42

1.2K 36 2
                                    

Sepanjang Zemir di set tak tenteram hatinya teringat Esha di rumah, lagi bertambah kerisauan dia apabila Esha tak mengangkat panggilanya
"Mir, kau okay tak??" Soal Pik
"Scene aku berapa banyak lagi??" Soal Zemir
"12 lagi kenapa??" Soal Pik
"Aku call Esha tak angkat lah" kata Zemir
"Kau nak balik ke?? Nak balik aku bagitahu director minta brek kejap" kata Pik
"Tak apa la, kita sambung dulu lagi sejam dia tak call aku aku lari kejap tengok dia" kata Zemir, Pik hanya angguk

***

Semasa Zemir in action phonenya berbunyi. Pik melihat nama Esha tertera di skrin, Zemir baru habis satu scene terus ke arah Pik
"Nah Esha" kata Pik, Zemir terus mencapai phonenya dari Pik
"Hello, sayang okay?? Kenapa abang call tak angkat?? Ada pening tak?? Dah makan?? Ubat dah makan??" Soal Zemir Bertubi tubi
"Hey, slow. Sayang okay ada dengan Anna ni main lego. Sorry sayang tak perasan phone bunyi leka main dengan Anna ni" kata Esha

"Ya Allah lega hati abang. Lain kali letak phone tu dekat sebelah, in case anything happen boleh terus call" kata Zemir
"Baik" kata Esha
"Abang ada lagi 10 scene maybe lewat balik. Sayang tidur dulu tau, tak payah tunggu Abang okay" kata Zemir
"Baik" balas Esha. Kemudian Zemir terpaksa mematikan panggilan kerana scene seterusnya akan bermula

***

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Zemir baru habis scene terkahir, dia terus balik ke rumah tanpa menyinggah ke mana mana. Esha yang berdegil mahu menunggu Zemir dia duduk di ruang tamu dengan Anna yang sudah tertidur berbantalkan kaki Esha. Zemir tiba di rumah pukul 3 lebih matanya tertumpu pada Esha yang sudah tertidur
"Ya Allah isteri aku ni degil betul" kata Zemir sambil mengusap kepala Esha dan Anna. Zemir mendukung Anna bawa masuk ke bilik dan kemudian mendukung Esha pula masuk ke bilik. Esha tersedar apabila badannya diangkat. Esha terus memeluk erat leher Zemir
"Degil!" Geram Zemir sambil mencubit hidung Esha apabila tiba di katil. Esha hanya senyum

"Abang nak mandi kejap belengas badan" Kata Zemir, Esha angguk. Selepas Zemir selesai membersihkan badan, Zemir terus baring di sebelah Esha. Esha terus meletakkan kepalanya di dada Zemir
"Penat ke??" Soal Esha
"Tadi penat bila tengok muka budak degil ni hilang penat" kata Zemir, Esha tersenyum
"Sayang dah kuat sikit. Abang dah boleh pergi set macam biasa lah. Sian production lambat nak siapkan cerita nanti" kata Esha

"Abang still risau, sebab sayang masih belum stabil lagi. Doktor pun cakap sayang tak boleh stress and kalau sayang demam takut ada masalah lain" kata Zemir
"Sayang tak akan stress selagi abang dengan Anna ada dengan sayang" kata Esha, Zemir tersenyum
"Dah jom tidur" kata Zemir dan terus menutup lampu

***

Keesokkan harinya, Zemir terbangun selepas sedar Esha tiada di sebelahnya. Zemir terus melilau mencari Esha
"Sayang!" Panggil Zemir
"Ye sayang dekat dapur" nyahut Esha
"Sayang buat apa ni??" Soal Zemir
"Tolong mak lah" jawab Esha
"Jenuh dah mak suruh dia pergi rehat" kata Zainab
"Degil betul! Macam mana abang nak pergi shooting kalau sayang degil macam ni" kata Zemir
"Sayang bosan lah duduk dalam bilik je. Lagi pun bukan buat apa pun sayang tolong mak potong potong je" kata Esha
"Ada je jawapan dia!" Geram Zemir sambil mencubit hidung Esha

