"Mir" kejut Cad lembut
"Esha!" Sedar Zemir terus menyebut nama isterinya
"Zemir" Panggil Cad lagi
"Eh Cad, bila sampai??" Soal Zemir
"Baru je, jom makan dulu. Kau mesti belum makan lagi kan" kata Cad yang sangat kenal dengan sahabatnya sorang ni
"Dah lah" tipu Zemir
"Dah dah lah kau nak legakan hati aku ni, aku kenal kau lama dah, kalau kau risau macam ni tak adanya kau nak makan. Jom lah, Fika ada masakkan makanan fav kau jom" ajak Cad"Fika ada ke??" Soal Zemir
"Tak dia bungkuskan je" kata Cad
"Kau sorang??" Soal Zemir lagi
"Tak lah semua ada dekat luar, tunggu kau, jom lah" ajak Cad lagi
"Nanti Esha sedar dia tengok aku tak ada satu hal pulak nanti" kata Zemir
"Tak lama pun, lepas makan kau masuk lah balik kita orang tak bawak kau lari mana mana pun" kata Cad, Zemir masih tak bangun"Kairul Zemir, kau tu sakit nanti tak makan pengsan lah muntah lah. Nanti kau sakit siapa nak jaga Esha??" Tiba tiba Adi bersuara rupanya dia berada di balik langsir bersama Rocq Band yang lain, Zemir mengalah dan bangun mengikut mereka keluar
Sedang Zemir makan, Attar bersuara
"Mir" Panggil Attar, Zemir hanya memandang
"Macam mana Esha boleh jatuh??" Soal Attar
"Tak tahu, aku cuma dengar dia menjerit dalam bilik air je" kata Zemir
"Tergelincir kot" teka Arash
"Mungkin" sokong Moh
"Ni macam mana kau dengan dia okay??" Soal Adi
"Macam tu lah, dia tak selesa lagi dengan aku" kata Zemir
"So kau tidur luar lah??" Soal Moh"Tak lah aku tidur bawah je still dalam bilik, cuma Esha ni jenis tidur lasak" kata Zemir
"Mana kau tahu dia tidur lasak tapi kau tidur bawah" soal Arash
"Sleepwalking ke??" Soal Cad
"Tak lah, dia 3 kali jatuh dari katil elok lending atas badan aku" kata Zemir
"So?? Kau biarlah" soal Adi
"First and second time aku angkat letak balik atas katil tapi kali ketiga aku biar je penat aku, dah lah pukul 2 pagi" kata Zemir"2 pagi?? Kau tidur pukul berapa??" Soal Moh pelik, kerana Rocq Band tahu Zemir ni jenis yang suka tidur lambat dia akan tidur awal kalau ada show atau shooting awal pagi atau dia penat sahaja
"Pukul 9 kot tak perasan lah" kata Zemir
"Awalnya!" Terkejut Rocq Band
"Entah lah mungkin sebab penat kot" kata Zemir, Rocq Band angguk faham
"Ni Anna mana?? Bukan minggu ni dengan kau ke??" Soal Adi
"Sepatutnya tapi dia nak balik ikut mama dia, dia cakap nak bagi ruang untuk aku dengan Esha" kata Zemir
"Plan kau nak bawak dia jalan jalan cancel lah??" Soal Arash"Ye kot, dia pun macam ni nanti lah aku cari tarikh lain" kata Zemir
"Nanti nak pergi bagitahu kita orang awal, nanti aku minta Erin setting jadual" kata Attar, Zemir angguk
"Aku masuk dulu lah" kata Zemir
"Aku pun nak balik office balik ni" kata Moh yang berkerja sebagai Arkitek
"Aku nak gi set balik" kata Attar yang berkerja sebagai director dan mempunyai syarikat production sendiri bersama Zemir
"Aku dengan Cad nak gi studio setting untuk lagu baru kita tu, nanti apa apa kau call je aku or Cad sebab kita orang dekat dengan hospital" kata Adi
"Nak minta beli barang ke, cakap je" tambah CadTerkejut Zemir apabila dia melangkah masuk ke dalam ward Esha, Esha sedang duduk minum air
