Minho p.o.v
" Kau gila, Hyung... Kau panggil kitaorang berkumpul sebab ni je? Membazir masa aku je..." Kata Hyunjin tak puas hati apabila mereka dikumpulkan di Rumah Keluarga Lee hanya kerana Minho ingin mereka semua pulihkan dan kembalikan Izone seperti sebelum ni.
" Aku tak gila, Hyunjin. Kita yang buat diaorang macam ni. Kita yang kena bertanggungjawab atas apa yang kita buat...." Balas Minho tenang. Ahli-ahli Stray Kids masih berbelah bahagi nak ikut kata-kata Minho. Ya. Memang mereka penyebab Izone jadi gila ni, tapi mereka juga boleh jadi mangsa Izone yang seterusnya...
" Aku tak nak mati, Hyung... Tengok dioarang, aku yakin yang diaorang takkan teragak-agak untuk membunuh sesiapa Hyung... Kau pun tahu ada berapa banyak kes kematian pembunuhan yang jadi kat sekola kitaorang, kan?" Celah Seungmin pula. Minho mencapai tabletnya di atas meja dan membuka gambar yang diberi oleh Doktor Kang. gambar torehan pergelangan tangan milik Yujin.
" Minju dan Yujin dah berubah. Mereka dah tak membunuh, Seungmin... Mereka mula cederakan diri sendiri. Minju sendiri pernah ditahan di hospital akibat kekurangan darah. Kalau lama-lama dibiarkan, bila-bila masa je nyawa mereka boleh diragut. Kau sanggup ke tengok Yujin mati, Seungmin?" Seungmin terdiam. Minho tahu cara nak buat dia terdiam. Minho memandang pula ke arah Chan.
" Kerja kau Doktor Kang dah selesaikan sikit, Chan Hyung... Hanya sedikit lagi proses untuk Eunbi Noona pulih sepenuhnya. Kerja kau tak berat. Kerja yang paling berat, Kau Lix dan kau juga, Changbin. Chaewon dan Yena jenis yang suka membunuh. Semakin banyak mereka membunuh, semakin sakit jiwa mereka. Dan juga aku tak yakin yang diaorang takkan bunuh kau. Untuk aku dengan Seungmin, kami perlu tahan dan jaga Minju dan Yujin dari toreh tangan mereka lagi. Hyunjin, Han dengan Iyen. Korang boleh stopkan Yuri, Wony dan Chaeyeon dari buat macam ni. Diaorang paling sikit membunuh. Dan aku yakin diaorang takkan bunuh kau. Mungkin di mulut kata lain, tapi di hati lain..." Terang Minho panjang lebar. Felix dan Changbin berpandangan. Kerja mereka tak senang.
" Aku nak pulihkan diaorang semula. Aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku buat dulu. Aku bodoh permainkan hati dia. Aku akan pulihkan Wonyoung semula. Tak kisahlah perbuatan tu akan buat nyawa aku terkorban sekalipun, aku tetap akan kembalikan Wonyoung kepada diri dia semula." Ucap Jeongin tiba-tiba ketika mereka semua lama mendiamkan diri.
" Aku pun. Walaupun tugas aku ni berat, aku tetap akan bertanggungjawab. Aku nak tengok Chaewon yang dulu semula." Kata Felix pula. Satu persatu akhirnya setuju kecuali Hyunjin. Dia masih mendiamkan diri tak tahu apa jawapan yang dia perlu buat.
" Aku tak yakin tapi apa salahnya aku cuba kan? Lagipun, aku masih cintakan Yuri..." Ucap Hyunjin akhirnya. Mereka semua mengangguk dan memberikan kata-kata semangat kepada satu sama lain. Semoga mereka dapat baiki kesalahan yang mereka buat sebelum ni.
------------
Keesokan harinya,
Di Rooftop sekolah,
Wonyoung p.o.v
" Kau nak apa datang sini? Sini bukan tempat kau, Yang jeongin. Balik ke pangkuan ibu kau kat sana. Menangis kat ibu kau kat sana..." Ucap Wonyoung dingin sebaik sahaja dia nampak Jeongin yang mengunci pintu rooftop. Jeongin berdiam diri menatap muka Wonyoung lembut. Matanya nampak yang walaupun Wonyoung nampak berubah, ada lagi serpihan dirinya yang dulu.
" Aku nak jumpa kau, Wony... Nak minta maaf atas apa yang aku buat kat kau dulu. Aku tahu aku bodoh tinggalkan perempuan macam kau Wony... Maafkan aku. Apa yang perlu aku buat untuk dapatkan kemaafan dari kau?" Wonyoung terdiam. Dia mengeluarkan pisau lipat dari dalam poketnya sebelum menunjukkan ke arah Jeongin.
YOU ARE READING
HEAL
RandomHATI MEREKA HANCUR SAAT MENGETAHUI MOTIF SEBENAR STRAY KIDS MENDEKATI MEREKA. SEMUANYA KERANA INGIN MEMPERMAINKAN HATI MEREKA. SETELAH RAHSIA STRAY KIDS PECAH, LELAKI-LELAKI ITU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PERGI DARI SITU MENINGGALKAN IZONE TERPINGA-PIN...