13

1.7K 41 12
                                    

"Awak pernah atau tengah bercinta??" Soal Zemir cuba berhati hati supaya tidak menyakitkan hati Esha
"Sepanjang hidup saya, saya tak pernah bercinta" kata Esha
"Tak akanlah cantik macam awak tak pernah bercinta" kata Zemir, Esha hanya geleng
"So maksudnya saya tak merampas hak orang lah kan" kata Zemir, Esha hanya diam

"Dah awak siaplah, nanti kita keluar" kata Zemir
"Uncle" panggil Esha, Zemir hanya memandang
"Thanks" ucap Esha
"Untuk??" Soal Zemir pelik
"Segalanya, uncle layan saya dengan baik tapi saya je" kata Esha
"Ala tak apa lah, awak perlukan masa. Saya faham" kata Zemir sambil melepaskan senyuman dan erus masuk ke dalam bilik air. Esha cuba mula melakukan tugas yang dibuat oleh semua isteri, tugas pertama adalah dia menyediakan baju untuk Zemir dan kemudian dia turun ke bawah untuk buat coffee

"Esha buat apa ni??" Soal Zainab apabila terdengar bunyi kaca berlaga di dapur
"Nak buat coffee untuk Uncle" kata Esha
"Irul tak minum coffee, dia suka tea. Esha buat tea letak sikit je gula lepastu jangan panas sangat suam je" kata Zainab sambil mengambil satu cawan
"Ni cawan Irul, nak buat air Esha pakai cawan ni je" kata Zainab sambil melemparkan senyuman. Esha angguk dan terus membuatkan tea untuk Zemir mengikut apa yang di pesan Zainab. Selesai membuat tea, Esha terus naik ke atas, Zemir yang sedang membentang sejadah untuk solat terus memandang Esha
"Nak solat sekali??" Soal Zemir
"Tak boleh" kata Esha dalam keadaan malu, Zemir faham hanya senyum
"Saya solat kejap" kata Zemir, Esha hanya angguk

Selesai Zemir solat, dia terus bangun dan duduk di sebelah Esha yang masih memegang cawan
"Nah untuk uncle" kata Esha sambil menghulurkan cawan pada Zemir
"Tadi suam, tapi sebab dah lama dia sejuk sikit" kata Esha
"Tak apa, thanks" ucap Zemir
"Sedap, mana Esha tahu saya suka tea?? Siap buat dalam cawan fav saya lagi" Soal Zemir selepas meneguk sedikit
"Mak bagitahu tadi" kata Esha, Zemir angguk faham
"Nanti lepas kita dinner kita balik rumah abah eh" kata Zemir
"Kalau saya nak stay dekat rumah Mak boleh??" Soal Esha

"Kenapa tak nak balik rumah abah??" Soal Zemir
"Tak boleh ke??" Soal Esha
"Bukan tak boleh, tapi awak kan sekolah, nanti saya ada shooting dekat melaka tak kan awak nak stay sorang dengan Mak dekat sini" kata Zemir
"Tak apa lah, kan uncle cakap nak ambik driver" kata Esha
"Okay macam ni kita kena balik jugak rumah abah sebab nak ambik baju and barang sekolah awak" kata Zemir
"Uncle je lah pergi" kata Esha
"Okay sekarang ni bagitahu kenapa tak nak balik rumah abah??" Soal Zemir lagi
"Hari tu abah halau, tak kan nak balik lagi" kata Esha
"La pasal tu ke.. orang marah memang tak sedar apa dia cakap sebab tu kita tak boleh buat keputusan dalam keadaan marah" kata Zemir

"Sebelum ni Abah tak pernah marah sampai macam tu sekali tau" kata Esha
"Ye saya tahu, tapi tak kan awak nak biarkan keadaan ni berterusan.. awak sebagai anak kena mengalah lagi pun abah selalu tanya pasal awak tau" kata Zemir, Esha yang tadi hanya tunduk akhirnya memandang wajah Zemir
"Betul??" Soal Esha
"Apa yang saya dapat kalau menipu awak??" Soal Zemir lembut, Esha hanya diam
"Kita balik ye, kemas barang lepastu kita stay rumah mak" pujuk Zemir, Esha angguk perlahan. Zemir mengusap lembut pipi Esha

