Revenge VI

94 7 2
                                    

Hey ho! Hahaha...
Another edited part for HR..
I hope you all enjoy baca edited version ne.. And jgn malu² nak komen if korang ad nmpk typo kat mna2 chapter, 'kay?

Then, happy reading!

Till then~ ^^

*****

*Banglo Kediaman Bloody Rain*

30 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk bergerak memulakan tugasan pertama mereka, mereka berkumpul di bilik mesyuarat seperti yang diarahkan L untuk melengkapkan diri dengan peralatan-peralatan perisikan yang dipersiapkan untuk mereka, dalam masa yang sama juga mendengar arahan dan penerangan ringkas yang diberikan L.

Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri kepada 4 orang. Kumpulan Moon iaitu kumpulan yang diketuai oleh Snow ditugaskan untuk memerhati keadaan persekitaran interior kediaman target dengan menyamarkan diri sebagai tetamu majlis penting yang kebetulan berlangsung pada malam itu. Manakala kumpulan Zeta, yang diketuai Jinki ditugaskan untuk melakukan pemantauan dan tinjauan kawalan keselamatan di luar kediaman serta memasangkan mini kamera di sekitar banglo mewah bertingkat tiga tersebut.

Honda Civic hitam yang dipandu Jinki, di parking jauh dari kawasan banglo mewah tersebut. Kereta itu diletakkan betul-betul di depan sebuah supermarket yang hanya akan berhenti beroperasi pada tengah malam, untuk mengaburi mata orang-orang suruhan target jika terjadi apa-apa kepada mereka ketika bertugas.

Sebaik mendapat approve dari Jinki untuk memulakan tugas, seorang demi seorang mula menyusup masuk ke laman belakang banglo mewah bertingkat tiga itu dengan senyap dan perlahan, untuk mengelakkan diri mereka dari disedari pengawal yang sedang mengawal ketat pintu masuk utama dan pintu belakang banglo mewah itu. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka memastikan semua kawasan clear daripada kehadiran pengawal sebelum setiap seorang mengeluarkan sebatang pen biasa. Tetapi jangan tertipu dengan luaran pen tersebut. Pen itu dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain selain boleh digunakan untuk menulis. Pen itu lalu dihalakan ke atas tembok dan dalam kiraan 3, mereka berempat serentak menekan butang kecil di tepi tangkai pen. Sebaik butang itu ditekan, tali yang agak halus dan sedikit lut sinar serta cangkuk keluar dari hujung pen. Walaupun ia kelihatan halus dan mudah putus, tetapi ia sebenarnya amat kuat dan tidak akan putus, malah boleh menampung berat dua orang. Pen yang digunakan mereka dalam misi itu juga boleh dijadikan senjata, ia terpulang dari cara si pengguna menggunakannya. Cangkuk dihujung tali tadi disangkutkan di hujung tembok untuk memudahkan mereka memanjat naik tembok tersebut. Seorang demi seorang memanjat tembok tinggi banglo tersebut dengan menekan butang yang sama seperti awal tadi.

Windry memulakan tugasnya dengan memasangkan mini kamera di setiap penjuru siling bilik bacaan ketua sindiket setelah dia berjaya masuk ke dalam kediaman. Hyerin yang sekumpulan dengan Windry pula mengambil posisi di atas tembok yang agak gelap dan terselindung dari pandangan. Dia ditugaskan untuk memerhati keadaan sekeliling sepanjang misi mereka. Hyungsik dan Jinki pula berganding bahu memasangkan mini kamera di kawasan luar banglo. Hyerin yang dilengkapkan dengan lens yang mampu melihat menembusi apa-apa permukaan dinding, mengaktifkan lens tersebut untuk memudahkan kerja mereka, juga untuk membantu Windry meloloskan diri dari kawalan ketat di luar bilik bacaan.

"Clear! You can move now.." Hyerin bersuara, memberikan arahan melalui alat komunikasi yang dipasang di kolar bajunya.

"Windry, be careful in there.." potong Jinki pula, memberikan semangat buat Windry..

"All right! Thanks Rin, Jinki.." balas Windry, seraya melompat masuk ke dalam serobong asap.

Windry memakai glove dan kasut yang diciptakan khas yang membolehkan pemakainya berjalan di atas semua jenis permukaan. Dengan guide dari Hyerin, Windry dengan mudah, selamat masuk di bilik bacaan target. Dengan posisi kaki berpijak di siling untuk mengelakkan dari dirakam kamera cctv, walaupun sebenarnya Snow telah memintas kamera yang dipasang di banglo target. Tanpa berlengah lagi, dia mencapai sepucuk pistol kecil dipasang silencer yang disembunyikan di paha kanannya lalu menghalakan pistol tersebut di arah penjuru siling bilik. Tembakan dilepaskan sebanyak 4 kali sebelum di keluar dari ruang bilik tersebut. Sebaik keluar dari bilik tadi melalui serobong asap seperti awal tadi , dia segera bergegas ke arah Hyerin untuk berkumpul sebelum meninggalkan kawasan banglo untuk pulang ke agensi, satu pergelutan tidak berapa jauh dari tempatnya berdiri, menghentikan langkahannya.

"Hey, are you okay?" tanya Windry cemas melalui alat komunikasi, namun tiada balasan.

Tidak mendapat balasan dari temannya itu, Windry mengambil risiko dengan turun mendekati pergelutan yang membuatkannya cemas sebentar tadi dan sekarang, dia dapat melihat dengan jelas pergelutan di antara Hyungsik dan seorang pengawal bersenjata yang menyedari kehadiran penceroboh. Tetapi Hyungsik dilihatnya tetap tenang walaupun sedang bergelut seperti itu. Segaris senyuman muncul perlahan dibibir Hyungsik. Dia lalu bangun seraya meninggalkan lelaki bersenjta itu terbaring kesakitan. Wajahnya bertukar pucat dan lesu sebaik disentuh Hyungsik.

"Hahaha... What happen?" tanya Windry, menepuk perlahan bahu Hyungsik di sebelahnya.

©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now