*SEMINGGU KEMUDIAN..*
Angin pagi yang bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa menenangkan fikiran. Terasa nyaman dan mendamaikan. Di pagi sabtu yang tenang dan indah itu, genaplah sudah 17 hari mereka berada di Sabah untuk tugas mereka itu. Oleh kerana hari itu mereka tidak berlatih, mereka mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang yang ada dengan berkumpul di bawah sepohon pokok rendang yang tumbuh di tepi bangunan utama K Empire.
Mereka berbual, bergelak tawa dengan gembiranya. Hyerin yang menghilangkan diri sebentar tadi, datang mendekati mereka sambil menjinjing beg plastik yang kelihatannya berisi penuh dengan makanan-makanan ringan. Plastik tersebut diletakkan betul-betul ditengah bulatan yang dihasilkan mereka seperti duduk mengelilingi unggun api.
"Here, I don't think I can eat this alone. Why don't we eat it together?" pelawa Hyerin, seraya duduk mengambil tempat di sebelah Snow.
"Woah! Tak sangkalah kau ni Hyerin, banyak stok makanan.. Ahaha.." gurau Thunder, tertawa kecil.
"Dude, kau fikir cincai (KFC)?" balas Hyerin.
"Hahaha.. Muka kau, dah ok. Tinggi kau pun, dah ok. Tapi, camna lah kau tak gemuk biar pun kuat makan?" Mir yang jarang menyakat, akhirnya bersuara.
"Adalah rahsianya. Kau nak tau apa rahsia aku?" soal Hyerin, memandang Mir yang duduk bertentangan dengannya.
"Hmm.. Boleh juga, kalau kau nak bagitau aku rahsia kau.." ujar Mir, tersengih.
"Boleh, but help me first with this..."
"What?"
"Macam mana kita nak makan makanan yang banyak ni kalau tak ada minuman? Hehe.. Tolong aku beli minuman kat vending machine tu. Boleh?"
"Eyyy.. Aku ingatkan benda apalah tadi yang kau serius sangat nak aku tolong tu.."
"Thanks Mir! Love you!"
"But I hate you!"
"I still love you! chu~"
Balasan Hyerin mengundang tawa mereka semua. Biarpun begitu, Mir tetap membantu Hyerin membeli minuman dari vending machine yang terletak tidak jauh dari lokasi mereka, di ruang lobi bangunan utama K Empire. Mir tahu, itu merupakan salah satu cara Hyerin mengucapkan terima kasihnya. Betullah kata Hyerin sebentar tadi, tidak sedap rasa makanan if tak ada air minuman bersama.
"And you..." Hyerin menoleh ke arah Sunny dan Snow yang terpikat dengan cheese cake yang terhidang di depan mata.
"What? Jangan cakap yang kau tak nak bagi cheese cake ni?" balas Sunny dengan wajah yang dibuat-buat kasihan.
"Why are you wearing that ugly, disgusting wig on your head? Where's your beautiful black hair? And Ran, I like your lens. Lara, are you ok with that thick glasses?" sambung Hyerin, senyum memandang tiga orang gadis itu bersilih ganti membuatkan mereka membeliakkan mata, terkejut.
"WHAT?!"
"Kenapa terkejut? Mesti korang ingat aku tak kenal korang kan dari first day kita kat sini?"
"How did you know? I thought kitorang dapat tipu mata kau with all this ridiculous thing..."
"What? Nak lawan dengan aku main game? Hahaha... I knew you, Eori. You can't lie to me.."
"Eyyy.. Evil maknae oh, really.."
Mereka hanya ketawa mendengar jawapan pendek yang diberikan Sunny itu. Sunny menjuihkan bibirnya kerana di tertawakan Hyerin yang sering menjadi mangsa bulinya. Tidak berapa lama kemudian, Mir datang menyertai mereka dengan dua beg plastik berisi minuman tin yang di pesan Hyerin tadi. Thunder yng duduk di tepi Sunny, mencuit lengan Sunny untuk menarik perhatiannya.
"Apa?" tanya Sunny.
"Told ya~" bisik Thunder, sambil tersenyum nakal memandang Sunny.
*****
L menyandar di meja mesyuarat sambil berpeluk tubuh menghadap skrin yang memaparkan maklumat-maklumat penting mengenai sindiket yang dikumpul sepanjang pemerhatian mereka melalui kamera-kamera yang dipasang tempoh hari. Selama tempoh 3 minggu itu, mereka hanya memerhati gerak-geri target yang berpusat di banglo kediaman Bloody Rain. Seorang demi seorang ejen masuk memenuhi ruang bilik mesyuarat itu. L membelakangi skrin, menghadap ejen-ejen yang sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Mereka bersedia mendengar arahan yang diberikan L sebentar lagi. Ivy Emerald memberikan fail setiap satu untuk mereka.
