Situasi Ikram
“Along ..bangun dah lewat ni, along dah terlambat ke sekolah ni…bangun !!.” Puan Rosmah mengejutkan anaknya yang lena tidur.
“Pukul berapa dah ni ibu.”kata Ikram sambil mengusap matanya.
“Dah pukul 8 pagi along oiiii !! ,cepat bangun bersiap..bangun - bangun !!.”
“Ehh …..kenapa ibu tak beritahu awal-awal….Allah..along dah lewat dah ni.” Ikram langsung melompat dari katilnya, Ikram terus menukar baju tanpa mandi terlebih dahulu.
“Ibu..along pergi dulu…assalamualaikum.” Ikram menaiki basikal untuk pergi ke sekolah.
Sesampainya Ikram di depan pagar sekolah, ikram terkejut melihat pagar sekolahnya sudah ditutup.
Beberapa pengawas sekolah mendekati Ikram, “ kenapa lambat ? kamu tahu sekarang dah pukul berapa?” pengawas itu bertanya kepada ikram dengan nada yang tegas.
“Aaa maafkan saya, saya terlewat bangun tadi.” Ikram menunduk pandangannya.
“Itukah alasan awak bangun lewat? bagi nama penuh awak.”
“ Muhammad Ikram Bin Saad.” Jawab Ikram sambil mendengus.
Pengawas itu menulis nama Ikram di laporannya. “Dah, nama awak akan dicatatkan di laporan disiplin…jika kesilapan awak lebih 3 kali, awak Ikram..akan dipanggil ke bilik disiplin. Ingat tu!!” jerkah pengawas itu dengan garang.
Ikram pun berlalu pergi menuju ke kelas dan tak menghiraukan pengawas yang memerhatinya. Setibanya Ikram di kelas, Ikram menuju ke tempat duduknya dan tidur. Perkara itu mengejutkan semua rakannya kerana perbuatan itu jarang dilakukan oleh Ikram.
“Ikram..kau sihat tak?” tanya ketua kelasnya Alif. Ikram hanya mengangguk kepala untuk menyatakan dia okey.
Perkara itu berlarutan sampai petang, Ikram hanya tidur sepanjang dia berada di sekolah.
Ramai yang tidak sangka kelakuan Ikram berubah sekelip mata. Semua orang tahu Ikram ini ulat buku dan rajin belajar.
“Wey kenapa dengan Ikram tu, lain macam tho perangai dia.” Bisik rakan sekelasnya Shuhada kepada Miera.
“Entahlah aku pun tak tahu,tapi dia mula berubah sejak Ain pindah sekolah.”
“Uishh serius ahh, entah - entah Ikram broken bila Ain pindah sekolah.” mereka ketawa apabila syu berkata begitu
![](https://img.wattpad.com/cover/262511005-288-k927485.jpg)
YOU ARE READING
MENCINTAIMU DALAM DIAM
Historia CortaKisah ini menceritakan seorang lelaki yang bernama Ikram yang menaruh perasaan kepada seorang perempuan yang bernama Ain sejak dari zaman sekolah.Namun mereka terpisah selama setahun dan bertemu kembali di Universiti.Mampukah Ikram meluahkan isi hat...