*HYUNGSIK DAN SNOW*
Tiba-tiba...
Satu objek kecil melayang laju ke arah mereka. Hyungsik dan Snow serta-merta berhenti dari meneruskan langkahan kaki mereka. Jika mereka tersilap langkah, mungkin bukan setakat pokok tersebut sahaja yang menjadi mangsa. Jika diperhatikan dengan teliti, objek tadi sebenarnya merupakan salah satu senjata yang menjadi trademark bagi puak ninja yang hanya ada di negara Matahari Terbit sahaja. Hyungsik mencari-cari arah dari mana objek dipanggil shuriken itu dilemparkan. Snow pula mendekati pokok yang menjadi volunteer untuk menggantikan Hyungsik. Snow cuba menyentuh shuriken itu tetapi pantas dihalang Hyungsik.
"Why?" tanya Snow, melepaskan tangannya dari genggaman kuat Hyungsik.
"Eyyy... That thing ada racunlah. Aku tau lah kau minat kat benda tu.." Hyungsik mengarahkan jari telunjuknya ke arah bilah shuriken yang basah itu.
Snow mendekati pokok tersebut, cuba melihat dengan lebih jelas shuriken yang dimaksudkan Hyungsik itu. Dan ternyata benar apa yang dikatakan Hyungsik, hanya hujung bilah shuriken itu basah dengan sejenis cecair berwarna hijau, tetapi yang selebihnya telah kering."Haah, betullah..."
"Thats why I stopped you." Hyungsik mengetuk perlahan kepala Snow."Sakitlah wei.." balas Snow sambil memegang kepalanya yang menjadi mangsa ketukan Hyungsik.
"Eyyy.. Kau jangan nak bermanja kalau tak nak aku cubit pipi kau yang comel tu.."
"Why?? Why must kau cubit pipi aku yang comel ne?"
"Dah tu, kau nak aku tarik telinga kau tu ke? Aku bagi pilihan, pipi or telinga?"
Snow hanya menjuihkan bibirnya, tanda mengalah dengan Hyungsik. Dia berpeluk tubuh membelakangi Hyungsik yang hanya mampu ketawa melihat gelagatnya merajuk seperti budak kecil dimarahi kerana curi-curi makan gula-gula. Dia meletakkan tangannya di kepala Snow, mengusap perlahan rambutnya.
"Hahaha.. Youre cute, you know that.." ujar Hyungsik, senyum. "Hyung, sudah-sudahlah dengan childish game kau tu.. Or you want me to join you playing hide-and-seek?" sambung Hyungsik, masih tersenyum pada Snow.
Satu lembaga melangkah keluar memunculkan dirinya yang bersembunyi di sebalik pokok besar dari arah belakang Hyungsik dan Snow. Baju hitam yang dipakai musuh berubah warnanya sebaik bajunya menyentuh pokok, mengikut warna dan corak kulit pokok. Dia menyandar bersilang tangan bersilih-ganti memandang wajah pasangan itu. Memang unik baju yang dipakai musuh itu, mampu berubah warna mengikut keadaan dan tempat."Woah! Can you give me that shirt you're wearing?"
"And why should I?""Because I like it?"
"Then, can you let me kill you?"
"And why is that?"
"Because it's my hobby?"
"Buduh bh kamu ni.. Sini, biar aku yang bunuh kamu dua, boleh?"
SUNNY DAN MIR
"Hoi, mak cik! Kau tak tak salah tempat ke?"Seorang gadis menyandar di tepi pintu, bersuara cuba menghalang mereka berempat dari meneruskan langkah.
"Mak cik?? Kau panggil aku makcik? Muka comel, cute, menggoda camni kau panggil makcik? Aigoo, mata kau rosak ke nenek?" Sunny membalas, buat-buat marah dengan panggilan yang diberikan oleh gadis itu.
Dalam hati Sunny hanya mampu tersenyum kerana dia berjaya membuatkan gadis itu terkesan dengan balasannya tadi itu. Tidak dinafikan bahawa gadis itu memang cantik, tetapi hanya cara itu sahaja yang paling berkesan untuk membuatkan gadis seperti itu marah. Sunny terhibur melihat reaksi yang diberikan gadis itu.Sunny ingat sewaktu masih menuntut di akademi, seorang pengajarnya pernah berpesan bahawa pendekatan psikologi boleh membuatkan musuh hilang fokus. Samalah seperti yang dilakukannya saat itu, dia menggunakan pendekatan psikologi untuk menghilangkan fokus musuh yang merupakan seorang gadis. Tipulah jika Sunny tidak tahu perkara utama yang paling penting buat gadis seperti itu. Dia faham benar sikap gadis cantik seperti itu yang memang amat mementingkan kecantikannya.
Ternyata Sunny berjaya dengan taktiknya itu apabila si gadis cantik cuba menyerang tetapi dihalang oleh Sunny dan Mir bertindak lebih pantas. Serangan musuh itu dengan mudah ditepis mereka. Pergelangan tangan musuh digenggam kuat, belakang musuh ditolak membuatkan dia berada dalam posisi tunduk sementara kedua tangannya masing-masing digenggam Sunny dan Thunder.
