JINKI DAN HYERIN
"VICTORIA SCARLET!!"
Laung Jinki dari jauh di muka pintu. Seorang wanita separuh baya tercari-cari arah dari mana datangnya suara sayup-sayup terdengar memanggil namanya. Pemandu helikopter dan seorang gadis mungkin sebaya Jinki dengan raut wajah yang cantik, memandang ke arah Jinki yang berjalan, semakin mendekati lokasi mereka. Titisan hujan yang membasahi tubuhnya langsung tidak dipedulikan, malah dia semakin mempercepatkan langkahan kakinya mendekati helikopter yang bila-bila masa sahaja hendak berlepas. Guruh yang berdentum kuat disertai kilat sabung menyabung di dada langit, bagaikan mewakili perasaan Jinki yang bergelora tika itu. Langkahan kaki digagahi dengan berani. Dia tidak peduli akan semua mata yang memerhatikannya. Hanya ada satu benda sahaja di fikirannya saat itu, benci. Betapa bencinya dia akan wanita bernama Victoria Scarlet itu.
Sungguh dia benci akan wanita itu. Kerana wanita itulah dia hilang tempat bergantung. Kerana wanita itulah dia kehilangan ibunya. Wanita itulah yang menjadi punca dia kehilangan segala-galanya. Keluarga, kebebasan dan kehidupan yang diimpikannya selama ini hancur, hilang bagaikan abu yang ditiup angin. Hilang berpunca dari seorang wanita yang bergelar ibu tiri.
Jinki ingat, ibunya dibunuh oleh wanita itu yang merupakan rakan kongsi ayahnya di syarikat TopHigh Corp. Jinki menyaksikan sendiri wanita kejam itu membunuh ibunya dengan menuangkan racun di dalam minumannya ketika majlis di banglo kediaman mereka 10 tahun lepas dengan tujuan agar dia dapat berkahwin dengan ayah Jinki. Setelah wanita itu masuk ke dalam keluarga mereka, diam-diam dia merancang untuk membunuh keluarga itu untuk mengambil kekayaan keluarga Jinki.
21 Oktober 20xx. Tarikh yang menjadi titik permulaaan sejarah hitam buat Jinki. Tarikh yang membuatkan Jinki bertekad untuk membalas perbuatan ibu tirinya itu. Tarikh dimana Jinki menyaksikan pembunuhan kejam keluarganya di depan mata. Seorang demi seorang ahli keluarganya mati dibunuh oleh wanita kejam dan tidak berhati perut bernama Victoria Sccarlet itu. Sungguh, hatinya tidak secantik nama dan wajahnya. Jinki merupakan salah seorang anggota keluarga Lee yang terselamat daripada 8 orang mereka. Dengan kecekapan dan kepintaran abang sulung Jinki menyembunyikannya di bilik rahsia mereka, menyelamatkan nyawa Jinki daripada menjadi mangsa kegilaan ibu tirinya itu. Dengan langkah yang lemah dan berlumuran darah, abang Jinki mendukungnya masuk ke bilik rahsia yang terletak di bilik Jinki. Sebaik sahaja Jinki masuk ke dalam bilik rahsia itu dan belum sempat abangnya meninggalkan biliknya, ibu tiri datang untuk membunuh abangnya dengan kejam.
Peluang itu tidak akan dibuang Jinki. Dia tidak akan mensia-siakan pengorbanan keluarganya buat dirinya dan Jinki akan menuntut hutang lama antara mereka berdua pada hari itu.
"W-w-what? How did you.." wanita bernama Victoria Scarlet itu bertanya dengan suara yang terketar-ketar, sebaik Jinki berdir di hadapannya.
"Survive? Well, thanks to my older brother because he saved me back there.." balas Jinki, dengan suara yang keras.
"Ha, I remember now. No wonder that silly brother of yours won't budge from the bed eventhough I pierced his heart with that sword.. " ujar Victoria Scarlet, mengingat kembali peristiwa 10 tahun lepas.
"An eye for an eye, a tooth for a tooth. I will kill you today!!" jerit Jinki, sakit hati apabila wanita itu langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatan kejamnya itu.
Wanita itu langsung tidak mempedulikan Jinki, dia malah ketawa mendengar heritan Jinki itu. Victoria Scarlet menaiki helikopter dibelakangnya yang akan berlepas sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Jinki cuba menyerang Victoria Scarlet tetapi sebaliknya dia pula yang terpelanting ke belakang. Rupa-rupanya gadis manis yang tadinya berdiri di sisi Victoria Scarlet, menyerang hendap Jinki sewaktu perhatiannya tertumpu pada Victoria sehingga dia tidak sedar gadis itu meninggalkan sisi Victoria.
