"Andrina bangun!!"Jerit Cherlynni kuat dan dia mengocangkan badan Andrina.
Andrina yang masih lena tadi terus menggeliat kecil.
"Kenapa..?"Tanya Andrina dengan suara serak basah dan tanpa membuang masa,Cherlynni terus menarik tangan Andrina untuk turun ke bawah.
"K-kenapa ni setan?"Marah Andrina geram.
Sesampainya dirinya di bawah,dia tergamam melihat Felix,Eldrain,Lesley dengan Carlos yang mendapat cedera yang luar biasa.
"Kenapa ni?"Tanya Andrina terkejut.
"Tak payah pura-pura terkejut Andrina. Kau yang serang mereka"Kata Rosita dingin dan Andrina berkerut heran.
"Weyh aku tidur bhai semalam"Kata Andrina tak percaya.
"Dekat CCTV. Kau yang serang mereka yang berjaga depan bilik tahanan Kai. Dan sekarang Kai pula dah larikan diri"Kata Mariana memandang Andrina tajam.
"Sejak bila--"Kata Andrina terputus.
"Macam mana kau boleh jumpa kunci yang aku sorokkan?"Tanya Mellberg datar dan Andrina mula goyah.
"Aku..aku tak tau apa-apa serius"Kata Andrina perlahan. Tiba-tiba saja dia dituduh.
"Aku tau kau pernah jadi orang kanan Kai tapi tak perlu sampai serang abang-abang dengan kawan-kawan kau ni!"Marah Cherlynna. Geram dia melihat Andrina yang membuat muka tidak bersalah.
"Weyh..aku tak tau apa-apa"Kata Andrina masih mempertahankan dirinya.
"Dahlah. Jom korang,biarlah Andrina kat situ. Geram aku nampak dia"Kata Mariana dan dia pergi bersama-sama yang lain.
Farnando dengan yang lain memapah Carlos,Felix,Eldrain dan Lesley untuk pergi ke atas.
"Erk.."Cherlynni mula pelik.
"Jom Nini"Kata Cherlynna dingin dan Cherlynni sempat memandang wajah Andrina yang mula muram itu.
"Nanti kita jumpa oky"Kata Cherlynni lalu dia mengikuti langkah Cherlynna.
Mellanie yang ada disitu memandang Andrina dengan tatapan sayu. Dia yakin Andrina tak melakukan apa-apa pun.
Melihat pemergian semua orang membuatkan dirinya mengeluh.
Baru saja dia ingin melangkah pergi tetapi dirinya ditarik oleh Mellberg.
"Jom kita pergi dari sini sebelum kau cederakan semua orang"Kata Mellberg dingin dan Andrina yang belum sempat ditarik merintih sakit.
"Mellberg. Jangan genggam tangan aku kuat sangat"Kata Andrina tatkala tangan kanannya dipegang terlalu kuat.
"Jom"Dia masih mengabaikan Andrina yang masih lagi menahan sakit.
Sungguh dirinya tak percaya bahawa Andrinalah yang menyerang Carlos,Felix,Eldrain dan Lesley. Bahkan diorang semua adalah orang terkuat disini.
Lagi-lagi dengan Andrina yang belum sepenuhnya sembuh mampu menyerang mereka berempat.
"Mellberg!"Marah Andrina dan Mellberg memandangnya tajam.
"Apa?"Kata Mellberg geram. Tak padan dengan sakit. Kau mampu serang orang eh?
"Lepaslah"Kata Andrina dengan nada bergetar. Serius dia tak serang siapa-siapa pun semalam!
Kau percaya tak?
Weyh kau percaya ke tak???
"Nope. Masuk dalam"Kata Mellberg sempat memandang Andrina tajam.
Andrina menggeleng tak nak.
YOU ARE READING
Mrs Mafia,You're Mine[Complete]
Action[BOOK 5]♡ 5 orang gadis yang menjaga rantai peninggalan nenek moyang masing-masing membuat semua benda menjadi kacau bilau. Tambahan pula kelima gadis tersebut adalah mafia. "Rantai ni berharga,jangan sesekali letak rantai ni kat merata tempat atau...