BAB 6

87 20 0
                                    

Minju p.o.v

    " Urgh... Berat betul kepala aku ni.. Tak patut aku telan ubat tu semalam." Bisik Minju kecil seraya bangun dari katil yang digunakan untuk tidur semalaman itu. Kemudian, dia baru tersedar yang dia bukan berada di biliknya atau bilik rakannya yang lain. Dia di bilik orang asing.

    " Apa jadi semalam? Lepas aku tidur? Wargh!! Entah-entah.. Fuh... Selamat. Masih baju semalam. Apa jadi lepas aku tidur semalam? Siapa bawa aku ke sini?" Soal Minju sendirian lagi. Beg tangannya di tepi katil diambil sebelum dia melihat keadaan bilik itu. Kemas dan tersusun. Matanya menangkap satu keping gambar frame yang sangat besar di dinding bilik itu. Matanya terus terbeliak.

    " OH MY! Aku kena pergi sekarang! Amy, jangan keluar sekarang please..." Dia terus berlari keluar dari bilik itu mencari pintu rumah itu. Sebaik sahaja jumpa, pantas dia memecut keluar namun suara seseorang menahannya dari terus keluar dari rumah itu.

   " Oh, minju. Lupa saya kamu ada kat sini. Minho kata kamu tertidur kat majlis semalam, jadi dia letak dalam bilik dia. Mari sarapan dulu.. Kebetulan, saya masak banyak hari ni..." Ajak Puan Lee. Minju dapat rasakan jantung dia makin berdegup laju.

    " Maaf puan. Saya kena balik sekarang. Keluarga saya ada emergency.." Pinta Minju. Dia mencari kasut tumit tinggi yang digunakan semalam sebelum menjumpainya di tepi rak kasut rumah itu. Pantas dia menyarungkan dan berlari keluar dari perkarangan rumah itu. Tak kisahlah berlari sampai rumah sekalipun, asalkan dia tak stay kat rumah tu.

Puan Lee p.o.v

    " Aik? Kenapa pelik sangat si minju tu? Minho ada buat entah apa-apa ke kat dia? Lain macam je.." Soal Puan Lee sendirian sebelum berjalan ke dapur. Minho dah berada di meja makan dengan muka mamai dan rambut kusut masainya. Bertentangan dengan penampilan felix yang kemas.

    " Minho, kamu tidur kat mana? Minju ada kat bilik kamu.. Kamu tak tidur dengan dia kan?" Soal Puan Lee sebelum menuangkan air teh ke dalam cawan di depan minho.

    " Ish.. Omma ni. Taklah. Abang tidur dengan Lix semalam. Menyesal sikit tidur dengan budak ni. Dia taekwando orang tengah-tengah malam. Minju mana? Dia dah bangun ke? Omma tak ajak dia sarapan sekali?" Soal Minho semula.

    " Taklah.. Dah ajak dah.. Dia kata keluarga dia ada emergency jadi dia terus balik. Kamu nak roti ke nasi?" Minho pelik. Keluarga minju?

    " Omma, minju takde family. Family dia kena bunuh dengan sekumpulan perompak masa dia umur 2 tahun." Bisik Minho perlahan. Dia tak nak ibunya tahu, kalau ibunya tahu apa yang dia buat kat minju dulu sampai perempuan tu bencikan dia, mesti dia akan dimarahi. Paling teruk, mungkin kena paksa minta maaf dengan perempuan tu.

------

Sementara itu, di kafe,

Eunbi p.o.v

    " Unnie, tolong jagakan kaunter sekejap. Yen nak pergi bilik air sekejap!" Arah yena sebelum berlari ke arah tandas di dalam kafe itu. Sekarang ni masa rehat eunbi. Disebabkan masih pagi dan waktu kerja dah mula.. Jadi, tak ramai orang kat kafe sekarang. Eunbi hanya memandang yena sebelum meletakkan telefonnya ke tepi. Ada seorang pelanggan baru memasuki kafe. 

     " Selamat datang.. Encik nak order apa?" Tanya Eunbi malas tanpa melihat muka pelanggannya itu. Pelanggan itu terkejut melihat muka eunbi.

    " Bagi Iced Americano satu, Hot Chocolate satu, Red velvet Cake satu Chocolate Cake satu.. Take away. " Kata pelanggannya itu. Eunbi seperti mengenal suara itu pantas mengangkat kepala. Dia menatap lelaki di depannya dengan penuh kebencian. Sabar Eunbi.. Malam nanti kau pergilah memburu.. Sekarang, pelanggan kena utamakan.

HEALWhere stories live. Discover now