Chaeyeon p.o.v
" Min, kau okey ke? Muka kau pucat semacam lah... Rehat kat rumah jelah. Tak payah pergi kedai hari ni..." Kata Chaeyeon perlahan sebaik sahaja melihat Minju yang baru turun ke dapur setelah selesai mandi. Minju tersenyum kecil.
" Aku okeylah Unnie... Jangan risaulah. Lagipun apa aku nak buat kalau rehat kat rumah je. Kalau ada apa-apa jadi nanti aku speed dial unnie okey?" Walaupun masih risau, Chaeyeon mengangguk menyetujui kata-kata Minju. Dia hanya boleh memandang Minju yang memakai kasut dan berjalan menuju ke kedai bunga miliknya. Hilang je bayang Minju, dia terus berari menuju ke bilik Minju.
" Minju self harm lagi ke malam tadi? Patutlah pucat semacam... Haih Minju. Sampai bila kau nak self harm ni? Tak sanggup nak bunuh orang lain, kau slef harm diri sendiri je..." Keluh Chaeyeon perlahan melihat pisau lipat yang belumuran darah di atas meja Minju. Darah tu pun dah hampir kering bertanda Minju self harm malam tadi. Minju lain sikit. Kalau mereka yang lain lebih suka mencari mangsa untuk dibunuh, Minju masih ada sisi baik. Dia selalu buat self harm. Malas self harmnya makin lama makin dahsyat.
Minju p.o.v
Minju terus duduk di atas kerusi miliknya dan meletakkan kepala di atas meja. Dia rasa sangat lemah sekarang ni dan penat dalam masa yang sama. Matanya memandang ke pergelangan tangannya. Ada luka torehan yang baru. Baru dibuat semalam.
" Bila kau nak berhenti buat self harm kat diri kau sendiri Kim Minju? Kenapa kau tak boleh jadi macam yang lain? Cari mangsa untuk dibunuh? Kenapa kau mesti kena telan pil tidur dan buat self harm kat diri sendiri?" Gumam Minju sendirian. Dia mengangkat muka apabila mendengar seseorang memasuki kedainya.
" Selamat datang..." Jawabnya sedikit lemah. Wanita yang baru melangkah masuk itu tersenyum kecil padanya sebelum berjalan-jalan dia dalam kedainya mencari bunga yang sesuai untuk dirinya. Minju malas nak bangun hanya memerhati pelanggannya itu. Dia melihat ke telefon apabila mendapat mesej dari Chaewon.
Kim Chaewon
Telefon aku kalau kau
nak ke hospital.
Aku ada kat hospital hari
ni. Ada temu janji
dengan Doktor Kang." Cik? Cik okey ke? CIK?!" Tepat pada seorang pelanggan lelaki yang sangat dikenali masuk ke dalam kedai miliknya. Tepat itulah kesedarannya hilang. Tanpa sempat bertahan pada apa-apa, Minju jatuh ke lantai kedai. Matanya tertutup ketika dia mendengar pelanggan wanita tadi memanggil orang untuk menolongnya.
---------
Hospital,
Minho p.o.v
" Kamu Lee Minho kan? Ex pesakit saya, Kim Minju?" Soal perempuan yang dikenali sebagai Doktor Kang itu pada Minho. Dialah lelaki yang masuk ke kedai minju ketika Minju pengsan sebentar tadi. Minho memandang Doktor Kang dan mengangguk perlahan. Doktor Kang mengangguk faham dan mengisyaratkan dia supaya mengikutnya ke dalam biliknya.
" Duduklah Lee Minho. Perlu ke saya jemput juga untuk kamu duduk?" Soal Doktor Kang dengan suara annoyingnya. Minho mengangguk sebelum mengambil tempat duduk di depan Doktor Kang. Dia terpinga-pinga apabila Doktor Kang menghulurkan sebuah fail kepadanya.
" Baca dokumen tu kamu akan tahu apa terjadi kepada mereka semua sekarang ni..." ARah Doktor Kang. Perlahan Minho membuka fail itu. Tulisan Doktor Kang yang kemas menyenangkan dia untuk membacanya. Tak pernah dia jumpa Doktor yang mempunyai tulisan kemas seperti tulisan Doktor Kang.
" Penyakit mental? Mereka semua tak nampak macam orang gila pun... Nampak normal je..." Soal Minho perlahan selesai dia membaca apa yang ditulis Doktor Kang di dalam fail itu. Doktor Kang meletakkan tabletnya di hadapan Minho.
" Itu kesan torehan self harm yang dibuat oleh Minju dan Yujin. Masuk yang ini, Minju mungkin dah mencapai 40 self harm di seluruh badannya. Dengan 20 hanya di pergelangan tangannya. Yujin pun sama cuma dia seikit kurang dari Minju." Doktor Kang berhenti sebentar untuk mengambil nafas sebelum dia menyambung.
