Revenge II

197 10 4
                                    

Hai~ Here's another edited chapter for you all.. And sya dh tukar cover HR ne..
Thanks so much @plaeteenium- sbb tolong sya buat cover tu.. Cantik kn cover tu? Korang try usha sis yg buat cover tu kalau korang nk minta tolong buat cover book korang.

Harap korang suka chapter ni.. /grin/ Till then..

Happy reading~ : ).

*****

REVENGE II

"Want me to bring my mirror out here?"

"........"

"How about my phone? You can use it as a mirror.."

"......"

"I'll drag y-"

"HYERIN!!" jerit Lara dan Eori serentak

Hyerin seraya ketawa sehabis ayat Lara. Hyerin ketawa terbahak-bahak melihat wajah ETTM yang sudah merona merah menahan marah, bergolek-golek dia ketawa di atas lantai ruang tamu mereka. Ran mengambil tempat di dapur, menyediakan makanan tengahari mereka berempat, manakala Lara dan Eori duduk berganding di ruang sofa double seat yang tidak berapa jauh dari Hyerin. Eori dan Lara berpandangan, bertukar isyarat mata sebelum bangkit dari duduk, mendekati Hyerin yang masih bergolek di atas lantai, ketawa sambil memegang perutnya. Mereka lalu menendang perlahan Hyerin untuk menghentikan tawanya.

"Ok, aku berhenti.. Hahaha.." Hyerin bersuara, menyerah kalah. "But you should see your face earlier.. Priceless gila! Hahaha.." sambung Hyerin, dengan tawa yang masih bersisa.

"Yah! How dare you tricked us like that?? Kau tahu tak aku dah menggelabah tadi bila kau bagitau ada suspicious person?" marah Lara, bercekak pinggang memandang wajah Hyerin.

"Aku setuju ngan Lara.. You ar.." tambah Eori pula, menyilangkan lengan kanannya di leher Hyerin, mengunci pergerakannya.

"T-too tight, a-aku tak b-b-boleh bernafas.." ujar Hyerin, putus-putus. Eori melepaskan head-lock nya itu, memberikan peluang untuk Hyerin bernafas seperti biasa. Hyerin terbatuk-batuk, bangkit dari duduknya. Perlahan-lahan dia meninggalkan ruang tamu menuju ke dapur, berdiri di belakang Ran sambil tersengih. "Korang nampak tak apa senjata yang korang pakai tadi?" ucap Hyerin, nakal.

"That's it, you're doom." ujar Ran, menepuk dahinya.

Sehabis ayatnya, Lara dan Eori berlari mengejar Hyerin yang sudah pun berlari ke luar menuju ke pantai. Suara Hyerin ketawa suka, bersilih ganti dengan suara Lara menjerit memanggil nama Hyerin, suara Eori memberikan arah kepada Lara supaya mereka boleh menangkap Hyerin yang menjadi real culprit untuk drama Mission Impossible versi Hyerin yang tidak diiktirafkan oleh syarikat perfileman Jepun. Semakin mereka datang dekat, semakin kuat suara tawa Hyerin, suka kerana dia dapat mengenakan pasangan ETTM yang sering membulinya. Ran hanya memerhati sahaja dari muka pintu, ketawa kelucuan dengan gelagat budak bertiga yang memang tidak pernah skip dari game prey-predator mereka itu.

Saat itu mereka berbaring di tepi pantai, berbaris. Hyerin berbaring di tengah dengan di apit Lara di sebelah kiri manakala Eori di sebelah kanan. Penat berlari berkejaran, mereka mengambil keputusan berehat di situ sementara menunggu Ran memanggil mereka bertiga.

"Seriously, your expression.. So damn priceless.. hahaha.." Hyerin ketawa apabila terbayang kembali reaksi mereka apabila dia ketawa di dapur.

"Enough lah tu..." Eori menjentik dahi Hyerin, membuatkan dia membebel kesakitan. "Haha.. You deserve that hit.." sambung Eori sambil ketawa mengejek, begitu juga Lara.

©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now