A-yo,Death_SiLence here!! /grin/
Mian, sya delete author note sya dan sya gantikan dengan prolog ff ni.. Enjoy you all~Happy reading~ : ).
*****
PROLOG
TOKYO, JEPUN
Bunyi tembakan dilepaskan kuat bergema diseluruh kawasan taman tersebut. Burung-burung merpati yang bebas mencari makanan, terbang sebaik bunyi tembakan dilepaskan. Pengunjung ramai yang tadinya tertawa gembira dengan aktiviti riadah hujung minggu mereka, menjerit berlari menyelamatkan diri. Suasana tenang itu menjadi kucar-kacir dalam sekelip mata sahaja hanya disebabkan satu tembakan.
Kelihatan seorang gadis duduk memangku kepala seorang lelaki di ribaannya. T-shirt putih yang dikenakan lelaki itu perlahan-lahan berubah warnanya, dari warna putih ke warna merah. Warna merah pekat itu menandakan dia telah menjadi mangsa peluru sesat yang dilepaskan entah dari arah mana, entah siapa penembaknya.
Pipinya yang gebu, dibasahi airmata yang mengalir dengan lajunya. Walaupun berulang-kali dia menyapu airmatnya, ia tetap mengalir. Dia tunduk, menangis teresak-esak menampar perlahan pipi lelaki dipangkuannya itu berulang kali, membiarkan airmatanya yang menitis jatuh di wajah lelaki itu. Suasana kacau disekelilingnya itu langsung tidak di endahkannya, kerana perhatiannya hanya ditumpukan pada lelaki yang sedang kesakitan itu. Laju turun naik dada lelaki itu, mencuba sedaya upayanya untuk bernafas walaupun dia tahu peluangnya untuk selamat memang tipis.
Saat pengunjung taman yang terkejut itu berlari lintang-pukang menyelamatkan diri, seorang gadis berdiri di tengah kekacauan itu. Dia ketawa dengan senyum sinis dibibir. Jika ianya keadaan biasa, orang ramai pasti akan menganggapnya orang yang tidak waras. Tapi dalam keadaan itu, semua pengunjung langsung tidak ambil kisah akan gadis pelik itu. Mereka berusaha meninggalkan taman itu, untuk menyelamatkan diri. Tetapi kenyataannya, gadis itu memang suka dan terhibur menyaksikan kekacauan yang berlaku didepan matanya. Setajam mana bilah pisau belati, setajam itulah juga matanya menjeling pasangan yang duduk di tengah kekacauan itu. Gadis itu mengangkat tangan kanannya, dengan menyilang tangan kirinya seperti berpeluk tubuh, meletakkan semi-automatic handgun yang digenggamnya dibahu.
Puas.
Dia sungguh puas.
Puas kerana dia telah melangsaikan dendamnya yang dipendam selama ini. Puas kerana gadis yang dibencinya itu sengsara. Dia memandang wajah gadis yang dibencinya itu dengan penuh rasa dendam.
Gadis yang sama tadi, menjerit dengan kuatnya. Dia mendongak, memanggil nama yang sama berulang-kali, sebaik dada lelaki itu semakin perlahan turun naik. Gadis itu langsung tidak menghiraukan pengunjung yang berlari, melanggarnya. Jeritannya ditenggelami suara-suara panik pengunjung taman, suara anak-anak kecil yang menangis ketakutan.
Bingit bunyi kipas helikopter berputar menenggelami suara tawa si gadis berbaju merah itu tadi. Dia membelakangi pasangan itu, mendekati helikopter yang mendarat tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia menaiki helikopter tersebut yang mula berlepas meninggalkan kawasan tersebut. Dia berdiri di muka pintu helikopter, tangan kirinya berpegang di tepi pintu, masih ingin memandang wajah si gadis malang itu. Helikopter yang dinaikinya berlegar-legar di ruang udara, menunggu arahan untuk berlepas meninggalkan taman itu. Dia mengangkat naik tangan kanan, mengacukan hujung semi-automatic handgunnya ke arah sasaran. Picu ditekan tanpa ragu-ragu. Sebutir peluru meluncur laju tepat mengenai sasaran.
Ya, tepat di dada gadis itu!!
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)
FanfictionSNIPPET: Tangan yang menyentuh pipi Hyerin, jatuh menyentuh tanah. Hyerin terdiam kaku. Turun naik dada temannya itu, serta-merta berhenti. Hyerin menjerit dengan kuatnya, sudah tidak menghiraukan semua yang berlaku. Dia mendongak, menjerit sekuat h...