"Lepastu kau setuju?!" Soal Rocq Band
"Aku setuju satu sebab je" kata Zemir
"Apa??" Soal Adi
"Dulu masa aku kahwin mak aku adalah yang paling gembira, masa aku cerai mak aku antara paling kecewa tak akan aku nak buat mak kecewa kali kedua??" Soal Zemir, Rocq Band terdiam mendengar jawapan Zemir"Patutlah kau setuju" kata Moh
"So apa plan kau??" Soal Cad
"Entah lah, aku tak tahu aku boleh jadi yang terbaik tak dekat mata dia, yang aku yakin aku boleh buat tanggungjawab aku sebagai suami tu je" kata Zemir
"Kau ada buat istikarah??" Soal Adi, Zemir angguk
"So??" Soal Arash
"Dia jawapannya" kata Zemir
"Jadi apa yang kau nak risau lagi??" Soal Attar
"Pasal tu lah aku tak yakin yang aku boleh jadi terbaik untuk dia" kata Zemir"Okay macam ni, kau cuma fokus untuk tak ulang benda yang sama tu je, jaga future wife kau tu, pastikan dia tak rasa terabai" pesan Adi
"Tapi aku kan banyak belakon lagi, sah aku kena tinggalkan dia lama, dia okay ke??" Soal Zemir
"Hang ada nampak muka kita orang ni muka bakal bini hang ka??" Soal Arash
"Aku yakin dia okay, sebab tak akan mak kau nak cari calon menantu dia yang perangai sama" kata Attar
"Okay macam ni lepas kahwin nanti kau bagitahu segala galanya dekat dia, and paling penting lepas kahwin nanti bawak dia jalan jalan tak payah jauh jauh pun dalam malaysia pun cukup" kata Moh"Aku yakin bakal bini kau mesti ada syarat dan kau pun mesti ada benda nak bagitahu dia atau syarat kau sendiri kan" kata Cad, Zemir angguk
"So time tu lah kau cakap semua pasal kau dekat dia, dalam dalam tempoh korang honeymoon tu cuba kenal each other" tambah Adi, Zemir angguk
"Dah lah kau balik lah, esok nak akad, nanti kau sent location je kita orang sampai" kata Cad"Thanks korang, hari hari kita gaduh tapi korang tetap tolong aku dalam susah senang" kata Zemir
"Dah lah, kita kenal dah lebih 20 tahun, tak ada istilah tak tolong, time kau susah kita orang tolong. Nanti time kita orang susah kau pulak tolong" kata Adi, Zemir terus memeluk mereka
"Nanti apa apa call je kita orang, nak tolong apa apa ke, nak nasihat ke tak kesah call je tau" pesan Attar
"Thanks aku gerak dulu tau" kata Zemir"Mir kejap, tadi kau ada cakap nak rahsiakan pasal perkahwinan kau dari media kan??" Soal Arash, Zemir angguk
"So kita orang kena diam gak kan??" Soal Arash
"Haah, aku bagitahu korang supaya aku tak rasa bersalah nak berkerja dengan korang dan tak rasa bersalah dengan persahabatan kita" kata Zemir
"Jap satu soalan lagi, bini kita orang kena rahsia gak ke macam mana??" Soal Cad
"Tak payah bagi je tahu macam lah aku tak kenal bini korang tu, tak apa aku percaya korang" kata Zemir
"Okay, dah gi balik" halau Attar"Halau!!" Kata Zemir sambil membuat muka kecewa, pecah tawa Rocq Band
———————————————————————————
Harinya sudah tiba, Esha tak sangka yang dia akan jadi isteri kepada seorang penyanyi popular dan dia akan jadi mama ekspres pada Arianna.
"Adik dah siap belum??" Soal Zairul
"Kalau abang bawak adik lari boleh??" Soal Esha
"Agak agak lah!! Mama marah nanti, ala Uncle Zemir tu bukan teruk sangat pun hensem apa, ramai peminat pulak tu" kata Zairul
"Dia memang hensem ramai peminat tapi umur dia tu jauh kot!! 23 tahun bezanya tahu tak!!" Kata Esha
"Tak salah pun umur tu nombor je, Rasulullah kahwin dengan Khadijah pun beza 15 tahun so apa salahnya, tak ada fatwa menyatakan haram budak belasan kahwin dengan orang 40an" kata Zairul"Tak nak!!" Jerit Esha
"Shh!! Diam lah jangan jerit jerit!! Dah Esha dah cantik jom, pengantin lelaki dah sampai" kata Zairul dan terus menarik tangan Esha turun ke bawah. Zemir memandang Esha yang sedang turun dari tangga dengan baju yang sangat cantik pada pandangannya
"Tu ke bini kau??" Soal Cad yang berada bersama Rocq Band di belakang Zemir
"Kalau dah pakai baju sama cantik tu tak kan kucing kau pulak" kata Moh
"Wey dah jangan bising" tegur AdiJemputan juga tak ramai hanya keluarga Zemir, keluarga Esha dan Rocq Band and family sahaja
"Sedia??" Soal tok kadi, Zemir angguk perlahan
"Bismillah, Mohd Kairul Zemir bin Abdul Hamid aku nikahkan dikau dengan Zara Ariesha binti Shafizi yang berwakil walikan bapanya pada ku dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai""Aku terima nikahnya Zara Ariesha binti Shafizi dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai" kata kata hikmat telah dilafazkan, Ariesha terdiam dengan air mata mengalir, bukan gembira tetapi takut. Rocq Band terus memeluk Zemir selepas bacaan doa habis mereka terlalu gembira kerana dalam kumpulannya hanya Zemir sahaja yang single selepas bercerai 5 tahun lepas dan akhirnya dia berkahwin
Selepas solat sunat Zemir terus ke pelamin yang sangat simple untuk menyarungkan cincin
"Bismillah" ucap Zemir sebelum menyarungkan cincin
"Salam suami tu dik" arah Safura, Esha akur dan menyalam Zemir
"Cuim dahi" arah Zainab pula, Zemir cium sekejap sahaja dan acara selepas itu adalah bacaan taklik"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Zara Ariesha binti Shafizi selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk." Baca Zemir dengan menahan air matanya
*
*
*
*
*SELAMAT SUDAH.. AGAK AGAK MACAM MANA HIDUP ZEMIR DENGAN ESHA LEPAS NI 🤔🤔
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang terpaksa patuh dengan kehendak ibu kesayangannya untuk berkahwin dengan seorang budak yang berumur 17 tahun Macam mana dia mahu hidup dengan budak yang keras kepala dan malas. Mula - 4/10/2020 Tamat - 4/7/2022