Flashback♡
So hyun berjalan di tepi jalan sementara menunggu kakak nya pulang dari kelas tambahan jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dahulu.
Sedang dia menghirup angin malam yang tenang, kedengaran seseorang bergelut membuatkan so hyun memberhentikan langkahnya seketika dan menoleh kebelakang memandangkan bunyinya datang dari arah belakang.
So hyun mengerutkan dahinya lalu mengikuti mereka yang membawa dua orang ke suatu tempat dengan cara yang memaksa.
Setelah so hyun sampai ke destinasi yang sedikit menakutkan lalu menyorok di tepi dinding agar dia dapat melihat dan mendengar dengan jelas.
"Tolong lepaskan lah kami jena, biarkan kami jumpa anak kami dahulu" rayu seorang wanita dengan sayu membuatkan so hyun yang mendengar mengerutkan dahinya.
Seperti dia kenal suara ini, suara yang amat dia rindukan selama ini... Jangan kata wanita itu...
Eomma?
Dengan perlahan-lahan so hyun mengeluarkan kepala nya sedikit dan terlihatlah puan kim dan tuan kim sedang menderita diseksa oleh aunty nya sendiri atau lebih dikenali oleh aunty kim."haih.. lawa bukan rantai berwarna merah ni? tapi malangnya bukan milik kau" aunty kim menanggalkan rantai yang tergantung di leher puan kim dengan kasar membuatkan ia meninggalkan kesan dileher
So hyun membulatkan matanya dan tidak sempat dia mahu menghubungi kakaknya, tuan kim mati ditembak oleh aunty kim tanpa belas kasihan membuatkan so hyun terjerit kecil
"siapa disana?" tanya aunty kim membuatkan hati so hyun berdebar-debar lalu dengan perlahan-lahan melangkah kaki melarikan diri tetapi malang nya dia tersungkur jatuh.
Aunty kim yang perasan ada seseorang jatuh tersungkur tersenyum sinis. Jelas lah bahawa ada seseorang memerhati
"jena! jangan kejar dia, kau boeh bunuh aku tapi tolong jangan libatkan orang lain" dengan tenaga yang ada puan kim menahan kaki milik jena.
Jena mendecit lalu menendang puan kim membuatkan pegangan di kakinya terlepas lalu dia mengejar so hyun yang ingin melarikan diri.
So hyun yang terjatuh sedia upaya berdiri dengan lututnya yang sudah terluka begitu juga telapak tangannya.
Baru sahaja dia ingin berdiri aunty kim menarik rambut so hyun dengan kasar dan memaksanya untuk bangun walupun sedang menahan kesakitan.
"oh kau rupanya ya? nak lari mana huh?" kata aunty kim dengan nada suara yang sedikit menyeramkan lalu dia mengeluarkan sebilah pisau dan meletakan di leher milik so hyun.
"a..aunty jangan" kata so hyun dengan penuh ketakutan dan perlahan-lahan dia mengalirkan air matanya.
"jangan?jangan apa? jangan sembilih kau? heh kalau aku tak buat aku dapat apa?" kata aunty kim dengan penuh psycho.
"sa..saya janji tak akan bagi tahu orang! saya tutup mulut" kata so hyun lalu memejamkan matanya sunguh dia tidak mahu lakukan ini tetapi demi menyelamatkan diri dia sanggup
"betul? patut kah aku percaya kau?" tanya aunty kim dan mendapat balasan anggukan dari so hyun
Aunty kim tersenyum sinis lalu mehiris pipi so hyun lalu menolaknya jatuh ke tanah tanpa ade rasa kasihan sedikit pun.
"ok, aku percaya kau tapi kau kena ingat tutup mulut dan jauhkan diri kau dari akak kau sendiri faham?" tanya aunty kim lalu meninggalkan so hyun yang sudah kekurangan tenaga.
"eomma... appa... mianhae tsk!tsk!" tangis so hyun lalu perlahan-lahan bangun lalu menuju ke rumahnya.
__________________
Bang!
So hyun menghentak pintu rumah dengan kuat lalu memasuki perkarangan rumah dengan luka hampir seluruh badan.
"eo? so hyun tu pun kau, pergi mana? kenapa luka ni? kau ok tak?" kata sihyun dengan sedikit risau sambil memegang tangan so hyun apbila melihat so hyun penuh dengan luka.
So hyun memandang sihyun sambil mengumam bibirnya lalu merentap tangan sihyun kasar lalu menolak sihyun ketepi dan menuju ke tingkat atas.
"yah! so hyun kau kenapa? nak pergi mana tu?" tanya sihyun lalu mengikuti so hyun menuju kebilik nya
So hyun dengan segera mengeluar kan beg bagasi nya dan mengeluarkan kesemua pakaiannya di almari masuk ke dalam beg membuatkan sihyun yang melihat naik cuak apabila kelihatan adiknya seperti mahu keluar dari rumah.
"Yah! kau nak pergi mana ni? hari sudah malam ni sudah lah aku cari kau tadi tak de" kata sihyun cuak sambil menghalang so hyun dari terus menerus memasukkan pakaiannya ke dalam beg bagasinya
"tak payah menyibuk lah! suka hati aku lah mahu pergi kemana pun!" tengking so hyun lalu menolak sihyun jauh dari nya dan mengangkat bagasinya turun ke bawah setelah siap meletakkan segala keperluannya
Sihyun yang melihat bertambah cuak lalu segera mengejar so hyun yang sudah sampai di hadapan pintu lalu menari lengan so hyun memberhentikan langkahnya
So hyun menghembus nafas berat lalu menoleh memandang sihyun dengan air mata mengalir.
"kau nak pergi kemana huh? kau tak kesian dengan eonnie ke? tak kesian ke dekat eomma dan appa bila diorg balik nanti?" kata sihyun sedikit sebak memandang adiknya dengan harapn dia menukarkan fikirannya.
So hyun yang mendengar kakaknya menyebut eomma dan appanya mengigit bibirnya menahan diri dari terus menangis. Sesungguhnya dia sedang mengalami ketakutan.
"eonnie? aku mana ade kakak lah! biarlah eomma dengan appa risau sekali pun padan lah muka diorg sebab lebihkan kau dari aku dan aku tidak pernah ade keluarga yang macam tu" kata so hyun dengan sedikit kasar lalu merentap tangan sihyun dan berlalu meninggalkan rumah agam yang besar itu.
sihyun jatuh terduduk lalu mengalirkan air matanya mungkin betul kata adiknya ibu dan bapa nya lebih melebihkan dirinya dari adiknya sendiri. Mungkin dia lah punca semua ini.
"tsk eo..eomma..."
______________
YOU ARE READING
My Life Changer :Jjk
Hayran Kurgu[complete] 🍒' Kenapa kau asyik nk ganggu hidup aku? Aku rimas tau tak?! ' -kim sihyun ' aku bukan nk ganggu hidup kau tapi aku nak ubah hidup kau menjadi lebih baik' -jeon jungkook seorang gadis yg hidup nya malang dan penuh kesedihan seja...