Episod 14

16 4 0
                                    

Ikram tidak sedarkan diri selama beberapa jam,sepasang jiran Ain iaitu Encik Ziden dan Puan Rokiah begitu risau dengan keadaan Ikram. “lagu mano ni bang,kito nok wak gapo nga budok ni” tanya Puan Rokiah kepada suaminya.

“Buat masa ni kita tunggu budak ni sedar dulu,awak pergi ambil kain basah untuk letak kat dahi budak ni…saya rasa dia demam.” Puan Rokiah berlalu ke dapur untuk membasahkan kain.

Selepas beberapa ketika Ikram mulai sedar, Ikram masih dalam keadaan pening - pening. Ikram memegang kepalanya sambil dan melihat keadaan disekeliling rumah yang begitu asing baginya mata ikram terhenti apabila melihat sepasang suami isteri dihadapannya. “Pakcik..saya kat mana ni?”

“Kamu ada kat rumah pakcik,kamu tiba-tiba pengsan depan rumah Tuan Mustafa.

“kamu pergi ambil kosong bagi budak ni minum”

“Oh! Pakcik lupa nak tanya,kamu ni siapa ya?” tanya Encik Ziden kepada Ikram.

“saya ikram pakcik”

“Ouh kamu kawan Ain ke? satu sekolah dengan dia ke?”

“Haah pakcik..saya kawan Ain, satu sekolah.”

“Ouh..kamu tak tahu yang Ain pindah semalam? Dia tak beritahu kamu ke?”

“Tak pakcik..saya tak tahu .. Saya pun baru tahu pagi tadi.”

“Ouh gitu ceritonyo” Puan Rokiah datang membawa air kosong kepada Ikram.

"Noh minum air ni dulu bior segor sikit tubuh mu tu.” kata Puan Rokiah sambil menghulurkan air kepada Ikram.

“Terima kasih makcik”

Selesai Ikram meminum air yang diberi oleh Puan Rokiah, Ikram meminta diri untuk pulang ke rumah. “Pakcik, makcik..saya minta izin dulu ye. Saya kene pulang dulu ni…dah lewat dah ni…apa - apa pun terima kasih atas pertolongan pakcik dan makcik tadi, saya minta maaf kalau.dah menyusahkan makcik dan pakcik.”

“Takda susah-susah pun lagi susah hati pakcik ni tengok kamu.. Hati-hati masa bawak basikal tu jangan bawak laju-laju.”

Jam menunjuk pukul 7.00 pm, Ikram sudah lewat sampai ke rumah. Ikram meletakkan basikalnya di hadapan rumah.

“Along..lewatnya balik..along pergi mana?risau ibu.”

“Ouhh along ada hal tadi dengan kawan hehehe..sorry ya ibu.”Ikram tersenyum depan ibunya agar ibunya tidak risau.

“Along nak mandi dulu ye ibu, badan berpeluh habis.”

“Ya-ya, pergi mandi dulu nanti kita makan sama - sama.” Ikram mengangguk dan terus ke biliknya.

Selepas siap mandi, Ikram pergi ke meja makan untuk makan bersama ibunya.

“Along ..ibu nak tanya ni..kamu ada masalah ke?Bukan apa…semalam kamu tak keluar makan pun, risau ibu dengan along.”

“Takdelah ibu, along okey je..semalam sebab takde selera..along tak berapa sihat..tu je..ibu takyah risaulah..along baik -baik je hihihihihi.”Ikram menafikan hal sebenar kepada ibunya. Ikram hanya mampu tersenyum dihadapan ibunya.

Selepas sahaja makan, Ikram berlalu ke biliknya…Ikram membuka telefonnya dan mencuba hubungi Ain namun talian tidak dapat disambungkan. Ikram mencuba beberapa kali namun hasilnya sama juga Ain tidak menjawab juga.

“Ain..kau kat mana? Kenapa aku tak dapat hubungi kau.” Ikram merintih kesedihan mengenangkan Ain yang menghilang tanpa berita.

MENCINTAIMU DALAM DIAMWhere stories live. Discover now