"Esha!" Jerit Zemir, gembira. Rocq Band yang terdengar jeritan Zemir terus berlari masuk ke Ward Esha
"Zemir kenapa?!" Soal mereka serentak
"Esha dah sedar!" Jelas keseronokkan Zemir
"Alhamdulillah, nah ada lagi satu makanan untuk Zemir tapi dia tak nak, Esha makanlah" kata Cad sambil meletakkan di sebelah Esha
"Thanks uncle" ucap Esha
"Kita orang gerak dulu ye" kata Adi, Esha angguk dan mereka keluar dari Ward Esha"Nak makan?? Saya suap" kata Zemir, Esha angguk perlahan, Zemir mula menyuap sedikit ke mulut Esha
"Sedap??" Soal Zemir, Esha angguk
"Ni wife Cad yang masak, dia memang pandai masak" kata Zemir
"Berapa lama Uncle berkawan dengan Rocq Band" Soal Esha walaupun dia dah tahu banyak tentang Rocq Band
"Lama jugak, dalam 23 tahun macam tu" kata Zemir
"Dulu bukan ke nama asal Rocq Band, Rocque and Rocque ni satu vocal group tapi kenapa tukar jadi Band??" Soal Esha lagi"Saja kita orang buat comeback lain dari yang lain" kata Zemir, Esha angguk faham
"Nanti Esha keluar kita terus balik rumah saya ye" kata Zemir
"Duduk rumah abah tak boleh ke??" Soal Esha
"Nanti rumah saya siapa nak jaga??" Soal Zemir, Esha hanya diam
"Tak apa kalau saya outstation, saya hantar Esha dekat rumah Abah sampai saya balik okay??" kata Zemir, Esha angguk———————————————————————————
Keesokkan harinya Esha dibenarkan keluar dan mereka terus balik ke rumah Shafizi
"Okay sampai, Esha rest saya nak turun kejap" kata Zemir
"Dia dah boleh terima aku ke?? Cepat betul dia terima aku" kata Esha selepas Zemir keluar. Tiba tiba phone Zemir berbunyi
"Yani" Baca Esha
"Siapa dia ni??" Soal Esha
"Aku jealous ke?? Tak tak dia pangkat pakcik aku tak akan jealous" kata Esha, egoTak lama kemudian, Zemir datang membawa makanan
"Okay kita makan lepastu Esha makan ubat then rehat" kata Zemir sambil mengambil tempat di sebelah Esha
"Uncle dah sayang Esha ke??" Soal Esha, Zemir terdiam
"Saya tanya" kata Esha lagi apabila tak dapat apa apa jawapan dari Zemir
"Suami mana yang tak sayang isteri, walaupun lelaki tu kaki pukul ke penagih ke judi ke dia mesti pernah menyayangi isteri dia. Ni kan pula kita yang kahwin tanpa rela, mungkin belum sepenuhnya tapi saya cuba" kata Zemir, Esha terdiam mendengar jawpan Zemir"Jujur saya belum cintakan awak 100% tapi saya cuba cari sesuatu yang ada pada awak untuk wujudkan rasa cinta dan sayang tu" Sambung Zemir, Esha terus baring memalingkan diri dari Zemir
"Saya faham perasaan awak, kena berkahwin tanpa rela. Cuma bezanya saya pernah berkahwin" kata Zemir
"Keluar aku tak nak tengok muka kau!" Halau Esha
"Saya keluar. saya letak makanan dekat sini, awak lapar awak makanlah" kata Zemir dan terus keluar dari bilik. Dia mencapai kunci kereta dan terus memandu ke studio tempat Rocq Band lepak*
*
*
*
*EGO LAH ESHA NI 😡🤬!!!
STAY TUNE NEXT PART
JANGAN LUPA LIKE, COMMENT AND SHARE DEKAT KAWAN KAWAN 😉😉
YOU ARE READING
Suamiku pakcik 40an!! ✔️✔️
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang terpaksa patuh dengan kehendak ibu kesayangannya untuk berkahwin dengan seorang budak yang berumur 17 tahun Macam mana dia mahu hidup dengan budak yang keras kepala dan malas. Mula - 4/10/2020 Tamat - 4/7/2022