Revenge IX

67 5 0
                                    

THUNDER DAN WINDRY

"Abang ni, tak gentleman langsung lah.. Eyyy.." ujar Thunder, menghulurkan tangannya untuk membantu Windry yang sudah terbaring akibat di tendang lelaki itu. Windry tercungap-cungap keletihan, cuba menyambut huluran tangan Thunder.

"Are you okay sayang?" tanya Thunder lembut, membantu Windry berdiri di tepinya.

"Nah, banyaklah sayang kau sana!" Windry mencapai pipi Thunder, lalu dicubitnya.

"Woi, sakitlah kau cubit!" Thunder menutup kedua-dua pipinya dengan tapak tangannya, mengelak dari menjadi sasaran jari Windry lagi.

"Yang kau bersayang-sayang dengan aku ni, apa kes?" marah Windry, kali ini bersedia untuk mencubit lengan tangan Thunder.

"Dah aku sayang kau, aku panggil sayanglah. Pernah ke orang panggil kau sayang kalau dia benci kau?" balas Thunder, menjuihkan bibirnya.

"Eyyy.. Manja..."

Sehabis ayatnya, titisan hujan jatuh di pipinya. Dia menadahkan tangan kirinya, menyambut titisan-titisan hujan di tapak tangannya. Setiap saat yang berjalan, hujan mulai turun dan semakin lebat. Thunder di tepinya mulai mengukir senyuman, suka apabila hujan turun. That way, dia menjadi lebih cergas dan rasa mengantuknya pun hilang. Biar pun hujan yang turun itu membuatkan mereka bertiga basah lencun tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka unutk meneruskan misi itu.

'Good timing...' bisik Thunder.

Thunder menoleh ke arah Windry di tepinya, memberi isyarat agar meninggalkannya disitu. Windry mengangguk tanda faham lalu bangkit dari duduknya, meninggalkan Thunder sendirian di situ sementara dia berteduh di bawah sepohon pokok yang tumbuh tidak jauh dari dia berdiri tadi. Berkerut dahi musuh, bingung memerhati mereka berdua.

"Tchhh! Such a boring person you are. Where are you going?" tanya lelaki itu dengan nada bosan.

"Mmm? Save my life lorr..." jawab Windry spontan, mula meninggalkan tempat tersebut.

"Huh? Save your life from what?" soal lelaki itu lagi.

"From that thing.." tunjuk Windry ke arah Thunder.

Thunder mulai mengangkat tangan kanannya dan tidak lebih dari 10 saat, kedua-dua tangan Thunder mula dilingkari sesuatu yang kelihatannya seperti ular. Pandangan lelaki itu hanya tertumpu pada Thunder setelah Windry sudah tidak kelihatan di tepi Thunder. Lelaki itu tersenyum sinis, sangat terhibur dengan Thunder.

"Dude, wanna fight with that thing?" soal lelaki itu, berlagak.

Thunder tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, tetapi dia mula menyerang secara mengejut. Lelaki itu terpaku sebentar kerana diserang secara mengejut oleh Thunder, dan mustahil bagi Thunder untuk tidak menyerang bertubi-tubi dalam keadaan itu. Baginya, ia merupakan satu peluang yang tidak mungkin disia-siakannya. Walau pun begitu, Thunder sedikit pun tidak gentar biar pun musuhnya itu dapat berlari dengan pantas, ia langsung tidak menghalang usaha Thunder untuk mengalahkan musuh yang ada didepan mata.

Windry yang bersembunyi di sebalik pokok yang agak gelap, membantu Thunder dari jauh. Dia membaca pergerakan musuh yang semakin galak menyerang Thunder. Mungkin kerana terlalu fokus mencari kelemahan pihak mush itu, Windry mahu pun Thunder langsung tidak menyedari akan kehadiran musuh kedua yang sedari tadi mencari peluang untuk menyerang balas. Kerana terlalu leka membantu Thunder, Windry tidak sedar bahawa dia membiarkan pertahanan dirinya lemah dan terbuka. Pergerakan Windry serta-merta dikunci untuk mengelakkan dia menyerang balas. Satu benda tajam dan sejuk menyentuh kulit leher Windry.

©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now