Sekitar pukul 3.00 pm, Hyerin mengambil keputusan untuk keluar setelah dia selesai mengumpul semula tenaganya yang hilang awal pagi itu dari perjalanan jauhnya. Dia bersiar-siar untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku di bandar Kota Kinabalu itu.
Hyerin mengambil keputusan untuk menghilangkan penatnya yang tersisa di salah satu pantai yang sememang sangat terkenal di bandar itu, Pantai Tanjung Aru namanya. Hyerin berjalan di pesisir pantai, sambil bermain ombak kecil dari air laut yang memukul pantai dengan lembutnya, menyentuh lembut kakinya. Segaris senyuman hadir di bibir, senang melihat semua itu. Gembira, tenang hatinya melihat suasana seperti itu. Dia tersenyum melihat gelagat kanak-kanak kecil yang berlari di sepanjang pesisir pantai.
Berjalan, berjalan, berjalan dan terus berjalan sambil menikmati keindahan laut yang terbentang luas di depan mata, yang bisa menenangkan fikirannya. Tetapi perbualan dari sekumpulan pelancong yang berdiri tidak berapa jauh darinya, menarik minat Hyerin untuk mendengar lebih lanjut lagi butir perbualan mereka. Bukan niat ingin mencuri dengar tetapi isi perbualan mereka amat menarik buat Hyerin. Hyerin menukar arah langkahan kakinya mendekati kumpulan itu perlahan-lahan dari arah belakang mereka.
"Hey, wanna know this fact that I've learned?" seorang lelaki berbaju biru turqoise berkata, menarik perhatian temannya.
"Fact? What fact?" tanya si lelaki berbaju kuning, yang berdiri di sebelah kirinya.
"Well..." lelaki tadi berdehem. "You know what, kat Malaysia ni ada sejenis tumbuhan yang dipanggil Hibiscus Mutabilis L." sambung lelaki itu, mendapat ekspresi bingung dari temannya. "Lemme finish first... If one of you kena patuk ular, carilah tumbuhan tu. Tumbuhan tu boleh mengurangkan bisa gigitan ular tau..." terang lelaki berbaju biru itu lagi.
Well, very interesting topic indeed. No wonderlah Hyerin boleh tertarik untuk mendengar lebih lanjut lagi penerangan yang diberikan lelaki berbaju biru itu sebentar tadi. Dia lalu mendekati kumpulan pelancong itu lebih dekat lagi.
"H-h-h-hi... t-tikus... suka bilis? Apa bendanya tu?" Hyerin tiba-tiba bersuara, memotong perbualan rancak 3 orang lelaki di depannya.
"It's Hibiscus Mutabilis L, not hi tikus suka bilis, miss cutie... That name you just mentioned merupakan nama saintifik bagi bunga rotan. Actually, bunga ini mempunyai 4 nama yang lain tapi nama yang selalu digunakan adalah bunga rotan," terang lelaki itu, memandang hairan Hyerin sekilas di belakang mereka. Biarpun hairan, tetapi dia memilih untuk meneruskan penerangannya mengenai bunga rotan itu.
"Bunga ini boleh mencegah dan mengubati kanser kulit, luka tersiram air panas dan kulit yang bernanah. Bunga ini juga mempunyai khasiat yang lain seperti anti-biotik, anti-radang, menghilangkan bengkak-bengkak, menghentikan pendarahan (hemostatik) dan ia juga boleh digunakan untuk membersihkan darah,"sambungnya lagi, tidak menghiraukan Hyerin.
Hyerin mengangguk faham, kagum dengan lelaki itu yang bukan sahaja fasih bertutur bahasa Melayu, malah dia tahu mengenai tumbuhan yang dijadikan ubat tradisional itu. Tidak sangka, rupanya orang luar seperti lelaki itu berminat untuk mendalami ilmu perubatan tradisional yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berkhasiat yang kaya di Malaysia.
"And you.." kata lelaki itu, menghentikan langkahan kaki Hyerin yang masih mengekori mereka. "Kamu budak yang salah masuk bilik tadi kan? You're cute, you know.. haha.. By the way, saya Hyungsik. What yours?" sambung lelaki itu, menghadiahkan senyuman buat Hyerin.
"Errr, saya minta maaf pasal tu.. Saya tak ambil perhatian kat mana saya jalan tadi, tu sebab saya boleh muncul kat muka pintu bilik korang.. Panggil saya Rin.." jawab Hyerin, tersenyum malu menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Hahaha.. That's why lah awak asyik tunduk tadi kat depan pintu. Nah, sokay lah.. Don't even worry about that. " balas Hyungsik, senyum menyambut huluran tangan Hyerin.
"Ehem.. Hai Hyung, sampai bila kau nak genggam tangan dia tu?" lelaki berbaju kuning di sebelahnya bersuara, sambil tersenyum nakal memandang wajah Hyungsik yang merona merah serta-merta.
"Ya lorr, betul kata Mir tu. Aku tau lah dia tu comel tapi aku pun nak juga bersalam dengan dia.." sokong lelaki yang berbaju biru tua itu. Mereka lalu serentak ketawa melihat Hyungsik yang kalut disebabkan mereka.
"Eyy.. You two ar..." ujar Hyungsik, menghiraukan mereka yang ketawa kesukaan. Dia sudah biasa kerana budak berdua itu selalu membulinya. "I'm sorry for that.. Yang baju kuning ne, Mir and that one behind you, Thunder.." sambung Hyungsik.
"Don't worry Hyungsik, saya pun selalu jadi mangsa buli housemate saya.. Hahaha.. Hi Mir! Thunder! Nice to know you two!" Hyerin senyum.
Hyerin bersalaman dengan 3 orang lelaki yang baru dikenalinya itu dan menurut Mir, mereka sebenarnya bukan berasal dari Malaysia. Mereka sebenarnya berasal dari Korea tetapi telah lama menetap di Australia atas urusan kerja dan mereka datang di Sabah pun atas urusan kerja yang penting.
Langit pun mulai beransur gelap dan orang ramai juga mulai beransur pulang. Cahaya di kaki langit kelihatan cantik, terbias pancaran matahari di permukaan air laut yang mulai tenggelam dihujung langit.
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)
Fiksi PenggemarSNIPPET: Tangan yang menyentuh pipi Hyerin, jatuh menyentuh tanah. Hyerin terdiam kaku. Turun naik dada temannya itu, serta-merta berhenti. Hyerin menjerit dengan kuatnya, sudah tidak menghiraukan semua yang berlaku. Dia mendongak, menjerit sekuat h...