BAB 39

150 12 7
                                    

"saya rasa kita patut kahwinkan Andrina cepat-cepat lah"Kata Anis risau dan Evis mengeluh.

"Andrina tak tau pun yang dia sedang bertunang. Biar lah dia rehat dulu"Kata Evis dan Anis mengeluh perlahan.

"Yelah.."

Dia faham kalau Andrina amnesia,tapi dia risau akan keadaan Andrina.

"Bila kita nak bagitau dia?"Tanya Anis dan Evis berfikir sejenak.

"Sampai masa dia terima keadaan sekarang"Kata Evis dan Anis mengangguk perlahan.

Bukan kah dulu Andrina ditipu oleh Peter bahawa Peter tu tunang dia?

Jadi apa yang mereka bincangkan,diorang tak nak lah Andrina rasa ditipu lagi. Jadi mereka bagi masa untuk Andrina tenangkan fikiran.

Lagipun kahwin ini bukan hal main-main.

✅✅

"Andrina"Panggil Mellberg dan Andrina yang sedang membaca buku terus menoleh.

"Hai"Kata Andrina dan Mellberg mengukir senyuman kecil.

"Kau buat apa?"Soalan Mellberg membuatkan Andrina mengeluh.

Kenapa lah Mellberg ini tak pernah nak guna mata dia eh?

"Tengah berak"Kata Andrina selamba dan datar.

"Pandai memain eh"Kata Mellberg mencubit pipi Andrina.

"Ishh jangan cubit-cubit,nanti makin besar pipi ni. Kau tu lah macam tak nampak aku tengah buat apa"Kata Andrina sambil menepis dan mengusap pipinya.

"Tak"Kata Mellberg selamba dan Andrina memukul bahu Mellberg.

"Kau nak apa?"Tanya Andrina dingin,Ish geram kekadang.

"Saja cari pasal"

"Takde kerja?"Tanya Andrina menjeling Mellberg.

"Tak"

Andrina mengeluh perlahan lalu dia menutup bukunya.

"Kau nak apa?"Tanya Andrina dan Mellberg memandang Andrina.

"Aku ingatkan nak bawa kau jalan-jalan tapi kau macam mana,tak apa lah"Kata Mellberg lalu bangun untuk masuk ke dalam rumah.

"Eh!! Boleh ke?"Tanya Andrina teruja.

"Kau bukan marah aku ke tadi?"Tanya Mellberg datar dan Andrina tersengih kecil.

"Jom lah Mellberg"Ajak Andrina sambil menggoyangkan lengan Mellberg.

"Please jommm"Ajak Andrina sambil membuat muka sayu.

"Taknak"Kata Mellberg dan Andrina memujuknya lagi.

"Okey,kejap ye"Kata Andrina sinis dan Mellberg duduk sambil menunggu Andrina.

"Mama!!! Mellberg nak bawa Andrina jalan-jalan!! Boleh ke?!"Tanya Andrina kuat membuatkan Mellberg tergamam.

"Haih budak tu"Gumam Mellberg perlahan.

"Ye!! Jangan lama-lama tau!"Kata Anis dari dalam.

Actually,Anis tengah memasak kat dalam dan Andrina dengan Mellberg ada kat luar tengah duduk kat pondok.

"Yes! Jom Mellberg"Ajak Andrina dan Mellberg akur saja.

"Korang pergi mana?"Tanya Felix melihat Andrina tengah bersiap-siap.

"Keluar"Kata Andrina dan dia menyemburkan minyak wangi di bajunya.

"Huh?"

"Kenapa?"Tanya Andrina pelik dan Felix mengeluh perlahan.

Mrs Mafia,You're Mine[Complete]Where stories live. Discover now