Hujan gerimis yang tadinya lebat akhirnya berhenti.Suasana kembali tenang tetapi sesekali dentuman guruh kedengaran mengisi kesunyian subuh yang kelam. Jam di tangan menunjukkan angka 4. Jinki yang jatuh, bangkit cuba mengejar helikopter tersebut. Beberapa minit kemudian, 4 empat orang temannya tiba menghulurkan bantuan. Snow mengambil posisi di penjuru bumbung bangunan untuk mengawasi keadaan persekitaran sambil melepaskan anak-anak panahnya, untuk memastikan tiada musuh menghendap seperti situasi yang dialami Thunder dan Windry awal tadi dan dalam masa yang sama berusaha membantu Jinki mengalahkan gadis kecil yang membuatkan Jinki terpelanting tadi.
Ketiga orang ejen Fire Empire itu bergabung tenaga untuk menewaskan gadis kecil itu. Walaupun rupa luaran gadis itu kelihatan lemah dengan tubuh yang kecil tetapi ternyata mereka sebenarnya salah. Gadis itu agak sukar ditewaskan dengan pergerakannya yang cergas juga pantas. Walau betapa kuat dan padunya serangan yang dilancarkan mereka bertiga, namun semuanya langsung tidak memberikan kesan. Serangan demi serangan dari mereka itu, ternyata melemahkan tenaga mereka untuk bergerak. Saat itu apa yang perlukan adalah rancangan yang boleh membantu mereka menewaskan gadis itu dan dalam masa yang sama mereka dapat recharge tenaga mereka untuk membantu Hyerin yang berlawan tidak berapa jauh dari mereka. Walaupun begitu, mereka terus-menerus menyerang.
Thunder menyerang setelah Hyungsik dan Jinki terpelanting ke belakang akibat dari tendangan padu gadis itu. Dalam dia berlawan dengan gadis, Mir akhirnya tiba untuk memberikan bantuan. Mir membantu dua orang temannya itu bangkit dari duduk mereka lalu mendekati Thunder.
"Sorry dude, I'm late!" Mir menepuk bahu Jinki dan Hyungsik.
"Ah~ Nice. You came at the right time!" ujar Jinki, mengawal pernafasannya sebelum bangkit untuk menyerang balas.
Mereka bertiga mendekati Thunder lalu serentak senyum sebaik mereka berempat berkumpul di tempat yang sama. Empat sekawan itu bertukar pandang sesama mereka lalu masing-masing bergerak, mengambil posisi di setiap penjuru dengan tujun mengurung gadis itu dari semua empat penjuru, membiarkan gadis itu berdiri di tengah-tengah. Kiri, kanan, belakang dan depan. Mereka mengurung gadis itu dan masing-masing sudah sedia untuk menyerang gadis itu.
Thunder yang cekap dalam teknik ilusi, menggunakan kebolehannya itu memanipulasikan persekitaraannya dengan membuatkan gadis itu seperti bonekanya, setiap pergerakan gadis itu sudah di kawalnya dengan ilusi. Dalam pandangan gadis tersebut, dia telah berjaya mengalahkan mereka, sekaligus membunuh mereka. Tetapi tidak bagi mereka. Setelah yakin gadis itu tertipu dengan ilusi Thunder, ketiga-tiga mereka menyerang serentak dari tempat masing-masing. Kesan dari serangan padu mereka bertiga itu, gadis itu rebah serta-merta tetapi mereka tidak membunuhnya kerana tujuan asal mereka hanyalah untuk memberkas setiap ahli Bloody Rain untuk diserahkan kepada pihak polis.
"Hey!" Mir bersuara, menarik perhatian Jinki.
"What?" tanya Jinki, memandang Mir di sebelahnya.
"How about that woman? She escaped." tanya Mir, memandang cemas Jinki.
"It's okay.. We'll handle it later. Let's help Hyerin.." balas Jinki.
Published : 17 Sept 2015
Edited : 27 Jan 2017
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)
Fiksi PenggemarSNIPPET: Tangan yang menyentuh pipi Hyerin, jatuh menyentuh tanah. Hyerin terdiam kaku. Turun naik dada temannya itu, serta-merta berhenti. Hyerin menjerit dengan kuatnya, sudah tidak menghiraukan semua yang berlaku. Dia mendongak, menjerit sekuat h...