Sedang Zainab leka memasak, Esha tiba tiba memegang erat tangan Zemir
"Kenapa??" Soal Zemir risau
"Boleh tak sayang nak ikut abang pergi shooting" pinta Esha
"No!" Halang Zemir
"Please Shuben" rayu Esha
"Tektik tu abang kalah tapi not for today sayangku" kata Zemir kemudian melepaskan ciuman di dahi Esha dan pergi mengejut Anna

"Mak tak jalan!" Mengadu Esha
"Mak dah cakap, tak apa nanti try lagi ye" kata Zainab sambil tergelak kecil.
"Abang! Anna! Jom sarapan!" Panggil Esha
"Mama!" Anna terus memeluk Esha
"Ye sayang, jom makan" kata Esha sambil membalas pelukkan Anna
"Nak peluk gak" pinta Zemir sambil mendepa tangan, Esha terus menolak badan Zemir dan berjalan ke meja makan
"Protes lah tu" kata Zemir sambil tersenyum

Selepas sarapan, Zemir terus bersiap untuk ke set. Esha tiba dengan secawan teh, selepas meletakkan cawan Esha terus berdiri di hadapan Zemir dan menyiapkan suaminya
"Ingatkan merajuk" kata Zemir sambil bermain dengan rambut Esha
"Siapa cakap sayang dah tak merajuk??" Kata Esha, Zemir tersenyum

Zemir memegang tangan Esha yang sedang sibuk membutangkan baju Zemir
"I love you dear, sebab tu abang nak sayang stay dekat rumah, take a good rest. Nanti sayang betul betul sihat abang bawak sayang pergi mana mana je yang sayang nak. Boleh??" Kata Zemir sambil menguap tangan dan muka Esha
"Sayang bosan duduk rumah, sayang nak keluar ambil angin" kata Esha
"Duduk lah dekat taman mak tu" kata Zemir, Esha memuncungkan bibir. Zemir senyum dan terus memeluk erat Esha

"Abang try balik awal lepastu kita lepak sama sama dekat taman mak ye" kata Zemir dalam pelukkan. Esha hanya diam tak bersuara
"Boleh sayang??" Soal Zemir sambil melepaskan pelukkan dan memandang wajah Esha, Esha hanya angguk perlahan
"Okay macam ni, sayang buat senarai tempat yang sayang nak pergi, nanti sayang dah okay abang bawak sayang pergi semua tempat tu. Deal??" Soal Zemir, Esha tersenyum
"Betul??" Soal Esha semula
"Ye, tak kesah mana mana pun. Jangan minta pergi kutub utara atau selatan sudah lah" kata Zemir sambil melepaskan senyuman
"Thank you Shuben" ucap Esha sambil melompat untuk memeluk Zemir

"Kenapa tak nak bawak Esha tu Rul??" Soal Zainab apabila nampak susuk tubuh anaknya baru turun
"Irul tak ada dekat dengan dia, risau kalau jadi apa apa" kata Zemir
"Apa bezanya dekat rumah ni?? Mak dengan Anna pun kalau jadi apa apa dekat Esha tetap kena call Irul" kata Zainab, Zemir diam berfikir
"Bawak lah dia, dia nampak okay dah. Anna biar duduk dengan mak" kata Zainab lagi
"Abang ni air lupa minum" kata Esha sambil menuruni anak tangga
"Sayang betul okay ke??" Soal Zemir
"Okay lah, kenapa abang tanya??" Soal Esha pelik
"Pergilah siap" kata Zemir, akhirnya dia kalah dengan ratu hatinya

"Hah??" Soal Esha pelik
"Nak ikut abang tak??" Soal Zemir
"Boleh ke??" Soal Esha semula, Zemir angguk sambil melepaskan senyuman
"Thanks Shuben!!" Ucap Esha sambil melepaskan ciuman di pipi Zemir
"Cepat! Lambat abang tinggal!" Ugut Zemir, Zainab terus memukul lengan Zemir

*
*
*
*
*

Happy family 😍😍
Readers nak Happy ending ke sad ending 🤔🤔

STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉

Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️Where stories live. Discover now