"Kenapa awak tak marah??" Soal Zemir
"Dah tu awak nak saya marah?? Merajuk?? Macam tu??" Soal Esha, Zemir geleng
"Saya kena rasional, saya kena faham awak, awak kan penat shooting dengan Anna masuk hospital lagi, lepastu nak show lagi, nak layan kita orang lagi. Saya faham awak penat, jadi kenapa saya nak marah awak??" Soal Esha, jawapan yang diberi Esha tidak seperti seorang budak berumur 17 tahun dan seperti seorang yang berpengalaman dalam rumah tangga"Kenapa awak tenung saya macam tu??" Soal Esha sambil memeluk tubuh. Zemir melangkah mendekati Esha dan memeluknya
"Saya beruntung sangat sangat dapat awak, saya bersyukur sangat. Terima kasih" kata Zemir dalam pelukkan dengan air matanya bertakung.
"Awak menangis??" Soal Esha sambil menolak badan Zemir untuk melepaskan diri
"Hey, kenapa ni??" Soal Esha sambil mengusap air mata Zemir
"Saya harap ni sampai bila bila" kata Zemir, Esha masih tak faham apa yang dimaksudkan Zemir"Dulu saya pernah dengar ayat 'I sanggup hidup dengan you yang sentiasa sebok' tapi akhirnya dia tinggalkan saya. Saya harap ayat yang awak cakap tadi bukan tanda awak nak tinggalkan saya, tapi awak nak tetap ada dengan saya dan sokong saya" kata Zemir, Esha tersenyum sambil memegang pipi Zemir
"Saya minta maaf sebab dulu saya pentingkan diri dan suka hati je minta cerai. Sekarang saya nak betulkan semuanya dengan terima awak dan Anna dengan hati yang terbuka dan Insyaallah saya akan tetap setia dengan awak" kata Esha, Zemir memeluk erat Esha"Tapi.." kata Esha terhenti, Zemir melepaskan pelukkan dan memandang tepat Esha
"Tapi apa??" Soal Zemir
"Tapi saya tak janji saya akan teman awak pergi show macam ni" kata Esha
"Kenapa??" Soal Zemir
"Buat apa saya nak pergi show kalau saya boleh dengar awak nyanyi tiap hari, free of charge lagi" kata Esha, Zemir tergelak sambil mencuit hidung Esha"Oit yang kat dalam tu lama lagi ke??" Sakat Moh dari luar bersama Rocq Band
"Naik berjanggut tunggu ni" sakat Attar juga tak lama kemudian Zemir dan Esha keluar dari bilik persalinan bersama
"Kau menangis ke??" Soal Adi perasan mata Zemir merah, Zemir geleng dan menyapu air matanya dengan balakang tangan. Tiba tiba Esha datang dan menyapukan bedak di muka Zemir. Tak lama kemudian Rocq Band dipanggil untuk membuat persembahanBerdepan dengan ramai orang sudah menjadi perkara biasa untuk Rocq Band. Mereka juga sudah selesa bersembang dengan penonton dan itu membuatkan peminat Rocq Band dari awal kemunculan mereka 20 tahun lepas sehingga kini sudah tak terkira. Mereka melayan peminat seperti keluarga mereka sendiri dan sentiasa memastikan peminat mereka dalam keadaan yang baik.
Persembahan mereka tidak terlalu lama, hanya dalam 30 minit dan kemudian mereka akan bertemu dengan peminat mereka di parking, itulah rutin mereka setiap kali selepas membuat persembahan.