***

Seperti yang dirancang, selepas menghantar Zainab balik ke rumah. Mereka terus ke rumah Shafizi
"Uncle masuk lah dulu" kata Esha sambil menolak nolak Zemir
"Okay kita masuk sekali" kata Zemir terus memegang erat tangan Esha, Esha hanya diam tak bersuara dengan tindakkan Zemir

"Assalamualaikum" ucap Zemir
"Waalaikumsalam" balas Shafizi dan Rizanah sambil memandang tangan mereka yang sedang berpegangan
"Pergilah salam" arah Zemir dalam membisik, Esha akur dan menyalam Shafizi dan Rizanah
"Esha naik atas eh" pinta Esha, mereka hanya angguk. Zemir pula terus megambil tempat di sebelah Shafizi
"Apa yang jadi dekat dia tu??" Soal Rizanah
"Jadi apa ma?? Tak ada apa apa" kata Zemir pelik

"Irul ada cakap apa apa ke??" Soal Shafizi, Zemir geleng
"Irul pun tak tahu, tapi dia minta izin Irul nak duduk dengan Mak" kata Zemir
"Mak?!" Terkejut Rizanah
"Irul tak tahu apa jadi antara Esha dengan Mak. Sebab tadi Irul tinggalkan kejap je pergi recording lepastu balik dia jadi lain" kata Zemir
"Baguslah kalau dia selesa dengan Mak Irul, bawak lah dia pergi sana. Mana tahu dia boleh berubah dan terima Irul" kata Shafizi, Zemir angguk

———————————————————————————

Keesokkan harinya, Zemir tersedar mendengar bunyi air di dalam tandas
"Awalnya dia bangun" bisik hati Zemir. Tak lama kemudian Esha keluar
"Hi, good morning. Sorry kalau saya terkejutkan Uncle" kata Esha lembut
"Morning, tak adalah. Ni kenapa awak bangun awal??" Soal Zemir
"Hari ni kan sekolah, lagi pun entah berapa lama saya tak pergi sekolah" kata Esha
"Rasanya baru 3 hari" kata Zemir, Esha hanya tersenyum
"Allah comelnya bini aku ni. Kalau ikut hati, aku nak je terkam kau" kata Zemir dalam hati

"Uncle bila start shooting??" Soal Esha
"Hari ni tak ada shooting, esok baru ada" kata Zemir
"Ouh, nanti lepas balik sekolah kita pergi rumah Mak ye" kata Esha
"Esha" panggil Zemir, Esha hanya memandang
"Saya ada satu permintaan, awak boleh tunaikan tak??" Soal Zemir sambil berjalan mendekati Esha
"Apa dia??" Soal Eshadalam ketakutan
"Stop panggil saya uncle boleh?? Saya tak minta pun awak panggil sayang ke baby ke or abang. Saya cuma minta kita tukar panggilan saya awak je boleh??" Soal Zemir sambil memegang tangan Esha, Esha menarik tangannya dan angguk. Zemir tersenyum gembira

"Tq, nanti saya hantar awak pergi sekolah, balik saya ambil kita lunch kemas barang lepastu balik rumah Mak. Okay??" Soal Zemir, Esha angguk laju
"Tapi"
"Tapi??" Soal Esha
"Kita balik rumah Mak lepas abah dengan mama balik okay" kata Zemir, Esha angguk
"Okay saya nak mandi, lepas ni kita solat sekali" kata Zemir
"Kejap bagi saya masuk dulu nak ambil wuduk" kata Esha
"Tak ambil wuduk lagi ke??" Soal Zemir
"Tadi Uncle, sorry awak dah batalkan wuduk saya" kata Esha
"Sorry"

***

Selepas Zemir mandi, mereka solat berjemaah kemudian Esha terus turun ke bawah
"Awal bangun adik" tegur Rizanah, Esha hanya senyum dan mengambil cawan mahu membuatkan tea untuk Zemir. Esha tak berapa pandai masak tetapi dia cuba, walaupun hanya masak telur hancur untuk Zemir. Rizanah tersenyum melihat anaknya sudah pandai menyediakan sarapan untuk suami
"Assalamualaikum" ucap Zemir, Shafizi dan Zairul
"Siapa masak telur hangit ni??" Soal Zairul
"Sorry overcook" kata Esha
"Hahaha!! Tak payah masaklah dik" pecah tawa Zairul, Esha kecewa terus ke luar

*
*
*
*
*

ADUH ZAIRUL NI BUAT HAL LAH!! 😤
BAGILAH ESHA TU PUJIAN SIKIT

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️Where stories live. Discover now