduk.

"Kalau eomma aku sayang aku, kenapa dia baru bagi tahu aku? Kenapa.." Sihyun memeluk tubuhnya lalu perlahan lahan mengalirkan air matanya.

Baru sahaja yuna ingin mengungkapkan katanya, jimin mengetuk pintu bilik sihyun membuatkan yuna menoleh.

"Kim sihyun.. Ada benda yang aku nak kirim kat kau" jimin memandang sihyun yang perlahan lahan menoleh ke arah nya.

_________

Tok! Tok!tok!

Sihyun mengetuk pintu adiknya dan membuka nya dengan perlahan lalu duduk di katil milik so hyun yang empuk.

"Eomma bagi kau ni" kata sihyun perlahan membuatkan so hyun yang sedang baring terus bangun dari baringnya.

"Ambil lah sudah seminggu aku tunggu dan fikir untuk bagi kau...aku pergi dahulu " Sihyun tersenyum lemah lalu keluar dari bilik so hyun dengan memakai baju seragam sekolah ingin pergi ke sekolah memandangkan ada masa lagi.

So hyun memandang gerak geri sihyun ingin keluar dari bilik nya lalu memandang semula sampul Surat yang kelihatan lama tetapi belum di buka.

Perlahan-lahan dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkan isinya dan terlihat ada tulisan yang cantik tertulis di atas kertas.

Kepada anak kesayanganku,

So hyun sihat? Harap lah kamu sihat sahaja walaupun eomma tiada disisi tetapi itu tidak bermakna kamu perlu menyakiti diri kamu ya.. Jangan lupa makan ye sayang... Maafkan eomma sebab eomma kurang layan kamu dan lebih layan kakak kamu dan maafkan appa kamu juga kerana dia selalu memarahi kamu berbanding kakak kamu... Eomma tahu eomma tidak sempurna, eomma bukan ibu yang baik sampai kan eomma abaikan kamu maafkan eomma ya sayang... Eomma harap kamu dengan kakak kamu berbaik semula, rindu nak tengok kamu berdua bergembira,bergurau send a jadi berbaiklah ye... Eomma harap kamu berbahagia dan tidak sedih eomma sayang kamu dan kakak kamu, gembira melihat wajah kamu berdua tersenyum. Jaga diri baik-baik ya sayang ....

Setulus hati,
Eomma

So hyun mengalirkan air mata nya perlahan tatkala membaca isi Surat yang tertulis. Sungguh dia bertambah bersalah dengan eomma dan appa nya..

"Tsk eomma... Maafkan so hyun.... "

_________

Sihyun memasuki kelasnya seperti biasa tetapi dia tercenggang seketika apabila semua memandang nya sayu dan terlihat di atas meja penuh dengan sticker dan hadiah kecil.

Sihyun memasuki kelas dengan senyap lalu meletakkan beg galasnya di atas kerusi dan membaca setiap lukisan yang tertulis di sticker note.

Maafkan aku sebab luka kan hati kau! - Area

Maafkan aku wei susah kan kau ! Semangat ya! - chanyeol

Sebagai kawan kau aku nak minta maaf sangat! Jangan bersedih hwaiting!" - chenle

Dan banyak lagi kata ii semangat buatnya membuatkan dia terharu dan melihat wajah rakan sekelas nya yang sudah menangis dan ada juga tersenyum sayu begitu juga haera dan rakannya yang kelihatan bersalah.

"Terima kasih... Korang.." Sihyun tersenyum memandang mereka dan diangguk oleh mereka.

Haera bangun dari duduk nya lalu mendekati sihyun dan mendakap nya erat.

"Mianhae.. Sihyun ah aku banyak salah dengan kau" haera mengalirkan matanya kesal dengan perbuatan kejinya terhadap sihyun

"Tidak apa, benda sudah lepas " sihyun meleraikan pelukannya

Semua berada di kelas mendekati sihyun dan kesemua rakan perempuan memeluk sihyun erat membuatkan sihyun semakin terharu.

Selepas sahaja mereka meleraikan pelukan, jihoon mendekati sihyun dan tersenyum.

"Syukurlah kau sudah tersenyum, nampak nya jungkook sayangkan kau sampai dia sanggup ubah semua ini" Sihyun terkaku seketika tatkala jihoon menyatakanya lalu Sihyun menoleh memandang jungkook yang sedang memandangnya.

Sihyun mengalirkan matanya dan perlahan lahan mendekati jungkook membuatkan jungkook tersenyum.

"Kau tidak tahu bukan apa jawapan aku? Jawapannya aku juga ada perasaan terhadap kau, aku suka kan kau sihyun" luah jungkook membuatkan mata Sihyun berair lalu terus mendakap jungkook erat.

"Terima kasih cuba bahagiakan aku dan ubah hidup aku jungkook, terima kasih...."


꒰⚘݄꒱Ending!!꒰⚘݄꒱

Habis sudoh ff MLC ni maaf ya kalau ending nya cam hampeh (〒﹏〒)

Terima kasih sangat ii kepada yang masih membaca cite dan keep comment cerita merepek nih  yelah aku kadang terpikir cam napa makin Lama makin mepek ff aku huk paroh ni (༎ຶ ෴ ༎ຶ)

walaupun ada silent readers tapi tidak mengapalah gue maafkan saja kamue .

Dengan ini ff jungkook MLC sudah melabuhkan tirai nya maaf sekali lagi jika ada kekurangan, bubai jumpa di ff sebelah mwah^^

My Life Changer :JjkWhere stories live. Discover now