"Selamat pagi dunia tipu-tipu!"Jerit Ken kuat sebelum dirinya menjerit sakit.
"Kenapa kau masuk bilik aku tanpa sebab hurm??"Tanya Mellberg geram sebelum dipulas kuat telinga Ken.
"Aieeee!!! Tak adil!!! Si William dengan Gilbert pun sama!"Jerit Ken kuat sebelum Mellberg mengeluh kasar.
"Kau lagi teruk!"Kata Mellberg sebelum dipulas lagi telinga Ken.
"Bodoh!!! Sakit sial!!!"Marah Ken lalu Farnando,William dengan Gilbert menghampiri mereka.
"Kenapa bising-bising ni? Andrina tu masih tidur tau..."Kata Farnando dengan kerutan di dahi,sememangnya Farnando paling tua antara mereka..kerana itu sifatnya matang.
"Masih tidur?"Tanya Mellberg heran sebelum melepaskan telinga Ken yang kemerahan.
"Padan muka kau"Kata William menahan tawanya sebelum Ken menendang kaki William.
"Fuck! Sakit bodoh!"Jerit William sambil memegang kakinya,erghh berdenyut-denyut.
"Sabar Ken sabar"Kata Gilbert menahan Ken.
"ARGHHH! Kau pun sama lah setan!"
"Eh? Aku pulak"
Manakala Mellberg dengan Farnando mengeluh perlahan,tak berubah perangai mereka bertiga ini.
Dah nak tua pun sama juga perangai.
Klek..
Bunyi pintu terbuka membuat mereka menoleh.
Ken yang masih menolak muka William,William yang masih menahan tangan Ken dan Gilbert yang menahan mereka berdua turut menoleh.
"Apa bising-bising ni?"Tanya Andrina dengan wajah mamai,digosok matanya bak anak kecil yang baru bangun tidur.
Dirinya masih lagi mengantuk tapi teringat akan dirinya di rumah orang bujang gitu,hurm tak jadi lah dia tidur lama.
Ken ternganga kecil melihat Andrina manakala William dengan Gilbert terkejut melihat Andrina.
Farnando cuma menggeleng perlahan lalu melihat Mellberg yang turut terpesona? Entahh melihat Andrina.
"Pergi mandi...lepastu kau pakai baju Ken,ada beberapa baju Ken yang kecik...tak sempadan betul kau pakai baju William ni..terlalu besar.."Kata Farnando mengusap kepala Andrina dengan lembut.
"Oky"Kata Andrina selepas menguap kecil lalu masuk semula ke dalam,matanya juga tidak terbuka dari tadi,mahu tak terhantuk haa benjol sebelah.
"Dah,tutup mata tu...pantang sangat nampak gadis eh..terus ternganga"Kata Farnando datar sebelum mereka tersentak.
"Fuhhhhhh aku rasa nak try jer dia heheh"Kata Ken dengan sengihan kecil sebelum dijeling oleh Mellberg dengan tajam.
Melihat jelingan Mellberg membuat dia menjelirkan lidahnya.
"Belum cuba,belum tahu"Kata Ken lalu berlari ke bawah.
Mellberg menahan nafasnya,eyyy dada ni sesak tahan sakit hati.
✅✅
"Jangan risau,dia ada kat sini"Kata William sebelum kepalanya mengangguk-angguk.
"Yaaa..nanti kitaorang hantar dia..pape roger tau..byee"Kata William sebelum menutup panggilan dari Mariana.
"Huh,nampaknya Mariana dengan yang lain marah besar"Kata William sambil mengeluh...sakit telinganya bila mendengar Mariana bercakap.
Semua memandang Andrina yang selamba duduk di situ.
YOU ARE READING
Mrs Mafia,You're Mine[Complete]
Action[BOOK 5]♡ 5 orang gadis yang menjaga rantai peninggalan nenek moyang masing-masing membuat semua benda menjadi kacau bilau. Tambahan pula kelima gadis tersebut adalah mafia. "Rantai ni berharga,jangan sesekali letak rantai ni kat merata tempat atau...