"Ok! As you'll can see on the screen, ini maklumat-maklumat yang diperolehi sepanjang pemerhatian kita. And saya nak kamu baca maklumat dalam fail yang Ivy edarkan sebentar tadi. Any question?" jelas L.
Snow mengangkat tangan kanannya. "When will we make our first move?" tanya Snow.
"Saya mendapat satu maklumat yang boleh dipercayai bahawa sindiket ini akan bergerak awal pagi esok."
"Esok, sir?" Jinki bersuara, memandang wajah serius L.
"Yes, tomorrow. So, prepare yourself for tomorrow, 'kay? Awal pagi nanti saya nak kamu berkumpul disini untuk buat persediaan kelengkapan untuk esok, but before that saya nak kamu berbincang untuk plan besok. Faham?"
"Faham!!" serentak mereka menjawab.
"Good! Then, you all can start now! Let me know about your plan for tomorrow. Remember, simpan tenaga kamu untuk tugas esok pagi." arah L, sebelum meninggalkan ruang bilik mesyuarat tersebut.
"Yes sir!"
* PELABUHAN*
Subuh yang dinanti dengan penuh debar akhirnya menjelang tiba. Subuh itu, mereka berkumpul di bilik mesyuarat sekali lagi seperti yang diarahkan L sewaktu perjumpaan mereka untuk berkongsi plan dengan ketua misi. Mereka dipersiapkan dengan kelengkapan perisikan yang telah disediakan oleh pihak agensi untuk misi itu. L memberikan short briefing mengenai plan sementara mereka bersiap. Selesai mendengar briefing, mereka bergerak secara berkumpulan menuju ke lokasi yang dimaksudkan. Perjalanan mereka mengambil masa 45 minit dari agensi ke sebuah pelabuhan lama yang bertempat di tepi bandar.
Dari jauh sayup kedengaran suara-suara memberikan arahan. Kotak-kotak kayu yang dipunggah menghasilkan bunyi yang bising apabila berlaga dengan kotak-kotak lain. Kelihatan lebih daripada 10 orang lelaki sedang memunggah kotak-kotak kayu dari trak, lalu dimuatkan ke dalam sebuah kapal di hujung pelabuhan.
Walaupun keadaan agak samar kerana kabus tebal yang menghalang pandangan, ia langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk menyelesaikan tugasan yang yang telah diberikan. Lens yang diubahsuai menjadi lens infra-red sangat membantu melancarkan tugas mereka, apatah lagi dengan keadaan kabus yang agak tebal itu. Mereka kemudian berpecah kepada 4 kumpulan, mengikut rancangan yang dibuat.
"Bah, semua peralatan sudah lengkap ka? Sudah check semua?" tanya Jinki, yang tiba-tiba bertutur dengan slang Sabah.
"Ai nah, kenapa sudah tu tersasul bahasa sini, Jinki? Hahaha.." Hyerin bersuara, ketawa dengan Jinki yang bertutur dengan lancarnya dalam bahasa Sabah.
"Hahaha.. Aku saja nak cuba bercakap style Sabah, best.." jawab Jinki, ketawa sama.
"Eyyy.. Kitorang tau lah Ivy Emerald tu minat kat kau, takkan terus bertutur bahasa Sabah?" Thunder si pembuli bersuara, membuli Jinki yang sudah menahan malu.
"Shhh.. Jangan kasi ketara bah.." Jinki meletakkan jari telunjuknya ke bibir, tanda diam.
HAHAHAHA...
Semua serentak ketawa mendengar perbualan Jinki dan Thunder itu. At least dengan perbualan mereka itu, membuatkan mereka tidak merasa mengantuk kerana bertugas di awal pagi di mana semua orang sedang lena di ulit mimpi.
"Okay, jokes aside! Dah check semua? Semua peralatan ok?" Jinki bersuara, mula serius untuk tugas mereka.
"Done, all check!!" balas mereka serentak.
"Good! Be careful you all, okay? Now, let's finish them all!" Jinki memberikan semangat buat teman-temannya sebelum berpecah ke posisi masing-masing.
"Supaya kau dapat date dengan Ivy, kan?"
"Eyyy..."
"Hahaha... Good luck for your date later!"
YOU ARE READING
©Hyerin's Revenge (Malay Fanfic)
Fiksi PenggemarSNIPPET: Tangan yang menyentuh pipi Hyerin, jatuh menyentuh tanah. Hyerin terdiam kaku. Turun naik dada temannya itu, serta-merta berhenti. Hyerin menjerit dengan kuatnya, sudah tidak menghiraukan semua yang berlaku. Dia mendongak, menjerit sekuat h...