Selepas duduk di hadapan semua media. Zemir tiba tiba tak sedap badan. Penglihatannya menjadi kabur dan kepalanya menjadi berat, Attar yang duduk di sebelah Zemir sedar tingkah Zemir yang kerap menggosok matanya
"Kau okay tak??" Soal Attar, Zemir hanya angguk
"Kita mulakan dengan kenyataan dari Kairul Zemir" kata Erin yang mengawal PC tersebut. Zemir senyum dan berdiri"Assalamualaikum semua, maaf atas segala kesulitan yang saya telah terjadi sejak dua menjak ni. Satu dugaan yang agak berat saya tanggung sakarang sampai menjejaskan kerjaya Rocq Band dan saya sendiri. Serta isu yang agak besar juga telah membuatkan ramai tertanya tanya. Untuk pegetahuan semua isu tentang saya pukul isteri saya atau saya dera anak saya adalah tidak benar dan salah faham" kata Zemir
"Boleh Zemir jelaskan dengan lebih terperinci" pinta seorang wartawan"Macam ni lah, isteri saya terlibat dalam satu kemalangan dan anak saya pun baru lepas jatuh sehari sebelum kejadian isteri saya. Jadi ada salah seorang hamba Allah ni salah faham dan buat laporan polis atas tuduhan saya memukul dan mendera anak isteri saya" kata Zemir dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya
"Adakah Zemir akan ambil tindakkan pada yang melapor??" Soal wartawan
"Nama pun salah faham, saya tak akan buat tindakkan yang macam tu" kata Zemir
"Zemir, baru baru ni ada isu yang tular juga tentang Arianna anak Zemir post satu Ig story tentang isteri Zemir. Adakah Zemir akan tetap sorok isteri??" Soal Wartawan"Nak cakap tak macam ye. Sebenarnya macam ni, saya bukan nak sorok isteri tapi buat masa ni saya akan rahsiakan dulu apa apa pasal isteri saya . Insyaallah tiba masanya saya akan bagitahu siapa iteri saya" kata Zemir
"Ada komen komen netizen yang menyatakan Zemir berkahwin dengan isteri tanpa restu keluarga kerana tiada majlis perkahwinan. Boleh Zemir bagi komen" pinta wartawan
"Tentang majlis perkahwinan macam yang saya jelaskan sebelum ni, saya akan buat majlis tetapi lewat sikit kerana isteri dan saya sendiri ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan" kata Zemir, mata Zemir tiba tiba berpinar membuatkan Zemir seperti hilang imbangan"Mir! Okay tak??" Soal Adi yang memegang erat Zemir. Zemir tetap angguk
"Okay next question" kata Zemir dengan senyuman
"Rocq Band, kita semua tahu Rocq Band ni satu Band yang ahlinya sangat rapat sehinggakan ada netizen yang menyatakan Rocq Band merahsiakn kesalahan ahlinya. Komen??" Pinta wartawan
"Kami setuju dengan kenyataan tu, kami Rocq Band memang sangat rapat tapi itu bukan bermakna kami akan rahsiakan kesalahan ahli kami. Pegang kata kata saya ni, andai kata ada diantara kami yang buat salah, ahli yang lain akan ambil tindakkan tak kesahlah melibatkan polis ataupun tidak" kata Adi"Adakah itu bermakna andai ada diantara Rocq Band yang buat salah akan dibuang dari group??" Soal wartawan
"Rocq Band tak akan buang ahlinya melainkan ahlinya menarik diri" kata Arash
"Tapi itu tak bermakna kami akan jadi renggang. Kami tetap sahabat" kata Moh
"Kami kenal lebih dari 20 tahun, adakah senang macam tu sahaja kami akan hapuskan persahabatan yang dibina tu??" Soal Cad
"Siapa yang tanya siapa ni Cad??" Gurau Attar, pecah tawa semua yang berada di dewan itu"Ada apa apa soalan lagi dari wartawan??" Soal Erin, seorang wartawan mengangkat tangan
"Apakah next project Rocq Band??" Soal wartawan
"Kami tengah record untuk album terbaru dan baru siap dalam 50%" kata Adi
"Dalam anggaran Rocq Band, bila album itu akan siap??" Soal wartawan
"Kalau ikut perancangan kami pada awalnya mungkin 3-4 bulan dari sekarang. Tapi disebabkan vocalist Rocq Band diberikan cuti jadi kami pun tumpang cuti lah" kata Cad. Wartawan hanya angguk. PC yang dibuat dapat menjawab segala persoalan yang berlaku.Tamat PC, Zemir tak mampu berdiri. Kepalanya berat dan matanya berpinar. Apabila semua mahu membuat photoshoot di luar dewan, Zemir memaksa diri untuk tetap mengikut jadual tetapi dalam perjalanan keluar dari dewan Zemir rebah
"Zemir!!" Terkejut Rocq Band. Cad yang mempunyai badan yang agak sasa terus mengangkat Zemir ke kereta dan terus ke hospital.***
2 hari Zemir tak sedarkan diri, Rocq Band and family bergilir gilir dengan keluarga Zemir dan Esha untuk menjaga Zemir dan Esha
"Aarrh!" Erang Zemir
"Irul??" Panggil Zainab
"Mak, mak buat apa dekat sini??" Soal Zemir sambil duduk dan mengrut sedikit kepalanya yang pening
"Mak datang dengan siapa??" Soal Zemir
"Abang?!" Terkejut Zemar dan Zefar yang baru balik dari cafe bersama Anna
"Papa!" Anna terus memeluk Zemir. Tiba tiba doktor masuk untuk memeriksa Zemir"Encik Zemir, Encik perlu rehat yang cukup dan makan ikut masa. Kalau tidak perkara yang sama akan jadi lagi" kata Doktor selepas selesai memeriksa Zemir, Zemir angguk dan doktor keluar
"Esha macam mana??" Soal Zemir sambil mengusap kepala Anna
"Abang abang tahu tak abang tak sedar dah dua hari" kata Zemar tak menjawab soalan Zemir
"Dua hari?!!" Terkejut Zemir, Zemar dan Zefar angguk. Zemir terus bergegas bangun mahu ke bilik Esha"Mak pergi mana?!" Soal Zainab
"Tengok Esha mak" kata Zemir sambil memakai selipar. Tiba tiba lutut Zemir lemah dan hampir terduduk tetapi sempat disambut Zemar dan Zefar
"Abang tak boleh gaak lagi, badan abang tak kuat lagi" kata Zemar
"Esha macam mana??" Soal Zemir, Zefar dan Zemar memandang Zainab. Tiba tiba Safura bersama Shafizi dan Rizanah masuk ke bilik Zemir
"Irul dah sedar" kata Shafizi
"Abah, Esha macam mana bah??" Soal Zemir, Shafizi duduk di sebelah Zemir dan memeluk bahu Zemir"Esha dah sedar" kata Shafizi, terukir senyuman diwajah Zemir
"Irul nak jumpa dia bah" pinta Zemir sambil tersenyum gembira. Tatpi tidak pada Shafizi dan yang lain
"Kenapa semua lain macam je" kata Zemir pelik
"Esha hilang ingatan Zemir"*
*
*
*
*😱😱😱
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang terpaksa patuh dengan kehendak ibu kesayangannya untuk berkahwin dengan seorang budak yang berumur 17 tahun Macam mana dia mahu hidup dengan budak yang keras kepala dan malas. Mula - 4/10/2020 Tamat - 4/7/2022