"ALYA!"Jerit Farnando dengan kuat dan Alya yang sedang berjalan sambil memegang beberapa fail pesakit terkejut mendengar jeritan Farnando.
Dahlah beberapa orang tengok Farnando menjerit macam apa.
"Kenapa ni?"Segera Alya menghampiri Farnando yang mendukung Cherlynni.
"Allah! Cherlynni Okey tak?????"Tanya Alya dan tanpa membuang masa dia mengarahkan jururawat disitu mengambil katil beroda sementara dia mengecek nadi pada tangan dan leher Cherlynni.
"Aku tak pasti.. Tapi tolong selamatkan dia"Kata Farnando dengan nada sayu.
Tak kesah lah orang nampak dia menangis dekat sini. Yang penting isteri kesayangannya selamat.
"Doktor Alya"panggil seorang jururawat disitu.
"Terima kasih. Farnando letak Cherlynni atas ni. Saya akan periksa dia secepat mungkin"Kata Alya dan Farnando akur saja.
♡♡♡♡♡♡♡♡
"Bro!"Panggil Ken dan dia menghampiri Farnando yang sedang menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya sambil menunduk.
"Farnando,mana Cherlynni???"Tanya Tracy dengan risau. Berderau darahnya tatkala mendengar Cherlynni dimasukkan ke wad kecemasan.
"Dia masih ada kat dalam..."Perlahan saja suara Farnando.
"Bro...jangan macam ni..baik kita jumpa Rara untuk rawat tangan kau"Kata William sambil mengusap belakang Farnando.
"Dan tinggalkan bini aku yang tengah menahan sakit?"Kata Farnando dingin dan dia memandang mereka dengan tajam.
"Farnando,kau...."Tergamam Gilbert memandang wajah Farnando yang kemerahan kerana menangis.
"Nevermind. Baik kita balik rumah untuk mandi apa semua lepastu kita pergi sini"Kata William dan Micheal mengangguk setuju.
"Betul tu Farnando. Balik lah. Nanti kami akan inform apa-apa dekat kamu"Kata Micheal sambil mengusap bahu Farnando.
"Fine..."
♡♡♡♡♡♡♡♡
"Dia okey tak??"Tanya Mellberg sambil mengusap rambutnya yang menutupi mata kerana ditiup angin yang tidak kencang mana.
"I dont think so. Dia sedih sangat-sangat sampai tak nak makan" Jawab William disana dan Mellberg mengeluh perlahan.
"Its okey. Aku akan data--"Belum sempat dia berkata-kata. Ken terlebih dahulu mencelah.
"Eh kau dok diam. Jaga bini kau elok-elok. Ingat aku ni masih single" Kata Ken tanpa bertapis.
Terus mendatar wajah Mellberg.
"Betul cakap Ken. Jaga Andrina elok-elok sebab dia punya kecederaan ambik masa yang lama nak sembuh. Tambah lagi si Andrina tu ada trauma. Takkan tak Ingat?" Kata William dengan nada biasa.
"Huh...how about Farnando?"Tanya Mellberg dan dia memandang anak-anak buahnya yang menjaga kawasan disitu.
"Kami on the way pergi hospital. Takpe. Jangan risau. Aku akan inform apa-apa dekat kau" Kata William dan Mellberg mendiamkan diri sebelum mengeluh.
"Okey. Got to go. Night"setelah memastikan tiada apa-apa yang ingin disampaikan lagi. Dia terus menutup panggilan telefon sebelum masuk semula ke dalam.
Diletak telefonnya ke tepi sebelum dia memandang katil.
Eh?
Andrina hilang?
YOU ARE READING
Mrs Mafia,You're Mine[Complete]
Action[BOOK 5]♡ 5 orang gadis yang menjaga rantai peninggalan nenek moyang masing-masing membuat semua benda menjadi kacau bilau. Tambahan pula kelima gadis tersebut adalah mafia. "Rantai ni berharga,jangan sesekali letak rantai ni kat merata tempat atau...