"Just go, we can handle her..." ujar Mir, memandang sekilas Hyerin dan Jinki di belakang.
"Thanks Mir! Ill buy you your favorite donut after this.." balas Jinki, menepuk bahu Mir."And green tea!
"Eyy.. Tak habis-habis dengan green tea dia tu.."
"Velvet cake for me!"
"Bubble tea!"
"Ice-cream!"
"Aik? Korang dua pun nak juga? Yalah.. Yalah.."
"Yeahh!!"
Sunny dan Hyerin berbalas hi-5 dari jauh, manakala Mir hanya ketawa melihat Jinki menepuk dahinya dengan kenakalan dua bersahabat itu yang tidak mengira tempat. Mereka menyanyi gembira kerana mereka akan mendapat makan selepas mereka menyelesaikan misi. Biar pun begitu, genggaman tangan mereka tetap kuat.
"Ok lah, kitorang chao dlu!" kata Jinki, meminta diri dari mereka.
"Be careful, you two.." ujar Hyerin pula, melambai sebelum meninggalkan mereka di situ untuk mengejar Jinki yang sudah memasuki pintu menuju ke tingkat tertinggi bangunan itu.
Mir mengangguk, mula menguatkan lagi genggamannya di tangan gadis itu yang berusaha melepaskan diri. Begitu juga Sunny, turut sama menguatkan genggaman tangannya untuk mengekang pergerakan pihak musuh. Mereka tidak menghiraukan si gadis penjaga pintu yang tengah bergelut melepaskan diri dari genggaman kuat mereka. Pandangan gadis itu beralih ke arah Hyerin yang semakin hilang di sebalik pintu menuju ke bumbung bangunan tapi Hyerin membiarkan sahaja gadis itu melontarkan pandangan jelingan tajamnya. Baginya, jelingan itu tidak akan mampu membunuhnya. Sekali lagi gadis itu cuba menyerang dengan menarik tangannya ke depan dengan tujuan menjatuhkan mereka tetapi Sunny lebih pantas. Sunny menyerang gadis itu dengan menumbuk perutnya.
"Maaflah nenek, tapi kau kena lawan dengan makcik comel ne.." Sunny bersuara, membiarkan Mir mengambil alih menggenggam kedua-dua belah tangan gadis itu.Sunny lalu duduk mencangkung di depan gadis itu, menghadiahkan senyuman manis buat gadis itu. Dia melarikan jari-jarinya di wajah lembut gadis yang menjadi musuh mereka itu. Gadis itu memejamkan matanya, cuba menghilangkan rasa sakit akibat dari tumbukan Sunny di perutnya sebentar tadi. Dia membuka matanya perlahan-lahan, memandang tajam Sunny.
"Wei makcik! Kau takde belajar ke camna nak hormat orang time kat sekolah dulu?"
"Nahh~ Never learn about that thing, cerewet.. But sayang, mulut kau tak secantik wajah kau.. Aigoo.."
"W-w-what? Huh! No wonderlah kau kasar camni, macam makcik cleaner kat sekolah aku..."
"Oh ya? Dia slap kau camni juga ke?"
Sunny menampar pipi kanan gadis itu sehabis ayatnya. Dia tersenyum suka melihat ekspresi wajah gadis itu menahan sakit, darah mengalir perlahan di hujung bibirnya akibat ditampar Sunny. Gadis itu mengeluarkan hujung lidahnya, cuba merasa luka di hujung bibirnya sekaligus cuba menjilat darah yang mula mengalir di dagunya. Dia tersengih, sebelum mengangkat kepalanya sedikit lalu meludah di wajah Sunny dan automatik Sunny memejamkan matanya.
"How about that? You like it?" gadis itu bersuara, tersengih memandang Sunny.
"Kau ok?" tanya Mir, risau melihat temannya itu hanya senyum sambil menggosok pipinya menggunakan hujung lengan bajunya.
"Yep, Im ok.. Dont worry bout that.." balas Sunny. "Ah~ Thanks for that, miss.. But you better prepare some good beautiful coffin for ya.." sambung Sunny, masih senyum.
"Oho~ And why is that, makcik?" soal gadis itu.
"You ask me why? I'll tell you when my beautiful dagger stuck in your heart.." ujar Sunny, tersenyum seraya berdiri sambil merenggangkan badannya, sebelum menarik keluar sebilah pisau belati yang di simpan di belakang bajunya.
PUBLISHED : 28 May 2015
EDited : 18 Jan 2017
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)
FanficSNIPPET: Tangan yang menyentuh pipi Hyerin, jatuh menyentuh tanah. Hyerin terdiam kaku. Turun naik dada temannya itu, serta-merta berhenti. Hyerin menjerit dengan kuatnya, sudah tidak menghiraukan semua yang berlaku. Dia mendongak, menjerit sekuat h...