+18

14 4 0
                                        

"Jaga diri ye appa, sihyun baik-baik sahaja disini" sihyun mengusap gambar yang terletak berdekatan dengan tanah perkuburan bapanya.

Sihyun tersenyum melihat frame gambar tuan Kim yang sedang tersenyum manis lalu meletakkan sejambak bunga disebelah tanah perkuburan bapa nya.

Sihyun mengelap air mata nya yang secara tidak sengaja mengalir lalu memandang tanah perkuburan ibunya yang tidal jauh darinya.

Perlahan-lahan dia mendekati tanah perkuburan itu dengan hati yang sayu. Sesungguhnya puan kim lah yang paling dia rapat berbanding dengan tuan kim atas sibuk dengan kerja.

"Eomma... Sihat?" Sihyun dengan hati yang berat duduk di hadapan tanah perkuburan ibunya lalu memegang frame gambar puan kim yang elok tersenyum manis.

Sungguh dia rindu akan senyuman itu, senyuman yang selalu buat hati nya lega dan tenang.

"Eomma, nak tahu tak? Setelah lama hyun tak jumpa so hyun akhirnya dia sama sekolah dengan hyun" sihyun mengukir senyuman lalu mengeluarkan sekotak air yang amat disukainya.

"Ingat tak kita selalu minum air ni bersama " sihyun tersengih seketika apabila dia mengenang masa lalu yang penuh dengan kegembiraan.

"Tapi... Lepas eomma pergi, hyun tak happy macam dulu tsk" sihyun menunduk menahan dari mengeluarkan air mata tetapi ternyata gagal.

"Hyun rindu eomma.. Kenapa eomma tinggalkan hyun?" Dengan teresak -esak sihyun berkata.

Tanpa sedar puan kim memerhati dari jauh dengan berpakaian serba hitam dan juga kaca mata hitam.

Puan kim mengemam bibirnya dan mengalirkan air mata nya. Sedih dia melihat anak nya yang menderita tanpa nya.

"Ahjumma, mari kita pergi jaehyun hyung kata orang Jena sedang dalam perjalanan ke sini" ujar jihoon yang berada dalam kereta.

Puan kim menutup mata nya seketika lalu menghembus nafas berat sambil mengelap air mata nya.

Baru sahaja dia ingin bergerak ke kereta sihyun jatuh tersungkur dan menjerit kecil membuatkan puan kim memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang.

"Aduh, sakitnya" sihyun melihat lukanya yang sedikit besar yang tanpa sengaja terseret di bahagian yang penuh dengan batu sewaktu dia jatuh tersungkur.

"Adik ok?" Puan kim menghulurlan tangannya tanda mahu membantu sihyun bangun.

Sihyun yang mendengar seseorang menegurnya mengangkat kepala nya dan terlihat seorang wanita paruh baya sedang tersenyum memandang nya.

______________

"Ish, mana dia ni kata nak ikut sekali" yuna menggaru kepalanya sambil menilik jam tangan nya.

Sudah lebih sepuluh minit dia menunggu sihyun dihadapan pintu kelas tetapi sampai sekarang kelibat rakannya tidak muncul.

"Eh awek,tunggu sape tu tergesa-gesa" tegur haechan dengan sengihan gatalnya apabila melihat yuna dihadapan pintu.

"Bongok kau kau kenapa sia, sejak bila aku awek kau" yuna dengan menyampah menolak haechan. Hampir sahaja haechan jatuh tergolek.

"Lek ah, kau tunggu sapa? Terjenguk kat sini ha sapo nama?" Tanya haechan sempat juga dia menyoal namanya yelah mana tau dapat jodoh ngeh.

"Aku yuna, ha kau ade nampak tak member aku namanya sihyun" yuna menjenguk-jenguk kan kepala nya melihat sama ade sihyun berada di dalam kelas atau tidak.

"Ouh, kau ke kawan dia, dia dah pergi dah sebelum kau sampai" kata haechan selamba lalu mengeluarkan keropoknya.

"Ha?? Dah pergi dulu? Asal dia tak bagitahu aku??!!" Yuna memegang kedua -dua bahu haechan dengan cemas.

My Life Changer :JjkWhere stories live. Discover now