"Congrats RB" puji Erin, Rocq Band hanya senyum dan mnunjukkan thumb up
"Anna tidur ke??" Soal Zemir apabila melihat Anna baring di peha Esha
"Haah" jawab Esha
"Lama ke dia tidur??" Soal Zemir sambil mengusap kepala Anna
"Baru je, penat tadi dia main dengan yang lain" kata Esha, Zemir tersenyumTiba masanya, mereka akan bertemu dengan peminat. Isteri ahli Rocq Band yang lain sudah biasa tetapi tidak pada Esha. Zemir mendukung Anna dan berjalan perlahan ke kereta dengan pengawal di keliling mereka
"Kalau awak penat, awak duduk dengan Anna dalam kereta" kata Zemir, Esha angguk
"Sorry" kata Esha, Zemir yang baru membaringkan Anna di tempat duduk belakang terus ke pintu penumpang di hadapan dan melutut di depan Esha
"Kenapa ni?? Sorry kenapa" soal Zemir
"Saya tak pandai nak bergaul dengan peminat Rocq Band" kat Esha, Zemir senyum dan memegang erat tangan Esha"It's okay, awak perlukan masa. Awak duduk teman Anna dekat sini je. Apa apa call saya okay" pesan Zemir, Esha angguk. Zemir terus berlari ke ahli Rocq Band yang lain dan bersedia untuk melayan setiap satu peminatnya. Esha hanya melihat dari jauh, tak lama kemudian dia terlelap penat.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi, Rocq Band terpaksa meninggalkan peminatnya dan mereka terus ke kereta masing maisng dan balik ke hotel. Tiba di hotel, ahli Rocq Band sudah naik ke bilik masing masing, tinggal Zemir dan Adi sahaja di parking
"Boleh tak kau nak bawak tu??" Soal Adi
"Boleh, aku bawak sorang sorang" kata Zemir
"Kenapa kau tak nak kejut??" Soal Adi
"Entah kesian, tak apa. Aku minta kau teman Anna kejap dekat sini, aku nak hantar Esha dulu" kata Zemir, Adi angguk. Zemir terus mendukung Esha dan bawa naik ke bilik. Kemudian mengambil Anna pula dan bawa naik ke atas***
Keesokkan harinya, Esha tersedar kerana bunyi arlam phonenya
"Awak bangun subuh" kejut Esha perlahan, Zemir membuka sebelah mata dan menutupnya semula
"3 minit lagi boleh??" Soal Zemir sambil menarik selimut, Esha hanya senyum dan membiarkan Zemir sambung tidur sekejap. Esha turun dari katil dan terus ke bilik air
"Jap semalam rasanya semalam aku tidur dalam kereta dengan Anna macam mana boleh masuk bilik ni?? Tak kan aku berjalan sendiri kot, tak mungkin sebab aku tidur, tidur mati" kata Esha sendiri.Selepas mandi, Esha mengejut Anna untuk bangun mandi dan solat. Selepas Anna selesai mandi, barulah Esha mengejut Zemir. Selepas Zemir selesai mandi, mereka solat subuh berjemaah
"Amiin ya rabbal alamin"
"Anna tak pernah solat jemaah macam ni dekat sekolah je" kata Anna, Zemir mula rasa bersalah
"Tapi sekarang, hari hari kita solat jemaah okay" kata Esha, Anna angguk semangat
"Tapi kalau Anna duduk dengan mom tak boleh nak solat macam ni sebab mom selalu keluar tinggalkan Anna sorang sorang. Mom selalu keluar sampai malam Anna takut" kata Anna*
*
*
*
*Apa punya mak lah tinggalkan anak sorang sorang 🤬🤬
Assalamualaikum readers semua..
Sorry author lama gila tak update SP40an ni ada macam macam benda yg nak kena settle lately ni.. Insyaallah ada masa masa free sikit author update mana yg mampu and author publish eh.. sorry sangat sangat 🙏🏻🙏🏻 Apa pun thanks still support 😘😘STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang terpaksa patuh dengan kehendak ibu kesayangannya untuk berkahwin dengan seorang budak yang berumur 17 tahun Macam mana dia mahu hidup dengan budak yang keras kepala dan malas. Mula - 4/10/2020 Tamat - 4/7/2022