Yuri p.o.v
" JO YURI!" Suara guru mata pelajaran matematik yang memanggilnya hanya dibuat tak dengar. Kepalanya masih di atas tangan memandang keluar kelas yang langsung takde apa-apa yang menarik. Miss joy menggelengkan kepala. Dah tak tau nak cakap apa. Cakap apapun budak ni tetap sama je.
" Tumpukan perhatian pada pelajaran atau kamu berdiri kat luar." Arah miss joy dengan tegas. Namun seperti biasa, gadis itu memekakkan telinganya macam tak dengar apa-apa. Earphone masih di telinga dan dia masih merenung keluar. Sedang miss joy mengajar, tiba-tiba kedengaran satu ketukan di pintu kelas 5-1. Mata semua pelajar memandang keluar tak terkecuali yuri. Mulanya dia terkedu melihat gerangan yang mengetuk pintu, namun selepas itu, dia hanya buat tak kisah.
" Sorry miss yoona. Tadi saya jumpa miss seulgi kejap. Nak ambil tag pengawas balik." Kata hyunjin meminta maaf. Miss yoona yang kehilangan mood gembira kerana yuri tadi hanya tersenyum. Dia meminta hyunjin masuk dan memperkenalkan dirinya dulu kepada bekas rakan sekelasnya.
" Hai semua. Saya hwang hyunjin seperti yang korang tahu. Mulai saat ini, saya akan jadi classmate korang semula." Kata hyunjin dengan senyuman. Eye smile miliknya masih membuatkan perempuan tertawan. Matanya memandang yuri yang langsung tak memandangnya. Best sangat ke pandang kat luar tu?
" Hyunjin, kamu boleh duduk kat belakang tu.." Miss yoona menunjukkan tempat duduk lama hyunjin. Di sebelah yuri. Tapi mejanya dah dipisahkan dengan budak tu. Yuri duduk berseorangan tanpa peneman di sebelahnya.
" Baik miss. Terima kasih." Hyunjin menunduk sedikit sebelum berlalu. Begnya diletakkan di atas meja yang sedikit berhabuk sebelum dia memandang yuri. Betul cakap chan hyung. Mereka bukan lagi izone yang stray kids kenal.
--------
Yujin p.o.v
Yujin dan wonyoung berada di dalam kelas berbeza walaupun umur mereka sama. Wonyoung berada di kelas kedua manakala yujin di kelas pertama. Dia hanya berseorangan di kelas itu sama seperti yuri. Tak lagi bercampur dengan kawan sekelas. Dia lebih suka bersendiri.
" Seungmin, kenapa kau pindah dulu?" Soalan salah seorang rakan sekelas mereka menerobos masuk ke telinga yujin yang disumbat earphone. Dia mendengus malas. Tak payah tanya tu kuat-kuat boleh? Nama je pelajar kelas satu, perangai takde beza macam budak kelas belakang.
" Err.. Ikut abang aku. Abang angkat aku dia dapat kerja kat aussie. Sebab tu aku ikut dia.." Ceh. Alasan semata-mata. Abang kau yang tak guna tu pun tipu unnie aku. Sama macam kau tipu aku.
" Oh.. Maksudnya kau balik sini sebab dia dapat kerja kat sini?" Tanya pelajar lain pula. Seungmin hanya mengangguk dengan senyuman. Yujin berdiri dari duduknya. Malas nak dengar penipuan ni semua. Baik dia pergi lepak dekat rooftop atau tempat lain lagi bagus.
Seungmin p.o.v
" Jangan pedulikan dia seungmin. Dia jadi macam tu selepas kau pindah masa tu. Entah kenapa.." Kata perempuan yang duduk di depannya. Seungmin mendiamkan diri. Dia tahu semuanya salah dia permainkan hati seorang angel.
YOU ARE READING
HEAL
RandomHATI MEREKA HANCUR SAAT MENGETAHUI MOTIF SEBENAR STRAY KIDS MENDEKATI MEREKA. SEMUANYA KERANA INGIN MEMPERMAINKAN HATI MEREKA. SETELAH RAHSIA STRAY KIDS PECAH, LELAKI-LELAKI ITU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PERGI DARI SITU MENINGGALKAN IZONE TERPINGA-PIN...