+19

18 4 0
                                    

        So hyun menggigit kukunya ketakutan. Seseungguhnya dia berasa cuak akan apa yang akan terjadi dengan dirinya. Sudah berkali-kali dia merimaskan rambutnya memikirkan cara yang terbaik supaya dirinya kekal selamat.

        Mungkin ada satu lagi cara yang dia yakin akan menjadi walaupun ianya tidak masuk akal tetapi dia terpaksa juga melakukannya.

    So hyun terus bangun dari duduknya ingin menuju ke tempat yang tidak pernah sesekali dia ingin menuju 

   "eh kau nak kemana? "  tanya ye eun apabila terlihat rakannya seperti tergesa-gesa ingin menuju ke sesuatu tempat.

  "tak payah tahu lah" kata so hyun lalu menolak ye eun ketepi lalu menyambung perjalanannya 

   _________

Streetttt

chenle menarik hingusnya berkali - kali membuatkan sihyun yang melihat terasa geli,nak saja dia menolak chenle jauh-jauh 

    "tabah lah bro nak buat acaner kau dah kalah" jisung disebelah menepuk-nepuk belakang chenle yang menangis seperti kanak-kanak kecil

   "huwaa jungkook bagi lah second chance! aku tak tersengaja jatuh kerusi!" jerit chenle supaya dapat didengari oleh jungkook yang berada di hujung sudut

   Jungkook hanya diam sahaja tanpa menghiraukan chenle yang sudah meraung-raung menyebut namanya. Daripada dia melayan si anak dolphin tu baik dia baca buku sahaja.

 "euww lap lah hingus kau tu bongok geli aku tgk" haechan membuat muka geli apbila melihat cecair keluar dari hidung chenle.

   "kau tak faham perasaan aku bila kalah dalam permainan video! ini buat pertama kalinya aku kalah tahu tak!!" raung chenle sambil mengelap hingus di lengan baju milik haechan membuat chenle mendapat satu hadiah ketukan darinya.

    Sihyun yang memerhati berasa geli dengan sikap pengotor chenle. Sungguh dia tidak faham mengapa mesti meja dia yang menjadi tempat berkumpul sedangkan mereka semua ade meja mereka sendiri

   "ish, kau ni chenle pergi lah duduk ke tempat kau asal datang kat meja aku ni" kata sihyun sambil menolak-nolak tubuhnya menyuruh dia untuk pergi.

  "kau ni aku member kau bukan? jadi sukahati aku lah! " chenle menjeling sihyun dengan sombong. Wah dah makin menjadi perangainya.

    Tok!tok!tok!

  Bunyi ketukan di pintu hadapan kelas membuatkan suasana yang asalnya bising terus senyap sepi dan semua menumpukan kearah org yang mengetuk.

   So hyun memandang kakaknya atau lebih dikenali sebagai sihyun begitu juga sihyun memandang adik nya sendiri.

  "maaf mengganggu semua, erm boleh saya berjumpa dengan kim sihyun sunbae?" tanya so hyun dengan penuh kesopanan membuatkan jungkook yang memerhati berasa curiga dengannya.

      Sihyun yang sedar bahawa so hyun memanggil namanya terus menuju ke hadapan pintu. Setelah sampai sahaja sihyun di hadapan so hyun, senyuman nya yang terukir manis hilang serta merta lalu menarik lengan milik sihyun dengan sedikit lembut supaya orang sekeliling tidak curiga.

Sihyun hanya diam mengikuti setiap langkah so hyun tanpa memarahinya atau menarik tangannya semula manakala jungkook terus sahaja bangun dari duduknya tanpa mengihraukan orang sekeliling yang memandangnya lalu mengikuti mereka yang tidak jauh darinya.

___________

"ada apa kau nak jumpa aku?" tanya sihyun dengan sedikit lembut manakala sihyun mengulingkan matanya menyampah.

My Life Changer :JjkWhere stories live. Discover now