BAB 54

144 14 4
                                    

Farnando yang sedang lena bersama-sama isteri tercinta terus terbangun.

"Mellberg.."entah kenapa dia tidak sedap hati.

"Kenapa ni??"Tanya Cherlynni mengusap matanya.

"Saya rasa ada yang tak kena dengan Mellberg"Kata Farnando sambil mengelap wajah nya yang berpeluh.

"Hurm..?"

Farnando memandang Cherlynni yang masih mamai lalu dia mengeluh.

"It's okey dear,I'm sorry for waking you up"Kata Farnando lembut dan dia mencium pipi Cherlynni.

"Pukul 7 nanti jelah kita lawat mereka. Jom tidur"Kata Farnando lembut dan dia menarik isterinya ke pelukan.

✅✅

Baru saja perempuan itu mahu menerkam Mellberg tapi terlebih dahulu Mellberg bangun dan menarik kasar lengan perempuan itu.

Ditarik lengan perempuan itu sehingga membuatkan perempuan baring di atas katil.

"Siapa kau?"Tanya Mellberg dingin dan dia menggenggam kedua lengan perempuan itu membuatkan gadis itu tak mampu bergerak.

"Lepaskan aku!"Kata perempuan itu dengan kasar dan dia meronta minta dilepaskan.

Mellberg cuba menajamkan matanya tetapi keadaan begitu gelap.

Mellberg memandang sekeliling. Lampu yang berada di tepi katil ditekan.

Tersentak Mellberg memandang Andrina yang dia pegang.

"Andrina? Kenapa kau buat macam ni!"Seketika dia perasan tiada siapa yang berada di sebelahnya semasa dia tidur.

"Andrina??!! HAHAHAHAHA Andrina dah lama mampus!"Kata Andrina sendiri.

Mellberg blur. Andrina dah mati? Tapi kat depan dia ni siapa????

"Siapa kau? Apasal kau ada kat badan Andrina??"Tanya Mellberg dingin dan Andrina tertawa sinis.

Mellberg perasan akan perubahan warna mata Andrina.

Warna mata asal Andrina adalah warna Hazel tapi sekarang..

"Warna mata kau.."Seketika dia tergamam.

Warna mata Andrina bertukar menjadi coklat gelap.

Andrina mengukir senyuman sinis sebelum dia menendang Mellberg lalu bangun dan dengan cepat dia mengambil pisau yang terjatuh tadi.

Mellberg meringis perlahan. Pergh kaki Andrina yang kena kaca tadi pun boleh buat jadi pemain bola sepak ni.

"Sayangnya aku tak dapat bunuh keempat mereka semalam. Tapi aku nampak mangsa baru"Kata Andrina sambil mengukir senyuman lebar.

Diacu pisau itu pada Mellberg.

"Kau jangan gila Andrina!"Tengking Mellberg.

"Haa? Ape? Shuuuuuuutttttt diam diam diam..patut lah Andrina takut dengan kau..kau main tinggi suara pula eh? Hehehehe"Kata Andrina sinis dan Mellberg berkerut heran.

"Kau siapa?"Tanya Mellberg sambil bangun.

"Kau tak perlu tau aku siapa!"Marah Andrina.

"Baik kau keluar dari badan bini aku sebelum aku belasah kau"Kata Mellberg dingin.

"Kau..? Kau nak belasah aku?? HAHAHAHA kau buat lawak apa ni haaaa?? Hehehehe..kau belasah akuuu...Andrina akan sakit...bukan aku...aku cuma menumpang jerr..HAHAHAHA"Tawa Andrina kuat.

Walaupun bukan Andrina tetapi itu adalah tubuh Andrina.

"Kau ni memang sial"Marah Mellberg dan dia ingin maju tetapi dilihat Andrina yang mengacukan pisau pada lehernya sendiri membuatkan dia tergamam.

Mrs Mafia,You're Mine[Complete]Where stories live. Discover now