" Penyakit mental mereka buka gila Minho. Mereka mempunyai satu penyakit yang suka tengok orang kesakitan, menangis memohon kat depan mereka. Satu tentang mereka juga, mereka suka melihat darah mengalir. Dengan tu, mereka akan rasa tenang. Sekarang, memang nampak semuanya normal Minho. Tunggu bila malam menjelma. Ketika itu, mereka berubah. Mereka bukan lagi izone yang kamu semua kenal. Kamu sendiri nampak kan sejak bila mereka berubah ni?" Soal Doktor Kang perlahan. Minho mengangguk. Benda tu semua berlaku beberapa minggu selepas Stray Kids berada di Australia.
" Tapi kan doktor... Kenapa doktor cerita ni kat saya? Bukan ke kami penyebab mereka semua berubah jadi macam ni?" Soal Minho kembali dengan perlahan. Doktor Kang tersenyum kecil sebelum mengambil tabletnya semula.
" Pelbagai cara yang saya dah buat untuk pulihkan mereka. Hanya Eunbi sahaja yang berjaya pulih. Jadi, ini ikhtiar terakhir saya. Saya perlukan bantuan kamu dan ahli-ahli stray kids yang lain. Kembali semula dalam hidup mereka. Buat mereka lupakan tentang penyakit mereka dan jaga mereka dengan baik. Itu sahaja ikhtiar terakhir saya. Kalau masih tak menjadi, saya mungkin akan putus asa dalam merawat mereka. Jadi, boleh ke kamu kembalikan semula mereka semua kepada diri mereka yang sebenar?" Jelas Doktor Kang sebab dia menjelaskan perkara itu kepada Minho. Minho memandang Minju yang berada di dalam bilik itu jaga. Dia terbaring dengan keadaan yang tenang. Matanya masih tertutup menjelaskan yang dia masih tak jaga lagi.
" Saya tak tahu yang lain tapi saya sendiri akan cuba Doktor. Saya akan cakap benda ni kat rakan-rakan yang lain." Doktor Kang mengangguk perlahan sebelum mengukir senyuman kecil. Dia harap sangat ikhtiar terakhirnya ini berjaya.
----------
Sementara itu,
Di Sekolah,
Ketika itu waktu persekolahan sudah pun berakhir namun Wonyoung masih di sekolah. Dia sedang leka membaca sebuah buku di rooftop sambil dimulutnya terdapat lolipop perisa strawberi. Dia duduk di pembatas rooftop dan kaki dilunjurkan ke bawah. Tempat yang tenang untuk dia menenangkan dirinya. Yuri terus balik selepas habis kelas tadi. Yujin pulak lapar sangat dan pergi ke kantin dulu sebelum dia ke sini nanti.
" Wony! Nah. Aku beli roti untuk kau sekali. Roti je yang masih tinggal tadi. Makanan yang lain semua dah habis." Kata Yujin yang baru tiba. Roti coklat diletakkan di atas pangkuan Wonyoung sebelum dia duduk di sebelah Wonyoung. Kakinya turut dilunjurkan ke bawah. Langsung tak takut kalau mereka jatuh.
" Hah... Damainya duduk sini. Sejuk dan senyap je. Takde gangguang makhluk-makhluk lain..." Gumam Yujin perlahan. Wonyoung mengangguk perlahan sebelum dia memandang ke tangan Yujin. Banyak kesan torehan di tangan rakannya itu. Perlahan dia menyentuhnya.
" Kenapa kau tak cari orang macam dulu je Yujin? Kenapa kau mula cederakan diri kau macam Minju Unnie?" Soal Wonyoung perlahan. Yujin terdiam memandang ke tangan Wonyoung yang mengusap luka torehan di pergelangan tangannya.
" Entah. Aku pun tak tahu Wony... Yang aku tahu, aku dah bosan dengar tangisan orang. Tapi aku masih suka tengok darah mengalir. Jadi, mungkin tu sebab aku dah mula buat self harm semula..." Jawab Yujin perlahan. Wonyoung terdiam mendengar jawapan Yujin. Mereka berdua duduk diam menikmati ketenangan tanpa apa-apa bunyi pada petang itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
HEAL
RandomHATI MEREKA HANCUR SAAT MENGETAHUI MOTIF SEBENAR STRAY KIDS MENDEKATI MEREKA. SEMUANYA KERANA INGIN MEMPERMAINKAN HATI MEREKA. SETELAH RAHSIA STRAY KIDS PECAH, LELAKI-LELAKI ITU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PERGI DARI SITU MENINGGALKAN IZONE TERPINGA-PIN...