BENCI MULA MEMBARA

29 4 0
                                    

Hari demi hari rasa benci Irish kepada Jungkook Makin bertambah. Tiada lagi perkataan sayang Yang terzahir. Hanya perkataan benci yang selalu diulang oleh Irish. Sampai satu Hari Jungkook rasa sangat kecewa terhadap dirinya. "Apa salah aku sampai Irish benci aku?" Katanya sambil menangis. "Aku kena Cari tahu apa yang mama dah buat dekat Irish" Jungkook bertekad mencari tahu kebenaran disebalik semua ini.

"Jungkook! Mama nak keluar! Jaga rumah tau! Irish Ada dengan mama." Jerit Puan Jeon sambil memegang lembut tangan Irish. "Okey Irish jom gerak." Kata Puan Jeon sambil memakai kasut tingginya. Jungkook hanya duduk di dalam biliknya dan menunggu masa yang sesuai untuk membongkarkan rahsia Puan Jeon.

Setelah mendengar deruman kereta milik Puan Jeon, Jungkook pun keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Satu demi satu kabinet dibuka olehnya kerana ingin mencari sesuatu yang aneh padanya. Dia berharap dapat menjumpainya. Hampir setengah jam dia mencari kerana kabinet dirumahnya agak banyak dan tinggi tinggi. "Apa ni? Siap berkain kuning lagi." Jungkook menjumpai bungkusan kuning milik Puan Jeon. "Ni mesti mama punya. Baik aku simpan benda ini."

"Tok... tok.... tok.... . Jungkook! Jungkook! Buka pintu ini. Mama dah balik ni!" Jeritan Puan Jeon mengejutkan Jungkook dari lelapnya. "Kejap mama... Jungkook datang ni...." Jungkook segera menuruni anak tangga rumahnya yang kecil dan banyak itu. "Hahhh.... Kenapa lambat sangat buka pintu ni? Mama penat tau tak!" Tengking Puan Jeon pada Jungkook. "Entah Jungkook oppa ni... Tak berguna langsung. Tau tidur je sepanjang masa." Bebel Irish sambil menolak bahu Jungkook sambil berjalan ke ruang tamu.

"Jungkook! Angkat semua barang ni masuk dalam bilik Irish. Irish tak larat nak angkat semua benda. Dia dahlah perempuan. Kesian dia angkat semua benda seorang diri." Arah Puan Jeon sambil membela Irish. "Mama... Irish nak hot chocolate lagi boleh? Irish rindu nak minum air hot chocolate mama lagi" rayu Irish pada Puan Jeon sambil memegang tangan Puan Jeon. "Takpe biar Jungkook oppa bancuhkan. Kesian mama penat." Tawar Jungkook sambil mengambil semua barang barang Yang telah dibeli oleh Irish dan Puan Jeon.

"Tok...tok....tok... . Irish... Ni Jungkook oppa ni... Jungkook oppa ada bancuhkan hot chocolate ni." Jungkook membawa mug kesayangan Irish Yang berisi hot chocolate Yang telah dibancuh olehnya. "Kejaplah! Irish sibuk ni!" Irish yang sedang mengemas barang barang yang dibelanja oleh Puan Jeon tersentak apabila mendengar ketukan di pintunya. "Ya, nak apa?" Soal Irish. "Nah, hot chocolate untuk Irish" Mug Yang dipegang oleh Jungkook telah bertukar tangan kepada Irish. "Thanks" singkat tapi cukup untuk membuatkan Jungkook tersenyum.

"Hmmmm, aku rindu betul nak dengar kata kata manis Yang keluar dari mulut Irish. Wahai adikku sabar ya. Tak lama lagi kita boleh jadi macam dulu lagi." Kata Jungkook yang bersandar Di pintu biliknya sambil menangis menahan rindu terhadap Irish Yang manja.

"Irish... Mama dah kata kan keluar dari rumah tu... Irish mama merayu pada Irish... Tolong keluar dari rumah tu ya sayang... Dekat rumah Tu bahaya."

✨THE END✨

P/S: IRISH MIMPI LAGILAH... AGAK-AGAKNYA TERBONGKAR ATAU TAK YA MIMPI IRISH? SO NAK TAU KORANG TUNGGU NEXT CHAPTER OKAY🥰

PRINCE OF MAFIAWhere stories live. Discover now