Izone p.o.v
" Yen, ni semua kau punya pasal... Kau tengok berita! Polis tengah cari pembunuh Puan Choi sekarang tau!" Chaeyeon menunjukkan skrin telefonnya yang memaparkan berita itu. Yena masih dengan muka selamba dan gaya santainya duduk di sofa menghadap televisyen. Eunbi mengeluh kecil melihat Yena sebelum mengambil remote tv dan mematikan tv itu.
" What? Biarlah dia cari. Bukannya boleh jumpa pun. Unnie takut ke? Bertahun kita buat kerja ni, unnie tak pernah takut pun. Kenapa takut kali ni? Lagipun, kalau diaorang nak tangkap, Yena jelah jadi mangsanya. Takde kesan kat yang lain pun..." Balas Yena tenang. Dia tak faham situasi sekarang. Eunbi mengeluh lagi.
" Kalau kau kena tangkap, kitaorang akan kena sekali akibat bersubahat manusia. Dan kalau tu tiba masa Wonyoung gila, dia boleh dedahkan semua rahsia dan kerja kita buat selama ni. Otak kau kat mana CHOI YENA?" Kali ni Eunbi betul-betul marah. Dahlah Yena betul-betul menunjukkan yang dia bencikan Puan Choi. Tak mustahil pihak polis tak mengesyaki gadis itu.
" Okey Fine. Unnie nak Yen buat apa? Hidupkan balik perempuan tua tu?" Soal Yena dengan suara annoyingnya. Eunbi dan Chaeyeon serentak menjelingnya.
" Kau jangan keluar membunuh selama sebulan Yena. Tahan diri kau tu sikit... Aku kena cakap dengan yang lain supaya diaorang tak keluar juga. Korang ni kalau aku tak kawal, makin ganas. Yeon, ikut aku kejap. Jangan keluar Yena. Ini amaran." Ugut Eunbi sebelum menarik Chaeyeon pergi. Yena mengambil remote tv dan sambung menonton tv semula. Berita tu macam takde impak dalam hidup dia langsung.
--------
Di sekolah,
Yuri p.o.v
Pintu rooftop dibuka dengan perlahan. Macam biasa takde sesiapa di rooftop. Yujin dan Wonyoung hari ni tak datang sekolah. Yujin kena buat pemeriksaan kat hospital walaupun doktor tahu dia penyakit mental dia makin teruk. Wonyoung demam sejak semalam. Jadi, tinggallah dia seorang diri di sekolah. Dengan tangan dimasukkan dalam sweater putih dan telinga yang disumbatkan earphone, dia berdiri di pembatas rooftop itu. Selangkah ke depan, dia memang akan jatuh dari bangunan itu.
" YURI! KAU GILA KE?!" Suara seseorang samar-samar masuk ke dalam telinga Yuri. Dia menanggalkan sebelah earphone nya sebelum memandang ke belakang. Hyunjin berdiri dengan muka pucat memandang ke arahnya.
" Kenapa? Kenapa kau kisah? Aku memang dah gila. Sebab kau. Kau buat aku gila Hyunjin! Kau main-mainkan aku, kau buat aku macam takde apa-apa erti kat kau. Kau tinggalkan aku dan biarkan aku serang diri nak tempuhi semua ni. Kenapa kau nak kisah kat aku sekarang? Kau dah insaf ke?" Soal Yuri semula menghadap Hyunjin. Angin perlahan bertiup membuatkan suasana menjadi lebih sedih.
" Aku minta maaf. Aku bodoh masa tu. Aku tak pernah fikir pasal perasaan kau. Tapi aku sanggup bersumpah Yuri. Sepanjang aku kat Aussie, aku tak pernah stop fikir pasal kau. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku buat kat kau. Tolonglah maafkan aku Yul..." Hyunjin memandang ke atas menatap Yuri yang menatapnya dengan pandangan benci.
" Dah terlambat untuk semuanya Hyunjin. Dah terlambat. Aku bukan lagi Yuri yang kau pernah kenal dulu. Aku bukan lagi Jo Yuri yang sama." Balas Yuri. Dia bukan lagi Yuri yang lemah lembut dan senang memaafkan orang lain. Dia Yuri yang nampak baik di luar namun sangat kejam di dalam. Siapa yang tahu sisi kejam Yuri takkan dapat hidup walaupun untuk sehari lagi. Dia akan bunuh dengan sangat kejam.
" Yuri...." Hyunjin nak menahan lengan Yuri namun tangan dia terhenti tengah jalan. Dia ternampak beberapa kesan torehan di pergelangan tangan Yuri walaupun gadis itu menyembunyikannya di sebalik lengan sweater. Yuri terus berjalan pergi dari rooftop menuju ke kelas.
YOU ARE READING
HEAL
RandomHATI MEREKA HANCUR SAAT MENGETAHUI MOTIF SEBENAR STRAY KIDS MENDEKATI MEREKA. SEMUANYA KERANA INGIN MEMPERMAINKAN HATI MEREKA. SETELAH RAHSIA STRAY KIDS PECAH, LELAKI-LELAKI ITU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PERGI DARI SITU MENINGGALKAN IZONE TERPINGA-PIN...