Sihyun duduk di atas kerusi dengan tenang lalu mengeluarkan buku yang tebal dan meletakkannya di atas meja.
Sudah bertahun dia tidak membuka buku ini kerana sebelum ini dia hanya menyimpannya di dalam laci meja belajarnya tanpa membukanya.
"Huh, sudah berhabuk" keluh sihyun apabila melihat buku yang tebal itu sudah berhabuk lama tidak diusik.
Perlahan- lahan sihyun membersihkan habuk yang melekat di kulit buku lalu membuka buku itu perlahan-lahan dan terpampanglah wajah keluarga nya yang di lekatkan di setiap muka surat.
Jujur, dia memang suka membuat koleksi buku dan menampal kan gambar-gambar kenangan seolah- seolah buku itu menjadi sebuah album.
"Eomma...." Dengan suara sedikit serak sihyun mengusap gambar wajah Ibu kandungnya yang sedang tersenyum manis. Sungguh dia merindukan wanita paruh baya itu.
Sedang sihyun merenung wajah ibunya, rantai yang tergantung dileher milik ibunya telah menarik perhatiannya.
"Rantai ni....." Sihyun memerhati dengan teliti rantai yang berwarna merah berkilauan. Memang sah dia pernah melihat rantai ini di suatu kawasan tetapi dia tidak dapat ingat dimanakah dia pernah melihatnya.
"Sihyun ah kau buat pe tu?" Tegur yuna secara tetiba membuatkan sihyun lekas menutup buku itu setelah yuna mendekati nya.
"Tak de ape lah, kau datang dari mana ni? Dari tadi menghilang dating ka?" Sihyun tersengih suka dihujung ayat.
"Apo kau mepek ni? Sejak bila aku dating ni" dengan muka cringe nya yuna memandang sihyun membuatkan sihyun tergelak kecil.
"Aku gurau saja lah, ha ade ape ni? macam ade sesuatu nak cerita saja ni" sihyun memandang yuna yang seperti teruja ingin mengatakan sesuatu.
Yuna tersenyum suka sebelum tu sempat juga dia menutup pintu yang terbuka lalu menghempaskan badan nya di atas katil dengan posisi menyiarap.
"Kau nak tau tak? Esok ade perlawanan permainan video antara chenle dan jungkook!" Kata yuna dengan teruja.
"Jungkook dengan chenle?" Tanya sihyun pelik. Setahu nya mereka berdua tidak lah rapat jadi bagaimana mereka boleh setuju berlawan permainan video?
"Iyeee, aku ade dengar juga yang chenle ni wakil sekolah dalam permainan video jadi sesiapa saja yang main dengan nya dia akan menang" terang yuna dan mendapat anggukkan dari sihyun. Memang benar, chenle wakil sekolah dan dia amat mahir dalam permainan video tetapi hakikatnya dalam pelajaran sangat berbeza.
"Jadi... Kau nak ikut tak? Esok lepas sekolah dekat kelaa esok" tanya yuna memandang sihyun meminta jawapan.
Sihyun berfikir sejenak jikalau dia pergi dia tidak lah kebosanan dirumah bukan?
"Erm ok lah aku ikut saja" kata sihyun dengan senyuman manis.
" jinjja? Hurayyyy!!"
______________
"Wehh so hyun betul ni kau nak aku pergi dahulu?" Tanya ye eun meminta kepastian.
"Iyaa, kan aku dah cakap tadi, pergi lah dahulu aku nak amik barang aku tertinggal kat makmal" balaa so hyun sambil mengemas barangnya yang berselerak di atas meja atas sebab dia menyiapkan tugasan yang belum di siapkan bersama ye eun.
"Hurm, ok lah aku pergi dahulu tau jangan tak ingat jalan balik rumah pulak" kata ye eun dan hanya mendapat anggukan dari so hyun.
Setelah mendapat anggukan dari so hyun, ye eun melangkah keluar dari kelas meninggalkan so hyun berseorangan.
"Huh, harap makmal tidak kunci" keluh so hyun lalu menilik jam tangan nya. Lebih baik dia cepat sebelum pintu makmal kunci.
So hyun tanpa membuang masa mengangkut beg galas nya dan keluar dari kelas menuju ke makmal untuk mengambil barangnya yang tertinggal.
Dan terlihat seorang lelaki yang tidak dia pernah lihat sebelum ini ingin mengunci pintu makmal. Cepat sahaja so hyun memberhentikan pergerakan lelaki itu.
"Tunggu! Jangan kunci lagi" sergah so hyun cepat memberhentikan pergerakan lelaki itu.
So hyun mengambil nafas seketika lalu memandang nametag milik lelaki itu.
Jeon jungkook
"Ah, maafkan saya sunbaenim saya nak pergi ambil barang saya kat dalam boleh kan?" Tutur so hyun dengan sopan.
"Hurm cepat sikit" balas jungkook bersahaja lalu memberi ruang kepada so hyun untuk masuk tetapi tingkah laku nya terhenti apbila perasan yang dia pernah melihat wajah so hyun. Cantas dia memaut lengan so hyun membuatkan pergerakan so hyun terhenti.
So hyun yang sedar lengan nya dipaut menoleh memandang jungkook dan mengangkat alis keningnya.
"Kau...adik sihyun bukan?" Jungkook mengecilkan matanya memerhati wajah so hyun yang hampir serupa dengan sihyun cuma gaya rambut mereka berbeza.
"Eh, mana ade lah sunbaenim, saya mana ada kakak" kata so hyun sedikit cuak. Bagaimana dia boleh tahu yang dia mempunyai seorang kakak sedangkan mereka baru bertemu hari ini?
"Kau tak payah menipulah, aku tahu kau adik sihyun kau kenapa layan kakak kau macam tu? Sedangkan dia kakak kandung kau?" Tanya jungkook dengan sedikit tegas.
"Aku dah kata dia bukan kakak aku, bukan kakak aku lah!! Tidak perlu menyibuk hal aku " Balas so hyun dengan menukar bahasa lalu menolak bahu jungkook ketepi untuk mengambil barangnya dan pergi meninggalkan jungkook tanpa mengucapkan terima kasih.
Jungkook berdecit apabila melihat kelakuan so hyun yang sepertinya tidak ada adab lalu tanpa membuang masa mengunci pintu makmal.
____________
So hyun berjalan dengan laju melarikan diri daripada jungkook. Sungguh dia risau dia akan mengatakan perkara yang sebenar.
Sedang dia tergesa-gesa ingin melarikan diri, secara tidak sengaja dia melanggar seorang wanita.
"Mianhae saya tidak sengaja" kata so hyun lalu mengutip barang yang terjatuh.
"Heh,engkau?" Kata wanita itu sinis membuatkan so hyun terus memandang wanita itu.Sungguh dia terkejut apbila melihat wanita itu. Ya, dia lah yang membuatkan so hyun menjadi trauma dan dia lah orang sebenar yang bunuh eomma dan appanya.
" maaf saya pergi dulu" kata so hyun cuak lalu bergegas ingin berlalu pergi.
"Kau nak pergi mana ha?" Tanya wanita itu lalu menarik hujung lengan blazer milik so hyun.
So hyun tidak membalas malah hanya diam membuatkan wanita itu mendekat.
"Kan aku suruh kau jangan sama sekolah dengan kakak kau!" Wanita itu menarik rambut milik so hyun membuatkan so hyun menjerit kecil.
"Saya tak ada duit... Sekolah ini saja harapan saya... " kata so hyun dengan sayu sambil menahan kesakitan.
Wanita itu melepaskan rambut so hyun dengan kasar lalu memandang so hyun tajam.
"Kau kena ingat hanya kau saja yang tahu perkara ini kalau kau bagitahu orang,kau akan kena sama macam eomma dan appa kau"
_______________

YOU ARE READING
My Life Changer :Jjk
Fanfiction[complete] 🍒' Kenapa kau asyik nk ganggu hidup aku? Aku rimas tau tak?! ' -kim sihyun ' aku bukan nk ganggu hidup kau tapi aku nak ubah hidup kau menjadi lebih baik' -jeon jungkook seorang gadis yg hidup nya malang dan penuh kesedihan seja...